BTC USD 55,010.5 Gold USD 1,793.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukan Malaysia (SUKMA Johor) 2020

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,630
Reaction score
12,513
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,630
Reaction score
12,513
Points
2,376
MOU | UiTM dan MSN Selangor Jalin Kerjasama

Bagi merealisasikan impian menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia Johor (SUKMA) tahun hadapan, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, (FSR).

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,801
Reaction score
1,958
Points
206
khai-sukma-960x640.jpg.webp

EXCO sukan Khairuddin Othman berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Atlet Selangor antara Majlis Sukan Negeri Selangor dan UiTM di UiTM Shah Alam pada 7 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASUKANKINI

Sukma 2020: Atlet Selangor sedia buru gelaran juara
by Norrasyidah ArshadJulai 7, 2020 9:09 pm

SHAH ALAM, 7 JULAI: Selangor yakin mampu merangkul gelaran juara di Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang dijangka berlangsung tahun depan, kata EXCO pembangunan generasi muda dan sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata sepanjang sukan dwi-tahunan itu Selangor menampilkan 850 atlet yang semuanya sudah melakukan persediaan.

“Semua atlet memulakan latihan penuh bermula Julai ini. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), prestasi mereka tetap dipantau jurulatih,” katanya selepas Majlis Menandatangani MoU antara Majlis Sukan Negeri Selangor dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM)` hari ini.

Menurut Mohd Khairuddin, MoU berkenaan memberi imput dan kelebihan kepada Selangor untuk menghadapi Sukma.
“Pembabitan UiTM lebih kepada pandangan sebagai pakar. Atlet kita boleh bersukan tapi dari segi teknikal, mungkin UiTM boleh membantu,” katanya.

Selangor muncul juara sembilan kali sejak temasya mula dianjurkan pada 1986. Kali terakhir bergelar juara pada 2016.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,303
Reaction score
3,816
Points
236
Skuad Karate Selangor Yakin Kutip 2 Emas

18.07.2020 - Shah Alam, Skuad karate Selangor menyasarkan kutipan dua emas sekalipun menampilkan atlet muda pada Sukan Malaysia (Sukma) di Johor.

Jurulatihnya, Prem Kumar Subbanna berkata beliau kini menggunakan pendekatan psikologi bagi meningkatkan semangat atlet mengejar sasaran tersebut.

“Kita ketengahkan atlet muda kali ini dan menyasarkan memperbaiki keputusan kutipan pingat di Sukma lalu yang sekadar mengutip satu emas, tiga perak dan beberapa gangsa.

“Semua negeri bakal memberikan saingan hebat kerana masing-masing mempunyai atlet kebangsaan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Prem Kumar berkata Selangor bakal menghantar 12 atlet untuk acara kumite dan enam acara kata.

Tambah beliau, sesi latihan masih dijalankan secara individu sebagai langkah berjaga-jaga mengelak penularan wabak.

Sukma 2020 di Johor dijadualkan semula pada 6 hingga 14 Mac susulan pandemik Covid-19.

atlet-karate-960x502.jpg.webp


Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/sukma-2020-skuad-karate-selangor-yakin-kutip-dua-emas/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register