Sukan Olimpik Tokyo 2020 | 23 Julai ~ 8 Ogos 2021

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,660
Reaction score
21,083
Points
1,671
8 Sept: Tokyo dipilih utk menganjurkan Sukan Olimpik 2020 setelah mendapat undi 60-36 mengalahkan Istanbul sebentar tadi



(CNN) -- Tokyo has been chosen by the International Olympic Committee to host the 2020 Summer Games.

In voting Saturday in Buenos Aires, the committee picked Tokyo over the two other contenders, Madrid and Istanbul.

The announcement came at 5:20 a.m. Tokyo time, but a large crowd watching on an outdoor video screen burst into cheers.
Tokyo previously hosted the Summer Games in 1964.

Japan's bid for 2020 billed the city as the safe choice -- despite radiation leaking from the Fukushima nuclear plant. Prime Minister Shinzo Abe personally made a presentation to the committee and promised an effective cleanup.

Read more http://edition.cnn.com/2013/09/07/sport/world-olympics-2020/?hpt=hp_c2

Olympic hosts since 1972

1972: Munich, West Germany
1976: Montreal, Canada
1980: Moscow, Soviet Union
1984: Los Angeles, US
1988: Seoul, South Korea
1992: Barcelona, Spain
1996: Atlanta, US
2000: Sydney, Australia
2004: Athens, Greece
2008: Beijing, China
2012: London, UK
2016: Rio de Janeiro, Brazil
2020: Tokyo, Japan


 
Last edited:
Sponsored Post

aqu_fadhil

Super Active Member
Joined
Jun 10, 2011
Messages
7,302
Reaction score
37
Points
70
US dah 3 kali. Malaysia x masukbke? Stadium ganu colmel tu...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,660
Reaction score
21,083
Points
1,671
Baby layak ke Olimpik Tokyo



KUALA LUMPUR - Sebagaimana yang dijangka, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri untuk ke Sukan Olimpik Tokyo selepas beliau meraih pingat emas bagi acara 3m Papan Anjal Individu Wanita di Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 di sini hari ini.

Penerjun berumur 20 tahun itu berjaya mencuri perhatian hakim dengan terjunan kemas yang membolehkan beliau mengumpul 313.85 mata untuk menerajui acara lima pusingan itu, manakala rakan senegara, Loh Zhiayi pula berjaya meraih pingat perak selepas mengumpul 223.45 mata.

Penerjun Indonesia Linadini Yasmin mengumpulkan 191.30 mata untuk merangkul pingat gangsa.

Nur Dhabitah berkata, beliau agak gementar pada mulanya semasa berdiri di atas papan anjal, namun berjaya mengatasi perasaan itu, memandangkan pertandingan ini amat penting baginya untuk membawa beliau ke arena lebih tinggi.

"Alhamdulillah, akhirnya slot ke Olimpik dapat juga. Saya sangat gemuruh walaupun kita ada peluang. Mungkin sebab pertandingan di tempat sendiri, dan saya nak bagi yang terbaik, sebab tu saya gemuruh," katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik Negara di sini.

Walaupun bergelar juara, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu masih belum berpuas hati dengan dua terjunan beliau hari ini.

"Saya rasa boleh buat lebih bagus di terjunan kedua dan ketiga saya. Saya akan terus berusaha untuk beraksi lebih baik sebab saya (baru pulang) dari Kejohanan Dunia (Gwangju 2019) dan tidak sempat untuk membuat latihan teknik dan asas. Jadi selepas pertandingan ini saya berhasrat untuk mula balik kepada latihan asas," tambahnya.

Bagi Piala Asia, masing-masing pemenang acara papan anjal platform 3m dan 10m akan mendapat slot untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.

Selain acara individu, Nur Dhabitah berkata, beliau menyasarkan untuk memperoleh satu lagi slot Olimpik dalam acara terjun 3m papan anjal seirama wanita bersama pasangannya, Wendy Ng Yan Yee.

Memandangkan Piala Asia tidak menjamin sebarang slot untuk acara seirama, kedua-dua mereka meletakkan sasaran memperolehnya di FINA Diving World Cup 2020 di Tokyo, hanya beberapa bulan sebelum Olympic 2020.

Sukan Olimpik Tokyo akan menjadi penampilan kedua Nur Dhabitah, dan beliau adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.

Penampilan pertama beliau adalah di Rio 2016 selepas beliau meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu, juga di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada tahun sebelumnya. - Bernama


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,660
Reaction score
21,083
Points
1,671
Farah Ann cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020



KUALA LUMPUR - Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.


Atlet berusia 25 tahun negara layak ke temasya terbesar dunia itu selepas mengumpul keseluruhan 49.898 mata pada pusingan kelayakan acara all-around individu, sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun skuad gimnastik negara ke pentas Olimpik.

Biarpun sekadar menduduki tempat ke-59 serta gagal layak ke pusingan akhir kejohanan dunia, namun kejayaan lebih manis berjaya dicipta apabila Farah Ann menjadi gimnas ketiga negara layak ke temasya Olimpik selepas kali terakhir pada 2004 di Athens.

Turut beraksi pada kejohanan itu Tan Ing Yueh yang menduduki tempat ke-90 dengan mengumpul 48.299 mata sementara Tracie Ang di kedudukan ke-107 dengan 47.399 mata.

