Sukan Asia 18th Jakarta (18 Ogos - 2 Sep)

CG Sponsors




joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,687
Reaction score
942
Points
161
syg skali hoki...btul2 emas dlm tangan..tp terlepas pulak
 
Sponsored Post

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,391
Reaction score
137
Points
133
lagi 20 saat je. terus kena penalti corner ~X(~X(~X(
Hoki selalu mcm tu... team yg kena tinggal kerap score last minit sbb team yg leading suka main defend last minit .....Dlm hoki x Boleh total defend nanti bola terkena Kaki atau back stick.... kalau dah defend ramai2 lg senang kena fault.....
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,607
Reaction score
726
Points
121
mcm bola la- last menit kena penalti tak wajar...
kalo a asia game ada VAR wajib x penalti...

team yg kita kitai champ asia games...

kalo x dh final dh kita... huhu
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,290
Reaction score
417
Points
131
rase pasal strategi tuh xada masalah.. sbb player n coach sume bepglaman... dorg ni overconfident... 1st Q dah dpt 4 goal... siap dpt gol 20sec sblm tamat... dorg xada mentaliti menang...nak ikutkan 2-3 player jepun jerk yg betoi2 bagus... especialy tanaka tuh.. yg len rase biase jerk... kekalahan smlm mmg susah nk terima.. ibarat "memegang pingat emas tp kalungkan ke leher player jepun"... kan dah kuar peribasa malik..:))
ni la pepatah yg tepat tapi perit
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Baby selamat tiba di KLIA2 hari ini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Tokyo 2020: MHC akan kemuka rayuan

SEPANG 3 Sept. - Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) supaya skuad hoki lelaki negara, yang muncul naib juara Sukan Asia 2018, memperoleh slot automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pasukan naib juara Sukan Asia mesti diberi keutamaan untuk layak secara automatik selepas Jepun, selaku tuan rumah Sukan Olimpik, menjuarai temasya Sukan Asia 2018.

Pada final, Jepun mengalahkan Malaysia 3-1 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 6-6 pada masa penuh perlawanan. India meraih pingat gangsa selepas mengalahkan Pakistan 2-1

Mengikut peraturan FIH, juara Sukan Asia, selaku juara benua, diberi tiket automatik ke Sukan Olimpik.

Subahan berkata, beliau sudah menyiapkan surat rayuan itu dan akan menyerahkannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIH, Thierry Weil serta salinan akan diberikan kepada Presiden Persatuan Hoki Asia (AHF), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam minggu ini.

"Kita akan cuba buat rayuan terlebih dahulu, peluangnya masih tidak pasti. Jika rayuan tidak diterima, kita akan beraksi dalam kejohanan kelayakan terakhir ke Sukan Olimpik tahun hadapan," katanya, ketika menyambut ketibaan pasukan hoki lelaki negara dari Jakarta, hari ini. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/tokyo-2020-mhc-akan-kemukakan-rayuan-1.740924
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,394
Reaction score
292
Points
131
lagi 20 saat je. terus kena penalti corner ~X(~X(~X(
tapi penalti yg diberi mcm x patut je..
pemain Malaysia yg kene tolak..
 

jibam

Fun Poster
Joined
Aug 6, 2008
Messages
937
Reaction score
10
Points
30
semua x bole move on lg ka m'sia x dpt emas...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Program Podium dikaji semula



PUTRAJAYA 4 Sept. - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Program Podium, Tim Newenham minggu depan bagi mendapatkan penjelasan mengenai prestasi buruk atlet podium dalam Sukan Asia 2018 dan kegagalan Malaysia menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.


Selain gagal dalam Sukan Asia, kontinjen negara juga terkeluar daripada kelompok 10 terbaik pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April lalu.

“KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan memanggilnya untuk memberi penjelasan.

“ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara) juga akan duduk bersama. Kita akan lihat apa yang perlu dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar pasca Sukan Asia 2018 di Menara KBS, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai status Program Podium, Syed Saddiq berkata, mereka akan mendapatkan laporan penuh post-mortem Sukan Asia sebelum membuat keputusan.

Katanya lagi, perbincangan terperinci juga akan dijalankan dengan pihak-pihak yang terlibat untuk menentukan masa depan Program Podium termasuk atlet, jurulatih, persatuan sukan serta pengurusan.

“Untuk menyimpulkan sekarang adalah tidak adil, mesti mempunyai banyak perbincangan dan mendapat input dari pihak berkepentingan.

“Sekiranya kita memerlukan penambahbaikan atau pembaharuan utama, kita perlu menilai semua cadangan, perlu mendapat input dari pihak yang terlibat.

“Saya telah memaklumkan kepada MSN dan ISN bahawa perlu ada perbaikan utama struktur pengurusan, sistem peruntukan, ganjaran dan struktur hukuman supaya kita dapat memastikan kesilapan dapat dielakkan dan kejayaan yang dicapai dapat diteruskan,” katanya lagi.

Malaysia menutup kempen Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Ahad lalu di tangga ke-14 dengan tujuh pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa.

Pada Sukan Komanwel, kontinjen negara pulang bersama tujuh emas, lima perak dan 11 gangsa untuk berada di tangga ke-12.

Kata Syed Saddiq lagi, sukan yang diletak sebagai sasaran tetapi pulang tanpa pingat akan dianggap sebagai gagal.

Katanya, sukan tersebut adalah silat, yang menyasarkan tiga emas tetapi gagal memenuhinya, diikuti karate yang hanya meraih satu gangsa, manakala wusyu serta badminton pulang dengan tangan kosong. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/sukan/program-podium-dikaji-semula-1.741643
 
Sponsored Post
Top
Log in Register