Sukan Olimpik Tokyo 2020 | 23 Julai ~ 8 Ogos 2021

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
IOC ubah sistem kelayakan Tokyo 2020



BERIKUTAN penangguhan hampir semua acara sukan kerana penularan pandemik Covid-19, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan membuat perubahan mengenai sistem kelayakan untuk memastikan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung mengikut jadual pada 24 Julai hingga 9 Ogos.


IOC dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama badan persekutuan sukan antarabangsa untuk melakukan perubahan terhadap proses kelayakan kerana sehingga kini hanya 57 peratus atlet yang layak ke temasya terbesar dunia itu.

Perubahan terhadap sistem kelayakan dan peruntukan yang masih ada adalah berdasarkan kepada keputusan semasa (kedudukan ranking dunia atau sejarah keputusan) dan berkemungkinan menggunakan prinsip sedia ada sistem kelayakan (ranking atau pencapaian peringkat benua).

IOC menegaskan kemungkinan menggunakan prinsip dan jadual kelayakan sedia ada jika proses kelayakan itu mempunyai akses yang adil untuk semua atlet dan pasukan, manakala tiada perubahan berlaku pada kuota yang sudah diperuntukkan kepada atlet yang berjaya dan Jawatankuasa Olimpik negara perserta (NOCs).

Menurut IOC, sebarang pertambahan kuota atlet pula akan dipertimbangkan berdasarkan situasi semasa dengan mendapatkan sokongan daripada Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Badan persekutuan sukan antarabangsa terlibat akan mengemukakan cadangan perubahan terhadap sistem kelayakan berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan dan sebarang perubahan terhadap sistem kelayakan oleh sukan tertentu akan diterbitkan awal April dan disampaikan kepada semua pemegang berkepentingan, menurut kenyataan itu.

“Kesihatan dan kebajikan semua yang terlibat dalam persiapan penganjuran Tokyo 2020 adalah keutamaan kami. Semua langkah akan diambil untuk memastikan keselamatan dan kepentingan atlet, jurulatih dan pasukan sokongan.

“Kami adalah komuniti Olimpik; kami saling menyokong antara satu sama lain dalam susah dan senang. Semangat Olimpik ini mencerminkan kami adalah satu komuniti,” kata Presiden IOC Thomas Bach.

 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
USATF mohon tangguh Olimpik Tokyo



BADAN induk atlet olahraga Amerika, Trek dan Padang AS (USATF) mencadang penangguhan penganjuran Olimpik Tokyo.


Persekutuan itu dalam kiriman suratnya kepada Ketua Eksekutif Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC) Sarah Hirshland, memohon Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) untuk menangguhkan temasya sukan itu, yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos ini.

“Kami memahami jangkaan mengenai permohonan ini dan realitinya untuk cuba menguruskan koordinasi membabitkan logistik dengan beberapa penangguhan beberapa acara sukan sebelum Sukan Olimpik di luar kawalan atlet, persekutuan sukan, pemegang saham utama contohnya.

Akan tetapi pilihan untuk meneruskan temasya ketika situasi global ketika ini adalah perkara yang tidak baik kepada atlet kita (sesukar mana sekalipun keputusan dibuat),” menurut Ketua Eksekutif USATF, Max Siegel menerusi surat itu.

Persekutuan Trek dan Padang AS menyertai beberapa badan sukan Olimpik AS, Renang AS, yang menyeru penangguhan sukan itu.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
Mungkin tangguh Olimpik Tokyo



PIHAK penganjur Tokyo 2020 sudah mula melakukan draf kemungkinan yang berlaku jika Sukan Olimpik bermula Julai ini ditangguhkan, dua sumber terdekat mendedahkan perkara itu sekali gus bertentangan dengan pendirian kerajaan Jepun yang menegaskan penangguhan bukanlah pilihan.


Ketika wabak koronavirus (Covid-19) terus mengganggu acara sukan di seluruh dunia, Jepun kekal menegaskan temasya sukan terbesar dunia itu akan tetap dilangsungkan mengikut jadual.

