Subsidi Minyak Masak Hanya Bungkusan 1 Kilogram - KPDNHEP

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
17.01.2021 - Kuala Lumpur, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini menjelaskan bermula November 2016, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg). Katanya pelaksanaan itu dibuat menerusi Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS).

“Tujuan kerajaan mengekalkan pemberian subsidi bagi minyak masak dalam polibeg satu kg adalah untuk memastikan rakyat masih boleh mendapatkan bekalan minyak masak bagi kegunaan isi rumah pada harga mampu milik iaitu RM2.50 satu kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, pengguna media sosial membanjiri platform itu dengan rungutan harga minyak masak dalam bungkusan lima kilogram dijual pada harga jauh lebih tinggi daripada kebiasaan. Mengulas lanjut, Nanta berkata pada masa ini sebanyak 60,000 tan minyak masak bersubsidi disediakan setiap sebulan untuk diedarkan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar dan jumlah itu mencukupi bagi kegunaan rakyat Malaysia.

Kementerian komited memastikan keberadaan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran menerusi pemantauan ke atas pengilang dan syarikat pembungkus minyak masak, mengaudit di setiap rantai bekalan minyak masak serta menjalankan pemeriksaan harian di peringkat peruncit, pemborong dan pasar raya, katanya. Sementara itu, Nanta berkata sebanyak 477 premis perniagaan diberi amaran agar melakukan penambahbaikan segera terhadap tahap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka.

Premis terbabit merupakan antara 321,850 premis perniagaan yang diperiksa oleh penguat kuasa kementerian dalam tempoh pelaksanaan PKP pada 13 Jan lalu hingga semalam, katanya, menambah sebanyak 7,355 premis diberi nasihat menambah baik dan mengekalkan pematuhan secara konsisten semasa beroperasi. Nanta berkata mereka yang gagal mematuhi SOP PKP akan dikompaun RM1,000 menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

minyak-masak.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/subsidi-minyak-masak-hanya-bungkusan-1-kilogram-kpdnhep/
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
Hanya 3 kg minyak bagi satu transaksi belian

rsz_web-minyak-ppg_ppg-minyak-paket001.jpg


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan supaya setiap pelanggan dibenarkan membeli hanya tiga bungkusan minyak masak pek satu kilogram (kg) bagi setiap transaksi, berkuat kuasa semalam.

Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, kementerian mengarahkan penjual runcit supaya mengehadkan pembelian minyak masak berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kestabilan bekalan minyak masak berkenaan khususnya dalam cabaran situasi pandemik Covid-19 ini.

“Kerajaan komited dalam memastikan kestabilan bekalan minyak masak itu bagi kegunaan isi rumah dengan harga yang ditetapkan iaitu RM2.50 sekilogram.

“Minyak masak dalam bungkusan sekilogram adalah barangan kawalan yang diberikan subsidi di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya berharap ketetapan itu dapat memastikan lebih ramai pengguna berpeluang memperoleh bekalan minyak masak yang diberikan subsidi kerajaan.

Azman berkata, pihaknya juga mengingatkan kepada penjual runcit bahawa kebenaran itu adalah terpakai kepada minyak masak pek bungkusan sekilogram sahaja dan perlu dijual dengan harga RM2.50 sekilogram.

Menurutnya, tiada had pembelian perlu dikenakan ke atas minyak masak bukan dalam pek bungkusan tersebut.

“Pada masa yang sama, kementerian kekal konsisten mengawal selia aktiviti perdagangan dan pengedaran di negara ini bagi memastikan rangkaian pengedaran pemborongan dan peruncitan tidak terjejas sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat bahawa bekalan barangan keperluan asas dan penjagaan diri mencukupi di pasaran.

“Arahan ini juga memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan memanipulasi harga dan bekalan minyak masak semasa pandemik Covid-19,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,099
Reaction score
222
Points
83
aku sejak pakai air fryer, jarang sangat guna minyak masak,
guna minyak pun untuk menumis je. jimat gas jimat minyak masak,
dapur pun lebih bersih tak lah berminyak,
cuma bil elektrik pula naik sikit.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register