BTC USD 61,053.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sudah Habis Bayar Loan Kereta / Motosikal?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda? .. Apa yang perlu anda lakukan sekarang?

Anda perlu batalkan nama Bank pinjaman itu dengan E-Batal. Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi. Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak. Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.

Cara - Caranya
1. Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.
2. Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
Kerap bertanya kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
3. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.
4. Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya.

Kesimpulannya
Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.​

1629898201539.png
 
Sponsored Post

malrockstar

Super Active Member
Joined
Apr 6, 2011
Messages
8,562
Reaction score
43
Points
70
aku baru abis loan kereta bulan lepas (July) . loan dngan bank islam. surat E-batal dah dapat dari email.
Geran aku dah ada.. request dekat jpj masa awal tahun ni sebab urusan nak claim insurans sebab accident..bayar RM 50.
So sekarang aku nak kena minta geran dari bank tak? atau tak payah. confuse aku,. haha
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,010
Reaction score
2,747
Points
201
aku baru abis loan kereta bulan lepas (July) . loan dngan bank islam. surat E-batal dah dapat dari email.
Geran aku dah ada.. request dekat jpj masa awal tahun ni sebab urusan nak claim insurans sebab accident..bayar RM 50.
So sekarang aku nak kena minta geran dari bank tak? atau tak payah. confuse aku,. haha
Kira ada dua geran ke ni?
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,289
Reaction score
2,279
Points
201
Aku da bayar habis tahun lepas.. asyik x sempat nak ke jpj... Geran memang kt tangan aku da... Ape nak kene buat aa
 

exboy

Super Active Member
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,956
Reaction score
237
Points
73
Yang suke cakap bia kete buruk tapi geran di tangan meh sini nak habaq..

Loan 9 tahun pun geran di tangan sekarang
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,258
Reaction score
1,756
Points
596
Dah habis bayar pi kat bank minta geran setel masalah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register