Sukan SEA 30th Manila 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226
Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David dilantik mentor kontinjen Malaysia ke #SukanSEA2019
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

SEA Games 2019: Badminton full schedule, time table, where to watch, live stream in PDF


The South East Asian Games 2019 are set to officially start on the 30th of November with the Opening Ceremony scheduled for that day. The Badminton event is set to start the very next day, 1st December and will continue until the 9th of the month.

The team events have been scheduled for the first three days with the quarter-finals (QF), semi-finals (SF) and the final scheduled for 1st, 2nd and 3rd December respectively. The men’s singles/doubles, women’s singles/doubles and mixed doubles events will be played from the 4th to 9th of December.

The events will be held at the Muntinlupa Sports Center in Philippines. Here is the full Badminton schedule for SEA Games 2019.

2019 SEA Games – Badminton – Schedule, Fixtures

December 1, 2019 – Women’s Team QF, Men’s Team QF
December 2, 2019 – Women’s Team SF, Men’s Team QF
December 3, 2019 – Women’s Team Final
December 4, 2019 – Men’s Team Final
December 5, 2019 – Men’s Singles 1/16, Women’s Singles 1/16, Men’s Doubles 1/16, Women’s Doubles 1/16, Mixed Doubles 1/16
December 6, 2019 – Men’s Singles QF, Women’s Singles QF, Men’s Doubles QF, Women’s Doubles QF, Mixed Doubles QF
December 7, 2019 – Men’s Singles QF, Women’s Singles SF, Men’s Doubles QF, Women’s Doubles QF, Mixed Doubles QF
December 8, 2019 – Men’s Singles SF, Women’s Singles SF, Men’s Doubles SF, Women’s Doubles SF, Mixed Doubles SF
December 9, 2019 – Men’s Singles SF, Men’s Singles Final, Women’s Singles Final, Men’s Doubles Final, Women’s Doubles Final, Mixed Doubles Final


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


NUR Suryani Mohd Taibi
Nur Suryani belum terfikir tarikh bersara


CLARK CITY: Jika tenpin boling mempunyai Shalin Zulkifli, sukan menembak turut tidak ketinggalan apabila terus memberi kepercayaan kepada 'otai' lama - Nur Suryani Mohd Taibi pada Sukan SEA 2019.

Atlet berusia 37 tahun itu muncul sebagai penembak paling berpengalaman disenaraikan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NAAM) kali ini tatkala ia menjadi penampilan ke-10 untuknya di temasya dwi-tahunan itu.

Menurut Nur Suryani, selagi diperlukan dia tidak jemu berkhidmat buat negara selepas gagal melakukan bidikan emas dalam dua penampilan terakhir di Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

"Walaupun ketika di Kuala Lumpur saya sedang berada pada prestasi terbaik, rezeki nampaknya tidak memihak kepada saya.

"Jadi selagi saya diperlukan dan masih mampu beraksi di Sukan Sea, saya akan teruskan. Tiada istilah bersara atau sebagainya.

"Saya mahu melihat barisan atlet pelapis yang bakal menggantikan saya kelak lebih konsisten," katanya.

Sebagai rekod, anak jati Perak yang pernah tular gara-gara beraksi dalam keadaan hamil lapan bulan di Sukan Olimpik 2012 London itu sudah beraksi di Sukan SEA sejak edisi 2001 Kuala Lumpur.

Bagi Nur Suryani, Sukan SEA cukup istimewa untuknya meskipun pernah beraksi di pentas lebih besar seperti Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik.

"Di rantau Asia Tenggara, sebenarnya banyak negara yang kuat dalam sukan menembak. Jadi saya beranggapan taraf Sukan SEA lebih kurang seperti Sukan Asia.

"Penembak dari Singapura dan Vietnam sangat bagus malah ada antaranya yang memenangi emas di Sukan Olimpik," katanya.

Untuk penyertaan kali ini, Nur Suryani mengambil bahagian dalam acara Air Rifle kerana tidak banyak acara yang dipertandingkan.

Meskipun hanya membuat penampilan di Sukan SEA pada 2001 berbanding Shalin 1997 di Jakarta, namun Nur Suryani di depan dari segi jumlah penampilan iaitu sebanyak 10 temasya dengan Shalin sembilan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226
#Manila Skuad polo ekuestrian negara mara ke final Sukan Sea 2019 selepas mengejutkan Brunei dengan keputusan 8-5 1/2. Perebutan pingat emas akan ditentukan Ahad ini dengan Malaysia bakal berdepan Filipina.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


BEKAS raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad. NSTP/Roslin Mat Tahir
Nazmizan persoal tindakan KOM gugur Zulfiqar


KUALA LUMPUR: Pengguguran pelari pecut negara, Muhammad Zulfiqar Ismail ke Sukan SEA Filipina pada saat akhir dalam acara 100 meter (m) lelaki mencetuskan tanda tanya apakah yang sebenarnya terjadi.

