Sukan Olimpik Tokyo 2020 | 23 Julai ~ 8 Ogos 2021

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,258
Reaction score
21,042
Points
1,671
IOC tak mahu Olimpik Tokyo diadakan secara tertutup

Fa3DefR0.jpg


LAUSANNE: Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, berkata beliau seboleh-bolehnya tidak mahu mengadakan temasya kali ini tanpa kehadiran penonton.


"Ini adalah sesuatu yang mahu kita elakkan (melarang penonton) dan pelbagai senario kini sedang dipertimbangkan bagi penganjuran sukan Olimpik yang terpaksa dijadualkan semula berikutan ancaman COVID-19.

"Keselamatan menjadi kerisauan utama penganjur Olimpik Tokyo, yang sepatutnya bermula minggu depan jika mengikut jadual asal.

"Namun, kita enggan mengadakan acara penting ini dalam stadium kosong, seperti mana yang menjadi kebiasaan baharu kebanyakan acara sukan lain terutama bola sepak, bagi mengekang penularan virus," katanya.

Jelas beliau, pertimbangan perlu dibuat antara menjaga dan melindungi keselamatan awam dengan usaha mengekalkan semangat Olimpik yang meraikan pencapaian manusia.

Bach dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pernah memberi amaran mungkin sukar untuk menangguhkan sukan Olimpik hingga selepas 2021, selain wujud kemungkinan pertama kali dalam sejarah sukan Olimpik terpaksa dibatalkan.

Bach menegaskan, keutamaan adalah mengenai keselamatan semua peserta dan perbincangan dengan pelbagai institusi kesihatan dan pihak penganjur sedang giat diadakan dengan mengambil kira senario setahun dari sekarang.

Semalam, Tokyo meningkatkan amaran COVID-19 ke tahap merah iaitu amaran tahap tertinggi selepas wujud gelombang kedua di ibu negara Jepun itu. - AFP

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Tokyo Sahkan Tempat, Jadual Olimpik 2020

18.07.2020 - Kuala Lumpur, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) mengesahkan kesemua 43 tempat dan juga jadual pertandingan ketika sesi Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) secara dalam maya, pada Jumaat.

Presiden Jawatankuasa Penganjur Yoshiro Mori dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Toshiro Muto pada sesi itu berkata, pengesahan tersebut termasuklah Perkampungan Olimpik, Pusat Penyiaran Antarabangsa dan Pusat Media Utama yang akan digunakan pada Sukan Olimpik pada 2021.

Mori mendedahkan yang mereka dengan segera melancarkan Jawatankuasa Bertindak baru selepas pengumuman IOC menangguhkan Sukan Olimpik 2020, akibat pandemik Covid-19.

“Kakitangan kami bekerja tanpa henti untuk persiapan ini dan saya dengan sukacitanya mengumumkan yang kami mengesahkan semua venue dan menetapkan jadual pertandingan untuk temasya tahun hadapan,” katanya seperti disiarkan dalam laman sesawang IOC; www.olympic.org.

“Kami akan terus berikan yang terbaik bagi memastikan Olimpik Tokyo bernilai sebagai satu simbol penyatuan dan perpaduan, dalam menangani krisis Covid-19. Minggu hadapan pada 23 hari bulan, setahun sebelum Sukan Olimpik, kami bercadang untuk mengeluarkan pesanan mengenai perpaduan, harapan dan semangat kepada atlet bersama tumpuan mereka untuk Sukan Olimpik tahun hadapan,” kata Mori lagi.

Sementara itu, Presiden IOC Thomas Bach mengucapkan terima kasihnya kepada Tokyo 2020 atas persediaan awal, dengan mengesahkan tempat dan juga jadual pertandingan.

“Perkampungan Olimpik adalah nadi utama Sukan Olimpik, manakala venue adalah rohnya. Saya gembira kepada perkampungan dan juga venue disahkan untuk tahun hadapan.

“Ini bermakna yang atlet akan alami sebagai pengalaman sekali dalam hidup. Atlet dari seluruh dunia akan tinggal di bawah satu bumbung di Perkampungan Olimpik, berkongsi makanan bersama, menyambutnya bersama, berbincang bersama dan membentuk satu komuniti Olimpik yang unik,” kata Bach.

Beliau juga yakin kedua-dua IOC dan juga Tokyo 2020 akan dapat menjadikan Sukan Olimpik yang ditangguhkan itu, kepada satu sambutan penyatuan dan perpaduan manusia terbesar, menjadikannya satu simbol ketahanan dan harapan.

Tokyo 2020 merancang beberapa acara pada 23 Julai, bagi menandakan 1 tahun lagi sebelum permulaan Sukan Olimpik 2020, termasuk pelancaran kempen Jenama Olimpik “#StrongerTogether”, yang menerima kepentingan penyatuan dan perpaduan pada waktu sukar ini, mengiktiraf kekuatan sukan dan khasnya Sukan Olimpik dalam membawa masyarakat bersatu-padu.

Sukan Olimpik 2020 ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, manakala Sukan Paralimpik Tokyo, 24 Ogos hingga 5 Sept 2021.

