Sukan SEA 30th Manila 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226

  • Sukan SEA Ke 30 akan berlangsung dari 30 November 2019 hingga 10 Disember 2019
  • Bakal di mainkan di 3 tempat iaitu Clark, Subic & Metro Manila
  • Sebanyak 30 acara di pertandingkan pada edisi ke 30 ini
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226
MSN target 93 pingat emas edisi ke 30 ni
Harap dapat la capai
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226


JAGUH pecut, Khairul Hafiz Jantan

Khairul Hafiz perlu tambah berat badan

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut, Khairul Hafiz Jantan mengakui berat badannya masih kurang daripada berat unggul yang boleh memainkan peranan dalam mempamerkan aksi terbaik.

"Jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) sudah menyuruh saya untuk menaikkan berat badan sekurang-kurangnya mencapai 60 kilogram dulu berbanding berat badan saya sekarang 59kg.

"Saya sudah makan dalam jumlah yang banyak tetapi memang sukar untuk menaikkan berat," katanya.

Khairul berkata berat badan unggul yang perlu dicapai buatnya adalah antara 60kg sehingga 65kg.

Menjelang persiapan mempertahankan pingat emas di Sukan SEA 2019 Filipina, Khairul berkata beliau menyedari saingan semakin sengit seperti daripada pelari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri.

"Jika mahu dilihat daripada saiz fizikal, dia (Lalu) lebih besar daripada saya. Saya bersaiz comel, kecil saja. Jadi kelebihannya adalah daripada kekuatan kaki dan otot," katanya.

Beliau berkata, selepas berakhirnya Sukan Asia di Indonesia September lalu, beliau juga tidak mengetahui perkembangan Lulu terutama dalam catatan masa terkini dilakukannya.

"Kali terakhir saya berjumpa di Sukan Asia dan pada masa itu beliau mencatat masa terbaik 10.20 saat. Selepas itu saya sudah tidak tahu perkembangan beliau namun saya perlu bersedia daripada sekarang untuk ke Sukan SEA nanti," katanya.

Khairul masih pemegang rekod terpantas negara dalam acara 100m apabila merekodkan 10.18 saat pada Sukan Malaysia 2016 di Sarawak.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2018/12/507670/khairul-hafiz-perlu-tambah-berat-badan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,209
Reaction score
8,938
Points
2,226
Unfair, says 🇻🇳 Vietnam!

🏆 @affsuzukicup champions 🇻🇳 #Vietnam have filed a complaint ✍ after they were seeded one of the lowest teams in the 2019 🇵🇭 #SEAGames #football. ⚽
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
Malaysia sah hilang 70 emas di Sukan SEA 2019


SKUAD terjun negara cemerlang apabila menyapu bersih kesemua pingat emas dalam Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil.- FOTO FAIL UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 2 Mei - Malaysia sah kehilangan 70 medal emas, iaitu separuh daripada pungutan ketika muncul juara Sukan SEA 2017 gara-gara beberapa sukan yang menjadi lubuk emas negara tidak dipertandingkan dalam temasya dwi tahunan itu di Filipina kali ini.

Ketua Kontinjen Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, situasi tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan persiapan kontinjen negara untuk mengharungi temasya itu, yang akan membuka tirai pada 30 November ini.

“Malaysia hanya menyertai 51 acara dari 56 sukan. Kita akan menyertai 473 acara yang dipertandingkan, tetapi yang pastinya kita telah pun kehilangan 70 pingat emas. satu jumlah yang cukup besar.

“Walaupun perkara ini berlaku, ia tidak bermaksud kita tidak boleh mendapat emas dalam acara lain.

“Sasaran masih terlalu awal untuk kita maklumkan kerana kontinjen negara sedang menjalani latihan fasa dua di bahawa kendalian MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Sukan SEA 2019 pertama di sini hari ini.

Antara enam sukan lubuk emas Malaysia yang tidak dipertandingkan pada edisi kali ini adalah berbasikal trek yang menyumbang 11 emas, terjun (12), gimnastik (13), pencak silat (10), boling padang (7) serta boling (7).

Pada edisi lalu, Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan selepas memungut 144 emas, 91 perak dan 86 gangsa.

Filipina pada Sukan SEA kali ini sebaliknya menggunakan kelebihan selaku tuan rumah untuk menyenaraikan acara kegemaran mereka seperti gusti, kurash, arnis serta sukan tarian.


http://www.utusan.com.my/sukan/malaysia-sah-hilang-70-emas-di-sukan-sea-2019-1.893509
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,664
Reaction score
950
Points
161
djijangka antara edisi plg membosankan.... pinoy betul2 nk juara keseluruhan... byk acara utama sukan sea x dipertandingkan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register