Sukan Olimpik Tokyo 2020 | 23 Julai ~ 8 Ogos 2021

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,985
Reaction score
11,176
Points
2,376
2015_BH191115KW172_1589980916.jpg


Aksi Chong Wei ketika bertemu Lin Dan pada Sukan Olimpik London pada 2012. - Arkib NSTP

Chong Wei sifatkan Lin Dan sukar layak Olimpik Tokyo


KUALA LUMPUR: Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan sukar buat seteru utamanya, Lin Dan untuk layak ke Sukan Olimpik susulan saingan sengit daripada pemain muda dari China.

Lin Dan meletak harapan tinggi untuk melangkah ke Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan untuk kali kelima berturut-turut, namun usianya bakal menganjak ke 37 tahun, tahun depan selepas temasya terpaksa ditangguhkan susulan COVID-19.

Juara dua kali Olimpik itu ketika ini berada di ranking ke-19 dunia, di belakang dua rakan senegaranya.

Setiap negara hanya boleh menyenaraikan dua pemain untuk beraksi dalam aksi perseorangan di Olimpik, dengan mereka perlu berada dalam kedudukan 16 terbaik.

"Saya fikir, ia akan menjadi sukar sekiranya Lin Dan mahu menyertai Olimpik kerana hanya dua pemain dari pasukan China boleh mengambil bahagian," kata Chong Wei, 37.

"Sekiranya dia mahu mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, dia perlu beada dalam kalangan kedua terbaik untuk layak."

"Badminton mempunyai kaitan dengan usia. Apabila kamu meningkat usia, ia menjadi semakin sukar untuk bersaing dengan pemain muda," .

Lin Dan yang dikenali sebagai 'Super Dan' sebelum ini berkata, dia tidak akan menyerah kalah untuk mencari slot kelayakan ke Sukan Olimpik.

Namun rakan senegaranya, Chen Long, 31, ketika ini berada di tangga kelima manakala Shi Yuqi, 24, berada di kedudukan kesembilan dan secara tidak langsung meletakkan kedua-duanya dalam posisi kukuh.

Lin Dan pernah memenangi dua pingat emas ketika Olimpik 2008 dan 2012 – masing-masing menewaskan Chong Wei di pentas final – namun kegemilangannya kini semakin ditelan arus zaman.

Dalam pada itu, Chong Wei menjangkakan seandainya Lin Dan bersara, kedua-duanya mampu bekerjasama dalam usaha mempromosi sukan badminton.

"Selepas dia bersara, saya percaya kami masih boleh mempertimbangkan kerjasama bersama untuk mempromosi sukan badminton," kata Chong Wei. - AFP


 
Sponsored Post

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
1,342
Reaction score
106
Points
38
:p
Untuk dato mmg tak boleh tapi untuk lin dan dekat2 olimpik dier perform punya...

Untuk ini kali medal medal @ gold medal mmg susah laa...

Untuk ini olimpik ada byk seteru muda utk lin dan...

Dan sampai bila-bila untuk dato dalam ini sukan badminton memang lejen punya...:LOL:



View attachment 239136

Aksi Chong Wei ketika bertemu Lin Dan pada Sukan Olimpik London pada 2012. - Arkib NSTP

Chong Wei sifatkan Lin Dan sukar layak Olimpik Tokyo


KUALA LUMPUR: Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan sukar buat seteru utamanya, Lin Dan untuk layak ke Sukan Olimpik susulan saingan sengit daripada pemain muda dari China.

Lin Dan meletak harapan tinggi untuk melangkah ke Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan untuk kali kelima berturut-turut, namun usianya bakal menganjak ke 37 tahun, tahun depan selepas temasya terpaksa ditangguhkan susulan COVID-19.

Juara dua kali Olimpik itu ketika ini berada di ranking ke-19 dunia, di belakang dua rakan senegaranya.

Setiap negara hanya boleh menyenaraikan dua pemain untuk beraksi dalam aksi perseorangan di Olimpik, dengan mereka perlu berada dalam kedudukan 16 terbaik.

"Saya fikir, ia akan menjadi sukar sekiranya Lin Dan mahu menyertai Olimpik kerana hanya dua pemain dari pasukan China boleh mengambil bahagian," kata Chong Wei, 37.

"Sekiranya dia mahu mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, dia perlu beada dalam kalangan kedua terbaik untuk layak."

"Badminton mempunyai kaitan dengan usia. Apabila kamu meningkat usia, ia menjadi semakin sukar untuk bersaing dengan pemain muda," .

Lin Dan yang dikenali sebagai 'Super Dan' sebelum ini berkata, dia tidak akan menyerah kalah untuk mencari slot kelayakan ke Sukan Olimpik.