Malah bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad mahu pihak berkaitan terutamanya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menjelaskan perkara sebenar sambil mendakwa terdapat ketidaksamaan antara keputusan doktor dan fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN).

“Atlet 100m negara digugurkan saat akhir. Pada 22 November dimaklumkan digugurkan kerana mengalami kecederaan yang teruk. Tetapi laporan dari unit pemulihan ISN memaklumkan dia bersedia untuk Sukan SEA.

“Pada 26 November ada surat pengesahan dari doktor memaklumkan ‘Tidak cergas untuk bersaing’,” kata Nazmizan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, Nazmizan mempertikaikan mengapa makluman pengguguran atlet berkenaan tidak selari dengan keputusan doktor.

“Secara rumusan, kenapa pemberitahuan digugurkan tidak selari dengan surat pengesahan doktor. Sepatutnya surat doktor keluar dulu, kemudian sepatutnya doktor mengesahkan dia (Zulfiqar) bebas dari kecederaan, bukan cergas atau tidak cergas.

“Sepatutnya laporan pengesahan itu dari pakar pemulihan yang memantau latihan semasa dalam proses pemulihan,” kata Nazmizan sambil mengakui ingin tahu apakah pengguguran Zulfiqar disengajakan ataupun wujudnya konspirasi tertentu.

Nazmizan yang juga Timbalan Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut mempertikaikan mengapa atlet didikan Mohd Poad Md Kassim tidak diletakkan dalam senarai 4x100m lelaki negara.

“Atlet yang tidak cedera, prestasi semasa ketika Kejohanan Olahraga Innotex-BBSJ tidak memberangsangkan, Nixson Kennedy hanya lakukan 10.83s manakala Khairul Hafiz Jantan 10.79s.

“Zulfiqar dalam latihan mencatatkan masa yang membuktikan dia bebas dari kecederaan 100 peratus,” kata Nazmizan sambil mendakwa jurulatih tidak diberi ruang untuk mempertahankan anak buah mereka.

Untuk rekod, Sabtu lalu BH Sukan mendedahkan dua atlet olahraga iaitu pelari pecut acara 100m, Zulfiqar digugurkan kerana kecederaan hamstring kaki kiri manakala atlet maraton, Tan Houng Leong kerana kecederaan tumit.


 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
5,351
Reaction score
383
Points
81

Skuad floorball wanita negara berjaya mencatatkan kemenangan pertama dengan mengatasi Indonesia 8-2 pada aksi ketiga saingan yang dijalankan secara liga sepusingan di Gimnasium Universiti Filipina.

#SukanSEA2019 #SEAGames2019 #TeamMAS 🇲🇾
floor ball ni
patutnya amek plyr hoki simpanan wanita(remaja) Msia main

xpayah form team dr scratch
buat malu je kalah besar
sedangkan hoki prmpuan msia top asean
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


ATLET Catur Malaysia, Nur Nabila Azman Hisham, (kiri) dan Nur Najiha Azman Hisham. NSTP/Azhar Ramli
Nur Nabila, Nur Najiha tekad curi tumpuan di Clark


CLARK: Sekali pun tidak meletakkan pingat emas sebagai sandaran, skuad catur negara dijangka tetap mencuri tumpuan pada Sukan SEA 2019 menerusi penampilan pasangan adik beradik.

Dua adik beradik yang dimaksudkan itu adalah Nur Nabila dan Nur Najiha Azman Hisham yang akan membuat penampilan kali ketiga di temasya dwi tahunan itu.

Malah, mereka mungkin terpaksa melupakan seketika hubungan adik beradik apabila akan turun beraksi dalam kategori sama - individu catur kilat - di Pusat Konvensyen Subic, Ahad ini.

Bagi Nur Nabila, 22, dia berasa gembira apabila catur kembali dipertandingkan selepas digugurkan dalam dua edisi terdahulu di Kuala Lumpur 2017 dan Singapura 2015.

"Saya kali pertama beraksi ketika bersekolah di tingkatan 1... Waktu itu bagi edisi 2011 Palembang dengan adik saya Najiha memenangi gangsa.

