Suhakam tangguh inkuiri kerana pemilik bangunan enggan hidupkan pendingin hawa

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung penangkapan dan penahanan lima peguam di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei 2009, terpaksa ditangguhkan awal hari ini, selepas pemilik bangunan Menara Tun Razak enggan memasang sistem pendingin hawa.

Siasatan itu, yang dijadual untuk diselesaikan selepas kenyataan saksi ke-12, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, kemudiannya ditangguhkan buat sementara waktu untuk didengar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta mulai jam 8 malam hingga 11 malam esok.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, yang mempengerusikan siasatan itu berkata, "Kami terpaksa menangguhkannya awal hari ini kerana pemilik bangunan, bertindak tidak wajar walaupun tawaran kami untuk membayar semua kos membabitkan pendingin hawa bangunan ini ketika pendengaran pada hujung minggu.

"Sekarang kami terpaksa beralih menjalankannya pada waktu malam...kami sedang cuba mendapat premis mahkamah bagi menempatkan kami sekiranya pemilik bangunan enggan menghidupkan pendingin hawa malam esok," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan kegagalan pemilik bangunan untuk memahami kepentingan fungsi awam yang sedang diusahakan oleh Suhakam.

"Kepentingan awam kini menghadapi risiko, oleh itu, pendengaran ini adalah amat penting dan walaupun menyedari ia adalah fungsi awam yang sedang kami laksanakan, mereka tidak respons secara positif untuk memenuhi permintaan kami bagi menyediakan sebuah bilik dengan pendingin hawa," katanya.

Beliau berkata, siasatan awam bertujuan untuk memastikan, antara lain, sama ada penahanan dan penangkapan lima peguam di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei tahun lalu, adalah satu penafian bagi representasi undang-undang dan pelanggaran terhadap Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah dan oleh itu, sama seperti pencabulan terhadap hak-hak asasi manusia.

Lima peguam yang ditahan itu ialah Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan.

Mereka ditahan dan diletakkan di dalam lokap kerana menyertai perhimpunan di luar Balai Polis Brickfields pada 7 Mei 2009 antara 9.25 malam dan 9.30 malam, iaitu susulan kepada satu perhimpunan sehari sebelum itu bagi memprotes penahanan seorang penulis blog, Wong Chin Huat, di balai polis itu.

Kesemua lima peguam itu mendakwa mereka hadir di situ bagi mewakili orang yang ditahan sebelum itu.

Muhammad Shafee berkata, sebagai penyewa tiga tingkat di bangunan Menara Tun Razak, Suhakam juga memberikan jaminan untuk membayar semua perbelanjaan yang terbabit bagi pendingin hawa.

"Jadi, kami gagal untuk melihat kenapa pemilik bangunan telah bertindak hampir menghalang fungsi kami dan mengganggu fungsi kami, bukan saja dalam acara ini, juga acara yang lain, mereka juga tidak menyelenggara pendingin hawa walaupun mengenakan jumlah yang penuh ke atas kami," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee yang dibantu Pesuruhjaya Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, pemilik bangunan juga enggan menghidupkan pendingin hawa sejak dari mula prosiding hari ini.

"Dan saya mungkin berpandangan bahawa ini semata-mata tindakan tidak bertanggungjawab di pihak mereka kerana amat mengetahui bahawa kami sedang menjalankan fungsi awam kami tanpa sebarang ganjaran dan apabila ia berkenaan perkara ini, setiap warga negara bertanggungjawab untuk membantu dan menyokong suruhanjaya dalam melaksanakan siasatan awam kerana faedahnya pergi kepada orang awam," katanya.

Beliau juga ditanya sama ada Suhakam akan menulis surat kepada kerajaan bagi menjelaskan masalah yang dihadapi suruhanjaya itu.

"Sudah pasti kami akan buat...ini berkaitan dengan kemungkinan mengenai keperluan kami bagi bajet lebih besar supaya kami mungkin mendapat bangunan kami sendiri supaya kami tidak perlu bergantung dengan orang lain..kamu tahu, dalam Kesatuan Eropah, mereka membelanjakan AS$196 bilion setahun dalam isu-isu hak asasi manusia.

"Sekarang bajet kami kecil...kira-kira RM8 hingga RM9 juta...kerajaan perlu memikirkan bagi menyediakan kami, ia mungkin, sebuah bangunan tetap, di mana kami dapat beroperasi supaya kami tidak perlu membelanjakan wang kami dari bajet yang kecil untuk membayar sewa dan sebaliknya menggunakannya untuk kegiatan lain," katanya.

Sebelum itu, Wan Abdul Bari, memberitahu siasatan itu bahawa beliau diberi taklimat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields, Deputi Superintendan Judy Blacious Pereira, mengenai penangkapan lima peguam itu.

"Saya menaruh kepercayaan penuh kepadanya dan kalau ada perkara yang tidak benar atau silap, saya tidak akan kata ia adalah kesilapan polis tetapi itu adalah kesilapan individu...Judy bertanggungjawab menerangkan perkara itu kerana beliau bertanggungjawab atas apa yang dia buat," katanya.

Wan Abdul Bari berkata, penafian untuk berjumpa peguam dalam kes tersebut mengikut Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dibuat memandangkan keadaan ketika itu tidak mengizinkan kerana beliau berpendapat situasi ketenteraman awam belum reda.

Katanya, penafian itu bukan berterusan tetapi bersifat sementara tetapi kelima-lima peguam ditahan kerana mereka mengingkari arahan polis supaya bersurai dan beredar dari balai polis Brickfields.

“Beliau menjelaskan apabila penafian berjumpa peguam dibuat, maka tidak ada keperluan untuk kesemua peguam berkenaan berada di kawasan balai polis itu dan keengganan mereka bersurai dan beredar disifatkan sebagai orang yang berhimpun secara haram," katanya. - Bernama
 
Top
Log in Register