BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukan Asia 2006

azlann1981

Super Active Member
Messages
5,538
Joined
Apr 13, 2006
Messages
5,538
Reaction score
254
Points
91
Seperti mana korang tau Malaysia akan bertanding dalam sukan asia kat Doha nanti...so aku buka thread nie utk membincangkan apa2 je yang berkaitan dgn sukan Asia terutama sekali yang melibatkan pasukan negara kita.
Tapi skrg nie ada sesetengah acara dah mula dah pun mcm acara bola sepak. Semalam Pasukan Bola sepak Malaysia turun lawan team Oman.huhu..malaysia kalah 1-3 dgn Oman.
 
Hehe hari awal2 start dah langkah kiri, camne ni Malaysia?

Try lagi :D
 
Hehe hari awal2 start dah langkah kiri, camne ni Malaysia?

Try lagi :D
Berapa banyak kali mau try laa...??? Bola Malaysia memang tak bleh pi mana laa...dulu kot laa Thailand & Indonesia payah nak menang..laa nie dengan Singapore, Vietnam & Myanmar pun boleh kalah...sikit hari ngan Brunei pon kena titik...
 
Berapa banyak kali mau try laa...??? Bola Malaysia memang tak bleh pi mana laa...dulu kot laa Thailand & Indonesia payah nak menang..laa nie dengan Singapore, Vietnam & Myanmar pun boleh kalah...sikit hari ngan Brunei pon kena titik...

try sampai boley la, mesti boleh macam Komunis style haha...:D

Malaysia kan serba bolehhhh...:p
 
dari dulu lagi alasan yg dibagi kalau kalah nak timba pengalaman..

kalau nak timba pengalaman..timba la masa friendly..masa tournament ialah masa nak guna segala pengalaman yg ada.

aku tengok oman main pun bukannya bagus tera mana sangat pun. tapi dh kena titik 3-1.

p/s:malaysia ni bab nak score payah sangat.. tapi bab nak score gol sendiri mmg terer.
 
hakikat yg perlu kita telan walaupun pahit!..huhuhu
 
baru baru ni ambo gi Korea
bowok anok bini tgk sukeee asia ...
 
kan betul apa yg aku cakap.. balik2 nak carik pengalaman je.. petikan dari berita minggu

Sukan Asia: ‘Anak didik Norizan cuma mahu cari pengalaman’
Daripada V Ashok dan Ahmad Khawari Isa di Doha

JANGAN sesekali cuba menaruh harapan, kerana realiti kini tertera jelas betapa Malaysia hanya memburu peluang meraih pengalaman apabila turun dalam langkahan kedua bola sepak kumpulan E Sukan Asia menentang China, malam ini.




Selepas kecundang 1-3 di tangan Oman dalam aksi pembukaan, Rabu lalu, anak buah Norizan kini berdepan tugas lebih sukar kerana China yang menanti jelas memiliki tahap kemampuan lebih mantap dan berkualiti berbanding lawan sebelumnya.

Hakikat itu diakui sendiri Norizan yang bagaimanapun mahu anak buahnya terus mempamer kesungguhan jitu serta cuba meneruskan kebangkitan hasil persembahan positif ketika kecundang di tangan Oman.

"Jika diteliti, memang China memiliki kelebihan dari semua segi. Tetapi ia tidak bermakna pemain perlu tunduk mengalah apabila memasuki padang.

"Mereka sudah tunjukkan persembahan bersemangat dalam perlawanan pertama lalu dan saya harapkan mereka dapat sekurang-kurangnya mengulangi apa yang berjaya mereka hasilkan sebelum ini," katanya.

Norizan, biarpun enggan mengulas barisan kemungkinannya, tampak cenderung mengekalkan kesebelasan utama, biarpun tempat Azlan Ismail selaku rakan seganding Samransak Kram di barisan depan, mungkin belum ditentukan.

Azlan menjadi pemain pertama dikeluarkan pada babak kedua aksi ketika menentang Oman selepas kelihatan gagal menjelmakan bantuan ataupun mencipta gerak mengancam ke kubu lawan.

Tempat pemain sayap lincah, Nor Farhan Mohamad, tampak terjamin kerana di sebalik gol sendiri yang dijaringkannya, Farhan diakui sebagai antara pemain paling menyerlah dalam aksi pembukaan di Stadium Al-Arabi lalu.

Peluang Malaysia untuk melangkah jauh dalam acara bola sepak Sukan Asia tampak sudah terkubur selepas kekalahan di tangan Oman kerana China dan lawan terakhir mereka, Iraq, diakui setahap lebih tinggi.

China menundukkan Iraq 1-0 dalam perlawanan pembukaan masing-masing, tetapi ia bukanlah sesuatu yang dianggap mengecewakan buat Iraq kerana skuad itu dijangka bangkit untuk merebut tempat kedua Kumpulan E ke pusingan berikutnya apabila turun menentang Oman, lewat malam nanti.
 
Back
Top
Log in Register