Suka ‘bad boy’? Ini 4 ciri sebenar lelaki idaman kaum hawa!

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23


Setiap wanita semestinya memiliki kriteria masing-masing dalam memilih pasangan hidup.

Mungkin ada yang suka lelaki tinggi namun ada juga yang suka lelaki rendah, bergantung kepada individu.

Namun ada yang mengatakan ramai wanita lebih suka lelaki nakal atau “bad boy”. Benarkah penyataan ini?

Hakikatnya, kita semua pernah mengenali ada wanita yang tertarik dengan bad boy? Apakah yang menyebabkan perkara ini?


Adakah kerana imej lelaki nakal ini kelihatan menarik pada pandangan mata wanita?

Apa definisi bad boy yang sebenar?

Ramai yang mengatakannya tanpa tahu maksud lelaki nakal yang sebenar.

Menurut pelbagai kajian, bad boy itu merujuk kepada seorang lelaki yang mempunyai karakter dominan, lucu, lasak, aktif dan sudah tentu nakal.

Jika difikirkan secara logik akal, mana mungkin lelaki yang berperwatakan sebegini dapat menarik perhatian wanita bukan? Namun, itulah hakikat sebenar yang terjadi di dunia ini!

Mengapa lelaki nakal lebih menarik perhatian wanita?

Menurut Laurie Puhn yang merupakan seorang Pakar Perhubungan dari New York, wanita cenderung untuk tertarik dengan lelaki nakal kerana mereka ini banyak mengajar pasangan melakukan sesuatu yang baharu.

“Aktiviti seperti menunggang motosikal atau menaiki kereta dengan kelajuan yang tinggi akan memberi pengalaman baharu yang menyenangkan lantas meningkatkan hormon kebahagiaan”, ujar beliau lagi.

Pun begitu, lama-kelamaan aktiviti seperti ini mungkin akan membuatkan wanita itu bosan.

Kesannya, lelaki nakal yang dahulunya dianggap sebagai menyeronokkan, akan dilabel sebagai membosankan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, bad boy memang akan menarik perhatian wanita pada awalnya sahaja.

Kebanyakan wanita akan meninggalkan mereka selepas mula berasa bosan!




Jadi, lelaki jenis apa yang wanita benar-benar suka?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Buss dan Shackelford pada tahun 2008 terhadap sebilangan wanita yang sudah berkahwin, bad boy sama sekali bukan ciri utama lelaki pilihan untuk dijadikan teman hidup.

Sebaliknya, wanita yang lebih berpengalaman sebenarnya lebih gemar lelaki yang baik.

Namun, apakah ciri-ciri lelaki baik? Menurut kajian tersebut, wanita sebenarnya menyukai lelaki yang ada 4 ciri ini:

1. Mempunyai fizikal yang tampan

Sudah menjadi lumrah manusia untuk menyukai sesuatu yang unik, cantik dan menarik.

Jadi, tidak mustahil jika wanita mendambakan lelaki dengan fizikal yang maskulin, kacak, tegap, tinggi serta mempunyai daya tarikan seksual yang tersendiri. Dalam erti kata yang lain, sedap mata memandang.

2. Mempunyai mental yang stabil

Selain fizikal, aspek mental juga penting. Tidak wujud wanita yang suka dengan lelaki yang gemar meninggikan suara atau ego ketika berkelahi.

Jadi, amat penting untuk seseorang lelaki itu mempunyai sifat kasih sayang yang kuat dalam diri mereka.

Jika anda seorang yang kuat marah, cuba belajar untuk mengawalnya.

3. Ada sikap kebapaan

Bukan sahaja lelaki yang gemar pasangan mereka ada sikap keibuan ya?

Wanita juga sebenarnya sangat suka dengan lelaki yang ada gaya ala-ala bapa.

Ini termasuklah dengan cara pemikiran mereka yang matang, rasional dan tidak emosional.

Jika anda ada sifat ini, sudah pasti wanita lebih mudah jatuh hati.

4. Berkemampuan dari aspek kewangan dan kerjaya

Hakikatnya, wanita sudah tentu lebih tertarik kepada lelaki yang berkemampuan.

Baik dari aspek kewangan atau kerjaya, lelaki jenis ini dilihat sebagai berada dalam kelas tersendiri.

Dalam pada itu, wanita juga sangat gemar dengan lelaki yang berpendidikan.

Kata mereka, lelaki seperti ini adalah lebih ‘seksi’ di mata mereka.

Seri bad boy hanya sementara

Dalam erti kata yang lain, wanita lebih gemar untuk memilih lelaki yang bukan dari kategori bad boy untuk dijadikan suami.

Ini kerana masa telah mengubah segalanya. Apa yang lebih penting dalam kehidupan wanita seorang lelaki boleh membawanya ke jalan yang lebih benar dewasa kelak.

Sumber
 
Sponsored Post

Gurrentoln

Freshie
Joined
Mar 12, 2020
Messages
16
Reaction score
1
Points
8
It's a well-known fact that women are attracted to bad boys. But it also the fact is that they aren't always attracted to "dangerous behavior", like to a dangerous appearance. Leather jackets, stubble, piercing and tattoos - are all elements of the bad boy image. But it wasn't written about in the article. To me, women first pay attention to these guys because of their appearance, and then may want to know them or not...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register