Sukan Malaysia (SUKMA Johor) 2020

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,025
Reaction score
8,935
Points
2,226

SUKMA merupakan Sukan Malaysia yang di anjurkan bagi mencungkil bakat-bakat baru sebagai pelapis kepada atlit kebangsaan
SUKMA mula anjurkan pada 1986 di Kuala Lumpur yang menang Kuala Lumpur menjadi juara keseluruhan
SUKMA 2018 akan berlangsung di Perak bermula 12 - 22 September 2018
SUKMA 2018 merupakan kali ke 2 Perak menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada 1994

Senarai Tuan Rumah SUKMA

1986 - Kuala Lumpur
1988 - Kuala Lumpur
1990 - Sarawak
1992 - Johor
1994 - Perak
1996 - Pahang
1998 - Selangor
2000 - Pulau Pinang
2002 - Sabah
2004 - Negeri Sembilan
2006 - Kedah
2008 - Terengganu
2010 - Melaka
2011 - Wilayah Persekutuan
2012 - Pahang
2013 - Wilayah Persekutuan
2014 - Perlis
2016 - Sarawak
2018 - Perak
2020 - Johor

Senarai Juara Keseluruhan SUKMA

1986 - Kuala Lumpur
1988 - Selangor
1990 - Sarawak
1992 - Sarawak
1994 - Sarawak
1996 - Selangor
1998 - Selangor
2000 - Selangor
2002 - Selangor
2004 - Selangor
2006 - Selangor
2008 - Terengganu
2010 - Terengganu
2011 - Terengganu
2012 - Terengganu
2013 - Selangor
2014 - Wilayah Persekutuan
2016 - Sarawak
2018 - Terengganu
2020 - ?

Pasukan Terbaik

Selangor - 8 (1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2013)
Terengganu - 5 (2008, 2010, 2011, 2012, 2018)
Sarawak - 4 (1990, 1992, 1994, 2016)
Kuala Lumpur - 1 (1988)
Wilayah Persekutuan - 1 (2014)
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,025
Reaction score
8,935
Points
2,226

Persiapan SUKMA 2020 lancar


SEMUA kemudahan yang akan digunakan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang kini dalam fasa pembinaan dan membaik pulih, berjalan lancar mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, semua kemudahan itu dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.

Beliau berkata, pada masa ini, tiada sebarang masalah timbul dan semua projek pembinaan serta membaik pulih kemudahan itu dilaksanakan mengikut jadual.

“Berdasarkan lawatan saya hari ini ke empat lokasi pembinaan fasiliti yang akan digunakan untuk SUKMA 2020, menunjukkan perkembangan positif.

“Empat venue itu adalah Stadium Tertutup Arena Larkin; Stadium Akuatik, Larkin; Sports City Mount Austin dan Arena Mas, Taman Impian Emas,” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu Penolong Pegawai Operasi Sekretariat SUKMA Johor, Mohd Johari Tarmidi.

Khuzzan berkata, kerajaan negeri akan sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembinaan dan membaik pulih kemudahan SUKMA 2020 siap sepenuhnya.

“Lawatan ke venue SUKMA ini akan diteruskan lagi ke Velodrom, Medini esok bagi melihat perkembangan pembinaannya untuk digunakan bagi acara berbasikal,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/445380/persiapan-sukma-2020-lancar
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,025
Reaction score
8,935
Points
2,226

Kerja naik taraf, bina venue SUKMA 2020 ikut perancangan, jangka siap Mei ini


ISKANDAR PUTERI, 2 Jan - Kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf venue Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 berjalan seperti yang dirancang dan dijangka siap menjelang Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohd Solihan Badri berkata sehingga kini, 60 peratus kerja-kerja pembinaan telah siap mengikut jadual yang ditetapkan manakala 40 peratus lagi mengalami sedikit kelewatan.

“Daripada kesemua venue ini, 60 peratus siap lebih awal daripada jadual manakala 40 peratus mengalami kelewatan.

"Kelewatan ini hanya disebabkan masalah yang boleh diselesaikan seperti bekalan utiliti seperti air, elektrik dan pentadbiran sahaja dan usaha untuk mengatasinya telah dilakukan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Teknikal dan Pemantauan Bagi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Sukan SUKMA 2020 di Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak di sini, hari ini.

Beliau berkata satu lawatan teknikal ke semua venue SUKMA 2020 akan dijalankan secara berperingkat mulai Ahad ini bagi meninjau perkembangan terkini projek pembinaan berkaitan.

Dalam masa yang sama, Mohd Solihan berharap agar semua pihak yang terlibat dalam penyediaan venue dan fasiliti komited melakukan kerja bagi memastikan persiapan yang dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita jangkakan 39,000 orang akan berada di negeri ini khususnya di Johor Bahru termasuk atlet, pegawai, penonton dan memang satu cabaran memandangkan tahun ini juga kita akan menghadapi Tahun Melawat Johor 2020. Jadi kita hendak pastikan penganjuran kali ini penganjuran terbaik yang pernah dianjurkan," katanya.

Menurut Mohd Solihan, semua venue perlu siap menjelang Mei sebelum diserahkan kepada pihak Sekretariat SUKMA 2020.

Selain venue, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak konsensi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta untuk memastikan persekitaran menuju ke venue berada dalam keadaan baik seperti lampu cahaya, landskap dan jalan menuju ke lokasi sukan, diselengara dengan baik.

Temasya SUKMA 2020 dijadual berlangsung dari 11-19 Julai diikuti Para Sukma dari 16 hingga 22 Ogos 2020.

-- BERNAMA


 
Sponsored Post
Top
Log in Register