Seorang jurucakap kerajaan Rabu lalu berkata, Tokyo tidak melakukan persediaan untuk menunda temasya itu,

“Akhirnya kami diminta untuk melakukan simulasi jika temasya ini ditangguhkan,” kata satu sumber yang juga pegawai terdekat dengan jawatankuasa penganjur yang terbabit dengan melakukan draf itu.

Kedua-dua sumber itu tidak mempunyai kuasa rasmi untuk bercakap dengan pihak media.

“Kami sedang melakukan pelan alternatif B, C, D. Ia melihat kepada penangguhan dibeberapa waktu tertentu,” kata sumber yang menambah senario itu termasuklah kos yang mungkin ditanggung berikutan penangguhan temasya sukan itu.

Sama ada pihak penganjur Tokyo 2020 atau Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), kedua-dua badan itu tidak memberikan sebarang komen.

Pilihan yang ada ialah menunda temasya itu atau menganjurkannya tanpa kehadiran penonton dan ia akan dibincangkan pada satu mesyuarat yang berlangsung hujung bulan ini, kata sumber.

Sumber kedua pula berkata, soal penangguhan sedang dibincangkan termasuk menangguhkannya antara satu atau dua tahun.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,415
Reaction score
11,104
Points
2,376
Elok tangguh dulu Olimpik ni
Euro boleh tangguh
Demi kebaikan bersama
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
Tangguh Olimpik kerana sukar dielakkan : Abe



PENANGGUHAN Olimpik 2020 mungkin tidak dapat dielakkan jika penularan koronavirus baharu menjadikan ia sukar untuk memastikan keselamatan temasya sukan itu, kata Perdana Menteri Jepun hari ini.


Shinzo Abe memberitahu parlimen, Jepun masih komited untuk melaksanakan sukan itu namun menambah : “jika ia menjadikannya sukar, dengan keutamaan kepada keselamatan atlet, ia mungkin sukar dielakkan untuk kami mengambil keputusan menangguhkannya.”

Kenyataan itu adalah pengakuan pertamanya dengan kemungkinan sukan berkenaan dijangka tidak dilangsungkan mengikut jadual pada 24 Julai ketika ancaman penularan koronavirus di seluruh dunia.

Lewat malam tadi, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa turut mengubah nada pendirian mengenai temasya sukan itu dengan berkata mereka mungkin mengadakan perancangan dengan senario berbeza, termasuk penangguhan.

“Pembatalan bukan pilihannya,” kata Abe, mengulangi kenyataan daripada Ketua IOC Thomas Bach.

Bach menegaskan membatalkan acara sukan berkenaan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan tidak akan membantu sesiapa.

IOC bertanggungjawab mengambil keputusan muktamad mengenai temasya sukan itu dan berdepan tekanan kuat daripada atlet dan persatuan sukan seluruh dunia ketika penularan krisis koronavirus.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
Kanada ancam tidak sertai Olimpik



JAWATANKUASA Olimpik Kanada (COC) dan Jawatankuasa Paralimpik (CPC) berkata mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Olimpik dan Sukan Paralimpik pada musim panas 2020 berikutan kebimbangan mengenai penularan koronavirus.


Bantahan untuk penganjuran temasya sukan pada Julai ditentang kuat dalam tempoh dua hari lalu, dengan beberapa pemegangan taruh seperti Trek dan Padang A.S serta Barisan Atlet UK, disamping beberapa jawatankuasa Olimpik kebangsaan, menyarankan penangguhan kerana pandemik.

Lebih 13,000 orang terkorban di seluruh dunia sejak penularan wabak koronavirus.

“Pihak COC dan CPC menghubungi segera Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangguhkan acara sukan untuk tempoh setahun.

