BTC USD 86,099.7 Gold USD 3,045.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subsidi murid keluarga kaya di sekolah bantuan kerajaan harus dihentikan, kata PM

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,804
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,804
Reaction score
6,837
Points
881
Awards
1
Subsidi murid keluarga kaya di sekolah bantuan kerajaan harus dihentikan, kata PM

Anwar Ibrahim berkata kerajaan mahu adil mengagihkan bantuan dengan mengutamakan kumpulan lebih memerlukan seperti golongan rentan.

Mohamad Fadli30 Sep 2024, 11:52 AM
Free Malaysia Today
Anwar Ibrahim berkata kerajaan dapat menampung kumpulan lebih memerlukan apabila pelajar dari keluarga kaya membayar sendiri kos pembelajaran.
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa subsidi kepada anak-anak dari keluarga golongan paling kaya di sekolah terbaik dibiayai kerajaan dihentikan.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata kerajaan mahu bersikap adil dalam mengagihkan bantuan dengan mengutamakan kumpulan memerlukan seperti golongan rentan.

“Bagaimana harus kita lakukan? Bentuk ketirisan termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains dibantu dan disubsidi tinggi oleh kerajaan harus dihentikan.

Ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan (2025) bulan depan,
katanya berucap melancarkan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan.

Turut hadir, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menurut Anwar, berkata wujud keadaan tidak adil kini apabila ada anak penjawat awam kanan, pimpinan politik dan pengusaha terkenal dihantar ke sekolah terbaik dibiayai kerajaan.

Menurutnya, keadaan itu tidak menggambarkan peratusan anak miskin ke pusat pendidikan terbaik dibantu kerajaan seperti sekolah menengah sains dan maktab rendah sains mara.

“Sepatutnya kalau anak orang kaya itu dihantar ke fakulti kejuruteraan, Melayu atau Cina atau Iban, dia bayarlah.

Dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan (untuk golongan memerlukan),
katanya.

Anwar berkata sindrom kebergantungan berterusan dalam kalangan golongan rentan terhadap bantuan kerajaan juga perlu ditangani sebaik mungkin dan tidak wajar dibiarkan berterusan.

Jelasnya, kebergantungan berterusan bukan penyelesaian mutlak khususnya dalam memerdekakan ekonomi mereka daripada kelompok miskin tegar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

sembang mcm anat ..
syarikat kaya .. dan org kaya dikecualikan cukai .. ini yg aku nampak skang

sembang mcm harga minyak turun .. keje nak meng-anwar-kan org je ..
 
baru nak cakap kenapa prejudis terhadap org kaya?
org kaya pun rakyat malaysia. lagi kaya org tu lagi besar sumbangan ekonomi dia.
takkan anak2 nak sekolah pun berkira? goverment shoud spend on tis ppl especially education.

tapi lupa pulak.. org kaya bnyk dikecualikan cukai eh?
 
T20 boleh dapat rm700 juta setahun

B40/M40 boleh dapat rm200 juta setahun

T20 kena tangguh dulu ..

Kalau kat sekolah asrama, T20 banyak bagi sumbangan kepada sekolah.
Kalau kerajaan sekat bantuan ke T20, mereka pulak berkira dengan sekolah.
Ada pro dan cons kat sini.
Cuba lihat facilities kat SBP/MRSM, mampu ke sekolah sediakan guna dana sendiri?
 
nk masuk SBP/MRSM mesti la tgk keputusan exam dulu
miskin kaya kategory kemudian
bukan ke ph nak buat pendidikan percuma utk semua ke
dah kenapa nak asing miskin kaya
majoriti .. biasa yg kaya² ni guna kabel .. walaupun exam anak tak seberapa ..

anak B40 yg exam power pulak terlepas sbb kuota penuh ..
 
Teringat dulu ada org kaya, bila dpt jawatan, bagi anak dia jawatan penasihat ekonomi walaupun xde kelayakan.
Tapi kalau bab cerita pasal org miskin, dia la terpaling juara,terpaling terasa miskin lebih dari org miskin.
Cait..
ada yg jadi Timbalan Menteri Kewangan dgn kelayakan Bachelor of Arts .. mesti terrer guna chempua @ abakus sampai boleh menteri
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register