"Kemudiannya di Myanmar pada 2013 tetapi kami membawa pulang pingat sebelum ia tidak dipertandingkan pada dua edisi berikutnya.

"Jadi, memang kami amat gembira bila ia dipertandingkan semula kerana peluang untuk kami menang pingat tetap ada," katanya.

Kata Nur Nabila, faktor tidak diletakkan sebarang sasaran juga melonjakkan semangat mereka untuk membuktikan yang terbaik kali ini.

“Sasaran kami kali ini adalah untuk sekurang-kurangnya membawa pulang pingat perak dengan pencabar terkuat rasanya hadir daripada Filipina dan Indonesia.”

Di Filipina, catur menawarkan lima pingat emas termasuk kategori catur Asean iaitu kombinasi catur tradisional Thailand, Myanmar dan Kemboja.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


ATLET pecut 100 meter (m) lelaki negara, Muhammad Zulfiqar Ismail. NSTP/Owee Ah Chun
Zulfiqar kecewa, tak sangka digugurkan


KUALA LUMPUR: Atlet pecut 100 meter (m) lelaki negara, Muhammad Zulfiqar Ismail mengakui kecewa dalam masa sama terkejut kerana digugurkan pada saat akhir daripada kontinjen Malaysia untuk menyertai temasya Sukan SEA Filipina.

Malah anak didik Mohd Poad Md Kassim yang disenaraikan dalam kategori B itu menegaskan bahawa dia sudah pulih dan sedang melakukan persiapan menjelang temasya dwitahunan berkenaan.

“Memang saya cedera pada 21 September dan datang ke Institut Sukan Negara (ISN) untuk proses pemulihan pada 27 September.

“Selepas cedera saya diberitahu untuk terus membuat persiapan ke Sukan SEA. Pada awal November saya lakukan pemeriksaan doktor dan doktor memaklumkan hamstring sudah pulih dan boleh berlatih seperti biasa,” kata Zulfiqar kepada BH Sukan.

“Saya tidak mengambil bahagian dalam percubaan di Kejohanan Olahraga Innotex-SSBJ atas saranan doktor dan ISN kerana masa singkat selepas baik dari kecederaan, ia juga tidak sesuai untuk saya.

“Selepas itu saya diberitahu nama saya digugurkan pada kem akhir Sukan SEA Bangi, dengan alasan prestasi saya tak dapat dinilai selepas kecederaan berlaku.”

Sebagai rekod, Sabtu lalu BH Sukan mendedahkan dua atlet olahraga iaitu pelari pecut acara 100m Zulfiqar digugurkan kerana kecederaan hamstring manakala atlet maraton, Tan Houng Leong berikutan skecederaan tumit.

Berikutan itu, kekosongan ditinggalkan Zulfiqar dalam acara pecut akan digantikan Muhammad Haiqal Hanafi, manakala Muhaizar Mohamad menjadi wakil tunggal dalam acara maraton lelaki.

Pengguguran berkenaan menyaksikan hanya 47 atlet bakal menggalas cabaran negara berbanding 49 atlet yang disenaraikan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebelum ini.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

PEGAWAI kadet tentera Filipina menaikkan bendera Malaysia ketika lagu Negaraku dimainkan pada Majlis Menaikkan Bendera Kontinjen Sukan SEA 2019 di Perkampungan Atlet New Clark City, Clark, Filipina. - Foto NSTP/Aizuddin Saad


PEGAWAI kadet tentera Filipina menaikkan bendera Malaysia ketika lagu Negaraku dimainkan pada Majlis Menaikkan Bendera Kontinjen Sukan SEA 2019 di Perkampungan Atlet New Clark City, Clark, Filipina. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Jalur Gemilang sudah berkibar di Manila


CLARK: Jalur Gemilang berkibar megah di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan New Clark City, apabila upacara menaikkan bendera negara peserta Sukan SEA 2019 diadakan secara rasmi, sebentar tadi.

Pada majlis berkenaan kesemua bendera 11 negara dinaikkan sebagai tanda perasmian perkampungan sambil lagu setiap negara dimainkan.

Ketua Kontinjen Malaysia di Clark, Datuk Seri Megat Dzulkarnain Omardin turut hadir pada majlis serba ringkas itu.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera negara anggota mengikut abjad bermula dengan Brunei, diikuti Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan diakhiri dengan bendera negara tuan rumah, Filipina.

Perkampungan Atlet di Kompleks Sukan New Clark City kini bersedia menerima kedatangan lebih 1,800 atlet dari semua negara yang menyertainya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


Infografik Sukan SEA 2019
 
Sponsored Post
Top
Log in Register