Sukan SEA 30th Manila 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


FAKHRUL (kanan), Fazira (kiri) bersama Susan
Enggan pulang tangan kosong


WALAUPUN terpaksa merayu empat kali kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk disenaraikan buat julung kali ke Sukan Sea Filipina, ia sedikitpun tidak melunturkan tekad skuad kurash untuk mencipta kejutan di temasya dwitahunan itu.

Membariskan dua atlet - Fakrul Adam Jose M Cruz Fauzi Cruz, 21, dan Noor Fazira Mohamed, 24, fokus mereka adalah untuk menang sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Pengurus pasukan, Susan Cheah Pik Yee berkata, keyakinan beliau meningkat selepas melihat semangat yang dipamerkan kedua-dua atlet berkenaan.

“Persiapan atlet kita sangat bagus. Fakrul Adam berlatih di Terengganu bersama jurulatih judo, Marjan Abdullah kerana sukan ini 99.9 peratus sama dengan judo, manakala Noor Fazira berlatih di Perak kerana saya mahu dia turut berlatih angkat berat.

“Saya dan Presiden Persatuan Kurash Malaysia, Chew Eng Kian turut meninjau latihan mereka dan amat berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata, skuad kurash diletakkan di bawah kategori B2 memandangkan ia sukan baharu dan bukan badan gabungan MOM, sekali gus terpaksa mengeluarkan kos sendiri ke Sukan Sea.

“Jika menang pingat sekalipun, atlet kami tidak berpeluang untuk mendapat wang gantian daripada MOM. Apapun, kami akan cuba sebaik mungkin dapat pingat.

“Ia juga bergantung kepada siapa lawan kita kerana sukan kurash ini amat kompetitif dan atlet perlu betul-betul kuat,” katanya.

Atlet negara akan berlepas ke Manila esok dengan kejohanan bermula pada Ahad di Laus Group Event Center.

Sukan kurash adalah aktiviti umum popular bagi penduduk di Uzbekistan sejak 3,500 tahun lalu dan pertama kali dipertandingkan di Sukan Asia tahun lalu.

Objektif kurash adalah menjatuhkan lawan dengan memegang ikatan di pinggang mereka. Pertandingan bermula dengan kedua-dua pemain dalam kedudukan yang dikenali sebagai ‘tazim’.

Tiga cara mereka boleh mendapat mata iaitu melalui teknik ‘halal’ yang merujuk kepada membuang lawan dengan kelajuan dan kawalan penuh.

Jika berhasil, bermakna ia akan menjadi kemenangan mutlak. Keduanya, melalui ‘yambosh’ iaitu teknik menghumban lawan, hampir menyamai halal. Dua ‘yambosh’ bersamaan dengan satu halal dan ketiga, ‘chala’ iaitu teknik lontaran yang hampir dengan ‘yambosh’ dan dikira secara berasingan.

Dalam sukan kurash, pemain boleh dikenakan penalti jika melakukan gerakan bertentangan dengan peraturan.

Maksimum dua penalti dikenali sebagai ‘tambik’ dan ‘dakk’ dibenarkan dan jika dikenakan penalti ketiga, ‘girrom’, penyertaan pemain akan dibatalkan.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

Floorball: Malaysia teruja beraksi depan penyokong tuan rumah


Skuad floorball lelaki negara tidak gentar dengan Filipina meskipun lawan memiliki kelebihan sokongan padu penyokong tempatan serta diperkuatkan beberapa pemain naturalisasi menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Sukan SEA hari ini.

Malaysia memperoleh talian hayat untuk memburu sekurang-kurangnya pingat gangsa setelah menamatkan badi dua kekalahan sebelum ini apabila membenam cabaran Indonesia 8-2 kelmarin.

Biarpun aksi petang ini dianggap ibarat penentuan gangsa menentang Filipina memandangkan Indonesia tampak sudah terkeluar daripada persaingan, Malaysia tetap waspada dengan ancaman tuan rumah yang dibarisi pemain naturalisasi dari Sweden seperti Christofer Holland dan Dahmien Henrik.

"Sebagai satu pasukan, kami tahu apa perlu dilakukan. Kami telah berlatih dan mempersiapkan diri. Kami juga pernah menentang mereka Julai lalu, jadi saya fikir perlawanan ini akan menjadi menarik. Peluang ada untuk kami menang," kata ketua jurulatih negara, Khor Kuan Yong.

Menguatkan lagi semangat, skuad kebangsaan berhasrat untuk membalas dendam setelah tewas tipis 5-4 dengan lawan sama ketika saingan Piala Asia/Oceania di Binnan, Julai lalu.

"Kami sangat gembira untuk beraksi di depan penyokong tuan rumah. Kami tewas di tangan mereka ketika aksi berbaki beberapa saat dalam pertemuan sebelum ini. Kami yakin kemenangan mampu dicipta," kata pemain negara, Zephaniah Chong.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

Norza tidak mahu cepat hukum Filipina


Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, berasa masih terlalu awal buat kontinjen negara membuat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) biarpun terdapat beberapa masalah yang timbul.

Bagaimanapun, Norza menyatakan buat masa ini sebarang aduan yang melibatkan kontinjen negara telah pun dibangkitkan oleh Chef-de-Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, secara terus kepada pihak penganjur itu.

Ketika ini, keadaan masih terkawal dan tidak memerlukan sebarang aduan rasmi ekoran permasalahan dihadapi diselesaikan dengan segera.

"Pertama sekali, bersedia dengan mesyuarat majlis tertinggi esok. Banyak perkara yang berhubung kait dengan kontinjen akan dibawa dalam mesyuarat itu dan isu yang melibatkan penempatan serta logistik akan diberikan taklimat terkini oleh PHISGOC," katanya.

Norza juga menambah masih ada ruang buat tuan rumah untuk memperbaiki situasi semasa memandangkan pembukaan rasmi temasya Sukan SEA masih berbaki dua hari.

"Kami percaya dengan kluster yang jauh jarak antara satu sama lain akan memberi masalah di permulaan. Namun, saya yakin mesyuarat esok dapat menyelesaikan perkara ini."


 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
21,782
Reaction score
218
Points
123
baru perasan. sampi sekarang maskot sukan sea aku tak tau binatang apa. haha
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,136
Reaction score
423
Points
56
floor ball ni
patutnya amek plyr hoki simpanan wanita(remaja) Msia main

xpayah form team dr scratch
buat malu je kalah besar
sedangkan hoki prmpuan msia top asean
Floorball ni law dia tak sama dengan hoki dalam dewan.
Floorball ni hampir sama dengan hoki ais, contoh boleh bawa bola di belakang gol dan tiada pukulan sudut.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226
#SukanSEA2019 #Manila Tiga pingat emas diraih serentak skuad boling negara menerusi acara pairs wanita, four wanita dan triples lelaki di Clark City Friendship Gate.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226
Walaupun turf bertaraf padang belukar, namun itu bukan menghalang pasukan lawn balls Malaysia mendapat pingat emas dalam acara beregu, tiga berpasukan dan empat berpasukan.

3 pingat emas dalam tempoh kurang dari 3 jam..
Tahniah!!!

- HarimauMalaya -
 
Sponsored Post
Top
Log in Register