“Kami juga menawarkan mereka sokongan penuh untuk membantu segala kesukaran dalam penjadualan semula bagi memastikan ia berjalan lancar,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

"Ketika kita menyedari kerumitan yang wujud di sebalik penangguhan, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan keselamatan atlet serta masyarakat dunia," tambahnya.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,415
Reaction score
11,104
Points
2,376
Ada dah tu yang nak tarik diri andai Olimpik diteruskan jugak
Nanti makin merebak kalau duk kumpul ramai²
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
Kanada tarik diri dari Olimpik Tokyo



ONTARIO – Kanada merupakan negara pertama menarik diri daripada penyertaan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Julai tahun ini.


Pengumuman itu menyusul sejurus selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kali pertama mengakui temasya terbesar dunia itu berkemungkinan ditangguhkan ekoran ancaman pandemik Covid-19.

Sementara itu, Kontinjen Olimpik dari Australia juga berpendirian jelas temasya berprestij itu tidak harus diteruskan dan meminta para atletnya untuk bersiap menghadapi Sukan 2021.

Olimpik Tokyo dijadualkan berlangsung bermula 24 Julai ini dan terdahulu Abe pernah menegaskan sukan terbesar dunia itu akan dipastikan berlangsung namun mula menyerah kalah kepada Covid-19 selepas pandemik itu semakin ‘mengganas’ menerusi gelombang keduanya.

Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Kanada mendakwa keputusan sukar itu terpaksa diambil selepas berunding dengan para atlet, kumpulan sukan, dan kerajaan Kanada.

Ia juga seruan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menangguhkan temasya itu untiuk tempoh setahun.

“Kesihatan dan keselamatan atlet dan komuniti dunia lagi penting untuk kami dan tampil dengan keputusan itu.- MalaysiaGazette

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,075
Reaction score
20,950
Points
1,661
IOC putuskan dalam tempoh 4 minggu



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerus atau menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020, dalam tempoh empat minggu, susulan pandemik COVID-19.


IOC dalam laman webnya menyatakan mereka telah memulakan perbincangan menyeluruh dengan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, pihak berkuasa Jepun dan Kerajaan Metropolitan Tokyo mengenai temasya itu, dan pembatalannya bukan agenda mereka pada masa ini.

"IOC yakin akan dapat menyelesaikan perbincangan ini dalam tempoh empat minggu akan datang, dan sangat menghargai setiakawan serta kerjasama NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) dan IF (Persekutuan Sukan Antarabangsa) dalam menyokong atlet dan menyesuaikan perancangan Sukan Olimpik," katanya.

Badan pentadbir dunia itu juga mendedahkan mereka telah meningkatkan perancangan senario Sukan Olimpik 2020, termasuk mengubah suai pelan operasi sedia ada untuk temasya itu diteruskan pada 24 Julai dan juga perubahan tarikh mula penganjurannya.
IOC menambah, langkah itu akan membolehkan mereka mendapat gambaran sebenar situasi perkembangan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan di Jepun, yang kemudian akan menjadi asas untuk membuat keputusan terbaik demi kepentingan atlet dan individu lain yang terlibat.

IOC juga berkata sambutan hangat ditunjukkan rakyat Jepun sempena ketibaan Obor Sukan Olimpik dari Greece pada Jumaat meningkatkan keyakinan IOC untuk kerajaan Jepun menganjurkan temasya Sukan Olimpik dengan sekatan keselamatan tertentu, dan pada masa yang sama terus mendukung prinsip melindungi kesihatan semua pihak yang terlibat.

Ia juga menggariskan beberapa cabaran yang akan mereka hadapi sebelum membuat keputusan termasuk peningkatan drastik kes COVID-19, sejumlah besar hotel yang telah ditempah oleh atlet dan pegawai, beberapa venue penting yang diperlukan untuk Sukan Olimpik mungkin tidak dapat disediakan, selain untuk menyelaraskan jadual pertandingan bagi 33 acara Sukan Olimpik itu.

IOC mengadakan mesyuarat lembaga eksekutif pada Ahad berikutan desakan oleh atlet dan NOC untuk menangguhkan Sukan Olimpik berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.- BERNAMA

 
Sponsored Post
Top
Log in Register