Sukan Olimpik Tokyo 2020 | 23 Julai ~ 8 Ogos 2021

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Olimpik 'tidak boleh dibuat atau tidak diingini'



LONDON: Ketua Olahraga Dunia, Sebastian Coe meminta Olimpik Tokyo ditangguhkan kerana pandemik coronavirus (COVID-19).


Menerusi surat kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, ditulis sebelum mesyuarat IOC semalam, Coe berkata menangguhkan temasya berkenaan yang dijadualkan pada Julai 2020 sebagai “sama ada tidak boleh dilaksanakan atau tidak diingini” kerana krisis global itu.

“Ketika kita kini menyedari bahawa pada bahagian berbeza di dunia berada pada tahap berbeza jangkitan virus itu, pandangan sebulat suara di seluruh kawasan bahawa Temasya Olimpik Julai ini sama ada tidak boleh dilaksanakan atau tidak diingini,” kata Coe dalam surat berkenaan.

Kanada sudah menarik diri daripada temasya berkenaan dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengakui bahawa penangguhan mungkin “tidak dapat dielakkan.”

IOC berkata keputusan akan diambil dalam tempoh seminggu. - AFP

 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Keputusan menunda Olimpik semakin hampir



ATHENS: Keputusan terakhir sama ada akan menangguhkan temasya Olimpik Tokyo tahun ini akan diambil dalam tempoh terdekat ini, kata dua sumber terdekat Olimpik kepada Reuters hari ini.


Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan penganjur Olimpik Tokyo kini berdepan tekanan untuk menangguhkan temasya itu berikutan penularan coronavirus (COVID-19).

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden IOC, Thomas Bach akan mengadakan perbincangan menerusi telefon pada jam 11 pagi waktu GMT (jam 7 malam waktu Malaysia). - Reuters

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Nasihat Chong Wei



KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2020, Datuk Lee Chong Wei meminta semua atlet negara kekal tenang dan bersedia tanpa memperdulikan kemelut yang melanda berikutan wabak COVID-19 hingga menukarkan keputusan dibuat bagi terus menganjurkan Olimpik Tokyo 2020.


Chong Wei turut meminta semua atlet terutama yang sudah layak supaya jangan mengalah dan kekal cergas bagi menghadapi sebarang kemungkinan apa yang berlaku dalam tempoh terdekat ini.

“Pada masa ini, kita perlu berada di rumah. Buat senaman, duduk di rumah dan pastikan tahap kesihatan serta keselamatan… itu yang paling penting,” katanya kepada BH Sukan.

Beliau bagaimanapun sedia menunggu keputusan yang bakal diambil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas badan induk berkenaan menyatakan penangguhan temasya di Tokyo itu sebagai antara pilihan mereka akibat pandemik COVID-19.

Semalam, IOC menyatakan penangguhan Olimpik 2020 adalah antara pilihan yang perlu dipertimbangkan akibat wabak berkenaan tetapi pembatalan temasya di Tokyo itu sama sekali tiada dalam agenda mereka.

Malah atas kebimbangan, Jawatankuasa Olimpik Kanada selepas itu mengumumkan negara itu tidak akan menghantar atlet ke Tokyo manakala Jawatankuasa Olimpik Australia sudah memberitahu atlet untuk bersedia menghadapi saingan Tokyo pada 2021.

Pengumuman Kanada dan Australia itu dibuat selepas IOC menyatakan kesediaan mereka sama ada untuk membuat penangguhan atau sebaliknya terhadap Tokyo 2020 dalam tempoh empat minggu akan datang.

“Sekarang ini, saya rasa belum muktamad lagi, belum ada pengumuman,” kata Chong Wei yang turut menunggu maklumbalas dan perkembangan lanjut daripada IOC dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Untuk Olimpik, kita lihat apakah yang akan diumumkan dan juga keputusan oleh IOC, Jepun dan juga MOM nanti.

“Di media sosial, Jepun sudah mengeluarkan berita yang mereka akan membincangkan perkara ini. Kanada dan Australia juga sudah membuat keputusan mereka.

“Jadi ia sesuatu yang besar (yang harus dipertimbangkan) untuk Olimpik di Jepun. Apapun, kita akan tunggu.”