Berdasarkan senarai terkini Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Farah Ann adalah antara 20 gimnas yang layak ke Tokyo dalam acara all-around individu di kejohanan dunia edisi tahun ini.

Kejohanan Gimnastik Dunia edisi 2018 menjadi pentas pertama para gimnas meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 dengan tiga negara yang berakhir di podium dianugerahkan masing-masing empat tiket secara merit ke temasya itu.

Kali terakhir gimnas negara beraksi di temasya Olimpik adalah menerusi gimnas lelaki Ng Shu Wai di Athens 2004 manakala gimnas wanita pula menerusi Alexina Au Li Yen di Sydney 2000. - Bernama


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,660
Reaction score
21,083
Points
1,671
Olimpik Tokyo boleh ditunda sehingga 2 tahun



TOKYO: Jika Sukan Olimpik tidak boleh dilangsungkan di Tokyo musim panas ini berikutan penularan coronavirus, pilihan paling realistik ialah menundanya sehingga satu atau dua tahun, kata majlis eksekutif Jawatankuasa Olimpik Tokyo kepada Wall Street Journal.


Haruyuki Takahashi, seorang daripada 25 ahli jawatankuasa penganjur Jepun, berkata dalam temubual bersama akhbar itu yang diterbitkan hari ini, bahawa majlis berkenaan masih belum membincangkan impak virus terbabit terhadap temasya berkenaan, selepas kali terakhir bermesyuarat pada Disember sebelum wabak berkenaan merebak.

Takahashi dan jawatankuasa penganjur gagal dihubungi untuk komen lanjut.

Masalah kewangan kerana membatalan temasya berkenaan atau mengadakannya tanpa penonton akan menjadi terlalu besar, kata Takahashi sementara penundaan kurang daripada setahun akan bertembung dengan acara sukan utama lain, kata akhbar berkenaan. - REUTERS

 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,259
Reaction score
1,125
Points
201
elok tunda jerk la... sukan lain x sebesar olimpik.. Tapi world cup jgn kasi tunda... sukan lain nak tunda ke batal ke dipersilakan... ngeh3
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,660
Reaction score
21,083
Points
1,671
Olimpik: IOC dan pertubuhan sukan bincang krisis COVID-19



TOKYO: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengadakan perbincangan dengan ketua pertubuhan sukan global mengenai strategi menghadapi ancaman pandemik COVID-19.


Menurut sumber yang rapat kepada persekutuan antarabangsa itu, pendekatan terbabit dirasakan perlu berikutan pelbagai acara sukan di serata dunia terpaksa dibatalkan atau ditangguh berikutan ancaman coronavirus.

Pandemik itu mengucar-kacirkan jadual acara sukan global sehingga ada yang menjejaskan acara kelayakan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020, malah pelbagai pihak mahu temasya itu dibatalkan atau ditangguhkan.

Kurang lima bulan lagi lagi, acara perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan berlangsung pada 24 Julai, namun pelbagai persoalan masih belum terjawab sama ada ia akan diteruskan atau tidak.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan penganjur Tokyo 2020, kelmarin menyatakan pendirian akan meneruskan acara itu seperti mana dirancang.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan agensi berita NHK bahawa kesan COVID-19 akan dibincangkan pada Selasa ini, IOC menyatakan ia adalah perbincangan biasa dengan pihak berkepentingan.

“Memandangkan keadaan ini sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu, IOC sentiasa mengemas kini perkembangan baharu kepada pihak kepentingan,” katanya.

Pengarah Sukan IOC, Kit McConnell, berkata mesyuarat itu turut membincangkan perubahan kepada proses kelayakan dengan pelbagai persekutuan sukan antarabangsa.

Difahamkan, mereka bersepakat mewujudkan Kumpulan Pelaksanaan untuk bertindak dengan segera mengikut keadaan semasa, bagi pihak Lembaga Eksekutif IOC meluluskan perubahan yang diperlukan terutama berkaitan sistem kelayakan.

Perubahan itu termasuklah lanjutan tempoh kelayakan tetapi tidak melebihi 30 Jun, peruntukan kuota dan penyingkiran kriteria kelayakan tertentu.

Beberapa acara kelayakan, termasuk bagi sukan memanjat, tinju, lawan pedang dan judo dibatalkan atau ditangguhkan, sehingga atlet sendiri tertanya-tanya sama ada mereka akan layak ke Olimpik.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Jepun kini mencapai 29 orang manakal kes jangkitan mencecah 1,484 mangsa termasuk 697 dari kapal persiaran Diamond Princess dan 14 mangsa yang dibawa pulang dari China. - REUTERS

 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,471
Reaction score
158
Points
138
bukanke japang tegaskan nak adakan juga. kononnya leh bendung huhu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,484
Reaction score
11,706
Points
2,376

#COVID19 memisahkan kita. Pensive face Buat atlet negara yang sudah layak ataupun dalam misi melayakkan diri ke
Temasya Sukan Olimpik #Tokyo2020 sila jaga diri, ikuti update terkini Kementerian Kesihatan Malaysia dan make sure amalkan #SocialDistancing. 🙏 #COVID19 #KamiTeamMalaysia

📸: Brands of The World
 
Sponsored Post
Top
Log in Register