BTC USD 21,268.8 Gold USD 1,826.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subsidi minyak masak tulen botol dimansuh

IamAZ

Fun Poster
Messages
481
Joined
Oct 10, 2008
Messages
481
Reaction score
43
Points
30
cer tengok pergi kedai BMF saji alif peladang ikwan umair lesong
boleh jadi dragon sengaja push minyak campuran yg memang tidak dikawal harga siling
Speedmart, store mmg rak clear bro.. leh buat tmpt duduk 😂 cantik dia atur jenama campuran. Sabah susah cr kedau bmf bro 💆
 
Sponsored Post

IamAZ

Fun Poster
Messages
481
Joined
Oct 10, 2008
Messages
481
Reaction score
43
Points
30
Minyak paket tu bebulan dah x pernah jumpa. Tanya kaunter, sold out. Tiap kali dtg mana² tanya sold out.
 
notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,480
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,480
Reaction score
1,025
Points
206

Bekalan kurang sejak Mac lalu​

Minyak masak peket didakwa sukar diperoleh di pasaran​

24 Jun 2022 08:15am | Masa membaca: 4 minit

1816431.jpg

Poo Gaik menunjukkan beberapa kotak mengandungi minyak masak paket yang habis dijual.

SHAH ALAM - Minyak masak peket bersubsidi satu kilogram (kg) didapati mula sukar diperoleh di kedai runcit sejak beberapa bulan lalu berikutan pemborong tidak lagi membekalkan barangan keperluan berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit sekitar kawasan perumahan di sini mendapati, rak yang menempatkan minyak masak peket bersubsidi telah digantikan dengan barangan keperluan lain bagi memenuhi ruang kosong tersebut.

Pemilik kedai runcit, Sharifah Abdul Katahar, 50, berkata, premisnya sudah terputus bekalan minyak masak peket bersubsidi sejak Mac lalu ekoran pemborong mendakwa sukar mendapatkan bekalan daripada pengilang.

“Sekarang saya tidak jual minyak masak peket kerana sudah lama tidak dapat bekalan.

“Ada juga pelanggan merungut kerana terpaksa beli minyak masak botol yang kini harganya memang mahal,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, Sharifah memaklumkan, ada juga pemborong yang menetapkan pembelian barangan sehingga RM700 untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket daripada mereka.

“Saya kena ambil barang jualan sehingga RM700 barulah mereka (pemborong) benarkan untuk beli sekotak minyak masak peket bersubsidi. Kalau tak cukup RM700, pemborong tak bagi beli minyak masak peket dengan mereka,” dakwanya.

Sementara itu, pemilik kedai runcit, Abdul Rafie, 28, mengakui bekalan bahan mentah itu semakin sukar diperoleh walaupun sudah membuat pesanan awal kepada pembekal.

Katanya, pesanan bekalan bahan mentah itu telah dibuat sebelum perayaan Aidilfitri, namun pembekal memberi alasan tidak mendapat stok daripada pengilang walaupun mereka sudah membuat tempahan awal.

“Hari ini sudah hampir dua bulan minyak masak peket tidak dihantar pembekal dan secara tidak langsung memaksa golongan berpendapatan rendah (B40) membeli minyak botol yang harganya lebih mahal untuk kegunaan harian.

“Pembekal juga mengehadkan pesanan kerana mendakwa stok yang diperoleh dari kilang terhad selain perlu bersikap adil kepada peruncit lain,” katanya.

1816432.jpg

Penjaga kedai runcit, Mubashir menunjukkan bekalan minyak masak peket di kedai runcitnya.

Pekerja sebuah pasar raya mini, Shirley Yong, 48, berkata, majikannya telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyediakan minyak masak peket ekoran kesukaran mendapatkan bekalan selain ingin menunggu harga minyak masak lebih stabil di pasaran.

Shirley berkata, ketika ini kedai tersebut hanya menjual minyak masak botol mengikut harga pasaran dan mungkin akan membuat pesanan minyak masak peket daripada pemborong bermula Julai nanti.

“Buat masa ini memang sudah tidak jual (minyak masak peket) kerana tidak ada stok, jadi kami jual yang botol sahaja.

“Mungkin selepas harga minyak masak di pasaran kembali stabil bulan Julai nanti kami akan buat pesanan stok daripada pemborong dan harap pada masa itu bekalan sudah ada dan mudah untuk didapati,” katanya.

Sementara itu, situasi sama turut berlaku di ALOR SETAR di mana bekalan minyak masak peket didakwa semakin sukar diperoleh sejak tiga bulan lepas.

Peniaga, Hong Poo Gaik, 60, memberitahu, bekalan minyak masak peket diterima di kedai runcit juga makin berkurangan berbanding sebelum ini.

“Pada kebiasaannya saya terima 30 beg minyak masak peket namun sekarang hanya menerima sekitar 15 beg bahan mentah tersebut sahaja setiap hari.

“Tiada alasan diberikan pembekal di sebalik pengurangan tersebut. Jadi, bekalan ini adakalanya tidak cukup untuk menampung permintaan pengguna hingga hujung bulan,” katanya yang terpaksa mengehadkan kuantiti pembelian kepada pengguna.

Seorang lagi peniaga, Fatimah Sulong, 57, berkata, bekalan minyak masak peket di kedai runcitnya di Jalan Datuk Kumbar di sini masih ada namun dalam kuantiti sedikit.

“Minyak masak ada tetapi terpaksa had pembelian satu peket seorang sahaja bagi membolehkan semua pengguna berpeluang mendapatkan bekalan.

“Kami buat tempahan banyak tetapi hanya menerima separuh daripada tempahan bahan itu sahaja daripada pembekal,” katanya.

Di MELAKA, terdapat sesetengah kedai terpaksa mengehadkan hanya sepeket minyak masak yang boleh dijual kepada seorang pembeli berikutan kekurangan bekalan itu.

Pekerja kedai runcit di Limbongan Permai di sini, Qadir Abdullah berkata, pembelian itu terpaksa dihadkan bagi mengelakkan orang ramai membuat pembelian panik dan memastikan bekalan minyak masak peket di kedai itu mencukupi.

Seorang suri rumah, Norehan Nikmat pula mengakui sukar untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket dan terpaksa pergi mencari di beberapa kedai runcit serta pasar raya.

“Saya tinggal sembilan beranak dalam satu rumah, jadi memang perlu beli minyak masak peket yang murah lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barang sekarang ini,” katanya.

Dapatkan berita dan artikel eksklusif Sinar Premium dengan lebih pantas! Sertai grup Telegram Sinar Premium DI SINI
 
akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,095
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
26,095
Reaction score
3,542
Points
261
Awards
1
Tanam aje la sawit kat blakang umah
 
lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,545
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
21,545
Reaction score
3,871

Kerajaan buta ngn pekak gamaknya nie....lg mau sembang 4billion subsidi....
 
Sponsored Post

Top
Log in Register