Namun rakan senegaranya, Chen Long, 31, ketika ini berada di tangga kelima manakala Shi Yuqi, 24, berada di kedudukan kesembilan dan secara tidak langsung meletakkan kedua-duanya dalam posisi kukuh.

Lin Dan pernah memenangi dua pingat emas ketika Olimpik 2008 dan 2012 – masing-masing menewaskan Chong Wei di pentas final – namun kegemilangannya kini semakin ditelan arus zaman.

Dalam pada itu, Chong Wei menjangkakan seandainya Lin Dan bersara, kedua-duanya mampu bekerjasama dalam usaha mempromosi sukan badminton.

"Selepas dia bersara, saya percaya kami masih boleh mempertimbangkan kerjasama bersama untuk mempromosi sukan badminton," kata Chong Wei. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,985
Reaction score
11,176
Points
2,376
MOHD_MANSHAHAR_ABD_MAJID_KOM_SEA_GAMES_2019_1590051728.jpg


KETUA jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abd Jalil. - Foto Owee Ah Chun

6 atlet olahraga disenaraipendek buru slot merit Tokyo 2020


KUALA LUMPUR: Enam atlet olahraga kebangsaan dikenalpasti mempunyai peluang untuk meraih tiket secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Atlet berkenaan ialah dua jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa; atlet lempar cakera lelaki; Muhammad Irfan Shamsuddin; pemegang rekod kebangsaan lompat jauh, Andre Anura Anuar; pemegang rekod kebangsaan lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail dan pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi.

Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abd Jalil berkata semua atlet berkenaan masih berpeluang mengintai tiket merit ke Tokyo dalam beberapa kejohanan kelayakan pada awal tahun hadapan memandangkan banyak kejohanan tahun ini terpaksa ditangguh atau dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

"Enam nama ini dipilih berdasarkan catatan terbaik masing-masing dalam kejohanan sebelum ini. Senarai akhir akan diputuskan selepas perbincangan di antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Sekiranya mereka gagal layak secara merit, seorang daripada mereka yang mempunyai catatan terbaik akan mengisi satu slot wildcard yang ditawarkan oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bekas atlet kebangsaan itu berharap skuad olahraga negara dapat kembali menjalani latihan seperti biasa di MSN Bukit Jalil dalam tempoh terdekat walaupun keutamaan diberikan kepada atlet yang tersenarai dalam program 'Road to Tokyo' 2020.

Mohd Manshahar berkata, setakat ini MSN hanya membenarkan atlet yang tersenarai dalam Program 'Road to Tokyo' 2020 untuk menjalani latihan persediaan selama sebulan di tiga venue bermula 1 Jun ini iaitu di MSN Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi.

"Saya difahamkan mereka tidak dibenarkan masuk dan keluar sesuka hati terutamanya di MSN Bukit Jalil bagi mengelak penyebaran COVID-19. Prosedur operasi standard yang ditetapkan sangat ketat," katanya.

Mohd Manshahar mendedahkan atlet olahraga kebangsaan masih menjalani latihan ringan di rumah masing-masing sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, dan perkembangan latihan mereka dipantau oleh jurulatih masing-masing menerusi aplikasi dalam talian seperti Zoom.

-- BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,985
Reaction score
11,176
Points
2,376
OLY-2016-TOKYO-2020-JAPAN_1590061687.jpg


Tahun 2021 adalah ‘pilihan terakhir’ untuk menunda temasya di Tokyo. - Foto AFP

Sukan Olimpik 2020 tak boleh ditunda lagi


TOKYO: Ketua Sukan Olimpik, Thomas Bach berkata, tahun 2021 adalah 'pilihan terakhir' untuk menunda temasya di Tokyo selain menegaskan penangguhan tidak boleh diteruskan lagi.

Bach berkata, dia bersetuju dengan pendirian Jepun yang temasya berkenaan perlu dibatalkan sekiranya pandemik COVID-19 terus gagal dikawal tahun depan.

Pada Mac, Olimpik Tokyo 2020 ditunda ke 23 Julai 2021 ketika COVID-19 menular di seluruh dunia, membunuh ribuan manusia dan menjadikan setiap acara sukan antarabangsa menjadi sukar.

"Asasnya, saya mempunyai beberapa persefahaman (dengan pendirian Jepun) kerana kamu tidak boleh berterusan menggaji 3,000, atau 5,000 orang dalam satu jawatankuasa penganjur," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa itu.

"Kamu tidak boleh setiap tahun menukar jadual keseluruhan sukan untuk setiap persekutuan utama. Kamu tidak boleh membiarkan atlet berada dalam situasi ketidaktentuan."

