Sudah sampai masa wujud 'penguat kuasa' kutip zakat

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,406
Reaction score
1,928
Points
206


SHAH ALAM - Timbalan Pengarah Institusi Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Prof Madya Dr Azman Ab Rahman menyarankan untuk mewujudkan jawatan 'penguat kuasa amil' bagi menjalankan kerja-kerja mengutip zakat.

Beliau berkata, apa yang boleh dilakukan, amil sedia ada ketika ini perlu diberi kuasa dalam kes berkaitan zakat seperti mengeluarkan surat kepada individu yang tidak membayar zakat.

Menurutnya, penguat kuasa amil bukan hanya berkuasa untuk mengeluarkan surat malah jika individu enggan membayar zakat, penguat kuasa ini boleh mengheret mereka ke mahkamah.

“Penguat kuasa amil perlu dilatih contohnya mereka dilatih dalam tempoh tiga hingga enam bulan dengan isu dan penguatkuasaan,” katanya pada siri wacana ke-139 bertajuk 'Zakat: Instrumen Kewangan Sosial' di Dewan Karangkraf hari ini.

Katanya, perkara ini perlu dilihat dan diberi perhatian supaya masyarakat tidak melihat zakat ini sebagai sesuatu yang mudah sebaliknya ia adalah wajib.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan Kementerian Pendidikan supaya memasukkan topik berkenaan zakat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam arus perdana sekarang ini.

“Berdasarkan pemerhatian saya, topik zakat hanya ada di sekolah menengah iaitu tingkatan dua dan tingkatan tiga.

“Kita mahu topik berkenaan zakat turut diajar di peringkat tadika dan sekolah rendah secara terperinci,” katanya.

Beliau berkongsi, anaknya yang bersekolah tadika dan berumur lima tahun fasih apabila menjelaskan perihal menunaikan haji.

“Sedangkan menunaikan zakat juga terkandung dalam rukun Islam dan sepatutnya peringkat kanak-kanaklah perlu diajar kerana mereka cepat ingat,” jelasnya.

 
Sponsored Post

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
945
Reaction score
434
Points
41
Selain perbaiki kutip...yg terlebih penting..perbaiki agihan.

Bila ramai yg teruja lihat keberkesanan agihan.. pasti teruja juga utk bayar zakat.

Kenyataan nya sekarang...ramai asnaf yg tercicir..Tak enjoy zakat...menyebabkan ramai yg memandang serong pada baitul mal.
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,313
Reaction score
592
Points
121
Sampai camtu sekali nooo.....
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
1,873
Reaction score
482
Points
51
Sekarang ni le nak tubuh penguatkuasa zakat, di saat isu zakat boleh bagi kat bukan islam, apa nak jadi dgn Malaysia ni, yg pandai nak tunjuk pandai tapi masalah x selesai
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,370
Reaction score
1,584
Points
596
Selain perbaiki kutip...yg terlebih penting..perbaiki agihan.

Bila ramai yg teruja lihat keberkesanan agihan.. pasti teruja juga utk bayar zakat.

Kenyataan nya sekarang...ramai asnaf yg tercicir..Tak enjoy zakat...menyebabkan ramai yg memandang serong pada baitul mal.
yer sokong keyataan Tuan
 

kundur75

Active Member
Joined
Sep 12, 2011
Messages
1,210
Reaction score
77
Points
30
kena semak zakat ni...adakah belanja mengurus lebih tinggi dr jumlah agihan..cthnya camni...buat majlis utk serah zakat kt hotel...kos utk buat kt hotel saje dh brp...perlu ke nak buat kt hotel...yg ni aku rasa kena ubah..
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,821
Reaction score
173
Points
43
mengarut... mempergunakan islam untuk mendapatkan duit mudah..
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,530
Reaction score
734
Points
86
kena semak zakat ni...adakah belanja mengurus lebih tinggi dr jumlah agihan..cthnya camni...buat majlis utk serah zakat kt hotel...kos utk buat kt hotel saje dh brp...perlu ke nak buat kt hotel...yg ni aku rasa kena ubah..
Tuan..
Apa yang saya tahu kos hotel tu tidak guna pun duit zakat.
Hotel dan apa2 entertainment ada bahagian sendiri dalam pengurusan.
Zakat hanya boleh disalurkan pada 8 asnaf sahaja bukan untuk entertaiment.
Tapi pandangan tuan boleh dikira pakai sebab perspective masyarakat mesti jadi negative bila majlis tu dibuat grand.
 

kundur75

Active Member
Joined
Sep 12, 2011
Messages
1,210
Reaction score
77
Points
30
kalau
Tuan..
Apa yang saya tahu kos hotel tu tidak guna pun duit zakat.
Hotel dan apa2 entertainment ada bahagian sendiri dalam pengurusan.
Zakat hanya boleh disalurkan pada 8 asnaf sahaja bukan untuk entertaiment.
Tapi pandangan tuan boleh dikira pakai sebab perspective masyarakat mesti jadi negative bila majlis tu dibuat grand.
kalau betul syukurlah..mmg pusat zakat terima peruntukan dari kerajaan negeri ke..sy bkn negatif sgt..sbb kita mmg bayar zakat pendapatan tiap tiap bulan..bila tgk buat majlis grand grand...geram pulak rasa...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register