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Jepun minta tunda Olimpik



TOKYO: Jepun meminta supaya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tunda berikutan pandemik COVID-19 global.


Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga sudah bersetuju kata Perdana Menteri Jepun, sebentar tadi.

“Saya mencadangkan supaya ditunda untuk kira-kira setahun dan Presiden Bach membalas dengan 100 peratus bersetuju,” kata Shinzo Abe kepada wartawan merujuk kepada Thomas Bach, ketua IOC. - AFP

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
'Ia untuk menyelamatkan nyawa' - Bach



ATHENS: Kos menunda Sukan Olimpik Tokyo 2020 kepada 2021 tidak dibincangkan OIC bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini kata ketuanya, Thomas Bach sambil menambah: “ini berkaitan menyelamatkan nyawa.”


Temasya bermula 24 Julai hingga 9 Ogos itu akan dijadualkan semula paling awal musim panas 2021, sebagai bukti kejayaan mengatasi coronavirus, umum IOC dan penganjur Tokyo 2020 secara bersama selepas persetujuan dicapai Bach dan Abe.

Namun tarikh sebenar temasya terbaharu itu masih belum ditentukan kata Bach.

“Dua jam selepas panggilan telefon itu saya tidak boleh memberikan anda jawapan tepat.

“Ini adalah sebab kenapa kami membuat keputusan kami perlukan paling kurang empat minggu untuk menjawab semua soalan... bukan ini sahaja,” kata Bach. - Reuters

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Jepun, IOC setuju tunda Olimpik



PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata beliau dan ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju menangguhkan Olimpik Tokyo untuk tempoh setahun.


Abe berkata kepada wartawan malam ini selepas berbincang dengan Presiden IOC, Thomas Bach mengenai penangguhan temasya sukan terbesar dunia itu susulan pandemik Covid-19.

“Kami meminta Presiden Bach untuk menimbangkan penangguhan tempoh setahun bagi menjadikan ia temasya yang boleh disertai semua atlet dan bersaing pada tahap terbaik dan menjadikan acara itu selamat serta tidak membahayakan penonton,” kata Abe.

“Presiden Bach berkata beliau juga bersetuju 100 peratus.”

Tokyo sudah melengkapkan persiapan apabila virus yang membawa maut itu mula menular di seluruh dunia.

Walaupun berulang kali menegaskan bahawa temasya itu akan tetap berlangsung seperti dirancang, Abe minggu ini berkata penangguhan mungkin tidak dapat dielakkan jika acara itu tidak dapat dilangsungkan dengan sempurna.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike secara berasingan memberitahu wartawan bahawa temasya itu akan dilangsungkan pada musim panas 2021 dan akan dijenamakan sebagai ‘Tokyo 2020.’

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,105
Reaction score
20,952
Points
1,661
Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguh



JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) secara rasmi membuat keputusan menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun depan ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini.


Keputusan penangguhan temasya sukan paling berprestij di dunia itu dibuat susulan permohonan rasmi daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Åbe semalam.

Menurut Abe, Presiden Bach telah menyatakan persetujuannya '100 peratus' untuk menangguhkan temasya Olimpik kali ini selepas mendapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk Kanada dan Australia yang sebelum ini membuat keputusan menarik diri.

"Kami bersetuju bahawa penangguhan (Sukan Olimpik) menjadi jalan terbaik bagi memastikan kesemua atlet berada dalam keadaan terbaik ketika beraksi selain menjamin keselamatan para penonton," kata Abe selepas mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon dengan Bach semalam.

Pada masa sama, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike memberitahu pihak media bahawa temasya itu akan dilangsungkan pada musim panas 2021 dan akan dijenamakan sebagai “Tokyo 2020”.

Sebelum ini, Bach menjelaskan, pembatalan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak termasuk dalam agenda IOC, namun tidak menolak kemungkinan pihaknya sedang mengkaji semula senario yang berbeza untuk temasya akan datang.

Kelmarin, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, penangguhan Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos depan adalah tindakan yang seharusnya dilakukan jika ancaman Covid-19 tidak pulih dalam beberapa minggu akan datang.

 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,199
Reaction score
399
Points
131
buat tahun 2021

tapi tetap nama dia olimpik 2020

haa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register