Sukan Olimpik tidak pernah dibatalkan selepas perang dunia tetapi pegawai Jepun jelas tidak mempunyai keinginan untuk menunda lagi temasya pada tahun depan. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,985
Reaction score
11,176
Points
2,376
juniperahu_1590066799.jpg


Juni Karimah bergandingan dengan Nuraisyah dalam kategori International 470 di Sukan Olimpik Tokyo

Juni Karimah tidak sabar kembali berlatih


SEREMBAN: "Saya sudah terlalu rindu dengan bot dan tidak sabar untuk turun berlatih kerana sudah hampir tiga bulan tidak dapat berlatih sepenuhnya," kata pelayar muda, Juni Karimah Noor Jamali.

Juni Karimah, 18, adalah antara atlet perahu layar negara yang sudah menempah tiket ke temasya Sukan Olimpik Tokyo pada tahun depan dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

Atlet muda ini mengakui tahap kecergasannya ketika ini tidak begitu memberangsangkan kerana perahu layar memerlukan latihan intensif yang keras dan mantap.

Katanya, dia bersama pelayar lain yang turut tersenarai dalam program Road to Tokyo (RTT) akan mula melapor diri di Kompleks Perayu Layar Langkawi pada 1 Jun ini.

"Kami akan menjalani ujian saringan kesihatan dan dikuarantin selama tiga hari sebelum boleh memulakan latihan penuh di laut. Saya amat nantikan latihan penuh ini supaya dapat mengembalikan semula tahap kecergasan serta penguasaan bot.

"Latihan kecergasan sendirian di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB) tidak banyak membantu. Saya berharap ia akan berjalan lancar dan kami akan berkampung di kelab itu nanti selama 30 hari tanpa boleh keluar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Juni Karimah berkata, dia akan bergandingan dengan Nuraisyah Jamil, 23, dalam kategori International 470 pada temasya berprestij dunia itu nanti.

Nuraisyah dan Juni Karimah menempah tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu selepas menduduki tempat kelima keseluruhan dalam perlumbaan kategori International 470 pada Kejohanan Perahu Layar 470 Antarabangsa Asia 2019.


 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
1,342
Reaction score
106
Points
38
Walaupon chances sukan ini tidak laa sebesar sukan basikal dan badminton....

Kalo dapat fight sampai semi finalist, boleh buka mata gak laa...

View attachment 239475

KETUA jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abd Jalil. - Foto Owee Ah Chun

6 atlet olahraga disenaraipendek buru slot merit Tokyo 2020


KUALA LUMPUR: Enam atlet olahraga kebangsaan dikenalpasti mempunyai peluang untuk meraih tiket secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Atlet berkenaan ialah dua jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa; atlet lempar cakera lelaki; Muhammad Irfan Shamsuddin; pemegang rekod kebangsaan lompat jauh, Andre Anura Anuar; pemegang rekod kebangsaan lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail dan pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi.

Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abd Jalil berkata semua atlet berkenaan masih berpeluang mengintai tiket merit ke Tokyo dalam beberapa kejohanan kelayakan pada awal tahun hadapan memandangkan banyak kejohanan tahun ini terpaksa ditangguh atau dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

"Enam nama ini dipilih berdasarkan catatan terbaik masing-masing dalam kejohanan sebelum ini. Senarai akhir akan diputuskan selepas perbincangan di antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Sekiranya mereka gagal layak secara merit, seorang daripada mereka yang mempunyai catatan terbaik akan mengisi satu slot wildcard yang ditawarkan oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bekas atlet kebangsaan itu berharap skuad olahraga negara dapat kembali menjalani latihan seperti biasa di MSN Bukit Jalil dalam tempoh terdekat walaupun keutamaan diberikan kepada atlet yang tersenarai dalam program 'Road to Tokyo' 2020.

Mohd Manshahar berkata, setakat ini MSN hanya membenarkan atlet yang tersenarai dalam Program 'Road to Tokyo' 2020 untuk menjalani latihan persediaan selama sebulan di tiga venue bermula 1 Jun ini iaitu di MSN Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi.

"Saya difahamkan mereka tidak dibenarkan masuk dan keluar sesuka hati terutamanya di MSN Bukit Jalil bagi mengelak penyebaran COVID-19. Prosedur operasi standard yang ditetapkan sangat ketat," katanya.

Mohd Manshahar mendedahkan atlet olahraga kebangsaan masih menjalani latihan ringan di rumah masing-masing sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, dan perkembangan latihan mereka dipantau oleh jurulatih masing-masing menerusi aplikasi dalam talian seperti Zoom.

-- BERNAMA


 
Sponsored Post
Top
Log in Register