Pada asalnya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan berlangsung dari 24 Julai ke 9 Ogos dan Sukan Parlimpik dari 25 Ogos hingga 6 September tahun ini itu, namun ditangguhkan akibat pancemik Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/tokyo-sahkan-tempat-jadual-olimpik-2020/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Lebih Separuh Rakyat Jepun Mahu Olimpik Tokyo Batal, Tunda

22.07.2020 - Tokyo, Tinjauan mendapati lebih 60 peratus warga Jepun lebih suka temasya Olimpik 2020 dibatalkan atau ditangguhkan sekali lagi, lapor agensi berita Sputnik.

Pada akhir Mac, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan jawatankuasa penganjur Sukan Tokyo 2020 mengumumkan acara itu ditangguhkan pada 2021 kerana wabak Covid-19.

Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dijadual dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Menurut hasil tinjauan oleh penyiar NHK, 31 peratus responden mahu Olimpik 2020 dibatalkan sepenuhnya, sementara 35 peratus mahu ia ditunda sekali lagi. Hanya 26 peratus bersetuju ia dilangsungkan mengikut jadual.

Tinjauan dilakukan dari 17 hingga 20 Julai melalui panggilan telefon, membabitkan 1,298 warga Jepun yang dipilih secara rawak.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/lebih-separuh-rakyat-jepun-mahu-olimpik-tokyo-batal-tunda/
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,258
Reaction score
21,042
Points
1,671
Batal sahaja jika tiada penonton

774143.jpg


TOKYO - Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 buat masa ini tidak mempertimbangkan untuk mengadakan acara tanpa penonton, tetapi andai kehadiran penonton tidak dibenarkan, pembatalan kejohanan itu mungkin satu-satunya pilihan, lapor agensi berita Sputnik.


Presidennya, Yoshiro Mori dalam wawancara dengan penyiar NHK pada Rabu berkata, tidak mungkin untuk mengurangkan jumlah penonton, jika hendak dilaksanakan juga ia hanya membabitkan kehadiran penonton dalam kalangan penduduk Jepun.

Pada akhir Mac, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersama jawatankuasa penganjur mengumumkan acara itu ditunda ke 2021 disebabkan wabak Covid-19. Kejohanan dijadual dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Beliau berkata, pilihan untuk mengadakan acara itu tanpa kehadiran penonton belum dibincangkan buat masa ini.

"Sekiranya itu satu-satunya pilihan (dilangsungkan tanpa penonton), maka kita harus fikirkan. Dalam kes ini, persoalan membatalkan kejohanan itu mungkin timbul," tambah Mori.

Mengulas mengenai situasi wabak di Jepun dan di seluruh dunia, pegawai itu mengatakan penganjuran temasya itu tidak mungkin dapat dijalankan jika keadaan epidemiologi sama seperti sekarang, ia sangat bergantung pada perkembangan terkini rawatan serta vaksin Covid-19. - Bernama

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,258
Reaction score
21,042
Points
1,671
Qatar berhasrat hos Sukan Olimpik 2032

W-kKjYjM.jpg


DOHA: Qatar berhasrat untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2032 sekali gus menimbulkan persoalan mengenai suhu musim panas di sana selain kehadiran penonton yang kurang memberangsangkan seperti direkodkan sebelum ini.


India bersama daerah Queensland di Australia, Shanghai dan beberapa lagi negara dijangka melakukan bidaan manakala gabungan Korea Utara dan Selatan juga dikaitkan dengan Sukan Olimpik 2032.

Di bawah perubahan dilakukan pada 2014, negara berminat boleh menghantar permohonan menyertai 'dialog berterusan' tanpa komitmen, dan Qatar mengesahkan yang mereka sudah melakukannya menerusi surat kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Lausanne.

"Pengumuman hari ini menandakan permulaan dialog penuh bermakna bersama Suruhanjaya Tuan Rumah Masa Depan IOC bagi menilai lebih mendalam mengenai hasrat kami dan mengenalpasti bagaimana Sukan Olimpik boleh mencapai sasaran pembangunan masa depan Qatar," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar, Sheikh Joaan Hamad Khalifa Al-Thani dalam satu kenyataan.

Bidaan Qatar untuk menjadi tuan rumah Olimpik 2016 dan 2020 menemui kegagalan.

Temasya 2020 yang ditunda ke 2021 kerana pandemik COVID-19, diberikan kepada Jepun turut berdepan perlawanan dalam cuaca panas, sekali gus memaksa pegawai merencanakan jadual acara pada awal pagi.

"Qatar mempunyai reputasi sebagai destinasi untuk penganjuran acara sukan ternama bertaraf dunia," kata Sheikh Joaan.

"Ini membuktikan yang kami mempunyai (penganjuran) rekod yang baik dan penuh berpengalaman, seiring dengan hasrat kami untuk menggunakan sukan sebagai mempromosi keamanan dan budaya. Ini akan diusulkan dalam perbincangan kami bersama suruhanjaya."

Suhu pada musim panas boleh mencecah kepada 50 darjah selsius di negara ini. Suhu panas adalah isu utama ketika perlumbaan lebuh raya di Kejohanan Olahraga Dunia tahun lalu yang berlangsung di Doha.

Isu kehadiran penonton pada beberapa hari permulaan temasya juga mengundang kritikan.

Qatar dijadual menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 selepas proses bidaan mereka diganggu oleh beberapa negara Eropah dan juga media yang menyatakan ia mengandungi unsur korupsi namun Doha menafikannya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register