Sukan Asia 18th Jakarta (18 Ogos - 2 Sep)

CG Sponsors




Sponsored Post

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,290
Reaction score
417
Points
131
Perit hoki kalah lagi sakit daripada azizul kalah keirin...

Tensen tensen...
 

wiralution X

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
2,826
Reaction score
41
Points
30
betul la sakit hati betul hoki kalah semalam. bior kalah 5-0 dah tentu kalah. ini leading 4-1 kot..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
bole plak indon belanja kpop. geng wechat sgguh
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,391
Reaction score
137
Points
133
Tadi Norza kata China & jepun pun gagal sebab main di Istora Senayan yg sukar utk mana2 team....

Sebenarnya cuma men single & men double je Indonesia menang.... x hairan mens double Indonesia menang sbb double tu ranking no.1 dunia & menang byk gelaran.
Yg upset cuma men single Indonesia menang.

Men’s team pula China juara kalahkan Indonesia...

Yg lain2 Indonesian x masuk final pun..

Women single: Chinese Taipei Vs India
Women double : Japan vs China
Mix double : China Vs Hong Kong
Women’s team : Japan Vs China .

X kan lah Indonesia upset china & jepun dlm mens single nak kata keseluruhan China & jepun gagal sbb sukar main di Istora Senayan... 1 event je tu

Terima kenyataan msia gagal & bukan pasal main di Istora Senayan.
 
  • Like
Reactions: TT

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671

.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Badminton, pencak silat gagal



JAKARTA 2 Sept. - Laporan prestasi keseluruhan kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia 2018 menunjukkan hanya lima sukan sahaja dinilai sebagai cemerlang manakala badminton, pencak silat dan karate antara yang dianggap gagal dalam kempen di Jakarta-Palembang.


Lima sukan cemerlang dalam Sukan Asia 2018 ialah boling, lumba basikal, skuasy, pelayaran dan sepak takraw.

Malaysia menamatkan kempen Sukan Asia 2018 dengan tujuh pingat emas, 13 pingat perak dan 16 pingat gangsa.

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, pujian juga wajar diberikan kepada keseluruhan atlet negara kerana telah berjuang sebaiknya dalam merealisasikan sasaran tujuh pingat emas.

Tambah Abdul Azim, prestasi tersebut dinilai berdasarkan kutipan pingat dan sasaran yang berjaya dicapai oleh persatuan sukan kebangsaan masing-masing.

“Secara keseluruhannya kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran ditetapkan malah memperbaiki pencapaian lima pingat emas sewaktu Sukan Asia 2014.

“Prestasi sukan seperti pencak silat, wusyu serta karate mungkin perlu dinilai semula, malah selepas ini akan ada proses post morterm.

“Ada juga sukan yang diletakkan prestasi mereka sebagai memuaskan iaitu, terjun, hoki lelaki dan wanita, ekuestrian, taekwando, memanah, bola sepak, bola keranjang, ragbi tujuh sebelah dan paragliding.

“Disiplin atlet sepanjang temasya juga amat bagus dan sehingga kini tiada yang didapati positif ujian doping dan kita berharap kekal begitu,” katanya dalam sidang akhbar untuk merumuskan prestasi keseluruhan kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia 2018, di sini hari ini.

Ini adalah kali pertama dalam penyertaan Sukan Asia selepas 32 tahun, badminton gagal membawa pulang sebarang pingat manakala pencak silat yang sebelum ini diletakkan sebagai sandaran utama bagi merealisasikan sasaran tujuh pingat emas turut gagal meraih pingat emas.

Karate juga menerima nasib sama apabila apabila menamatkan kempen tanpa pingat emas walaupun diletakkan sandaran sebagai penyumbang utama pingat.


http://www.utusan.com.my/sukan/lima-sukan-cemerlang-1.740504
 
Sponsored Post
Top
Log in Register