Subsidi elektrik: kerajaan tanggung RM12j sebulan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA TERENGGANU 11 Jan. — Kerajaan membayar kira-kira RM12 juta sebulan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebagai subsidi kepada 970,000 pengguna di seluruh negara yang menggunakan elektrik di bawah RM20 sebulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Nor.

Di Terengganu, katanya TNB dibayar RM415,734 sebulan untuk subsidi 43,156 pengguna seumpamanya, yang merupakan 17 peratus daripada keseluruhan 273,787 pengguna elektrik di negeri itu, katanya pada sidang akhbar sempena Program Bersama Pelanggan TNB di Balai Raya Kuala Ibai Pantai di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Che Khalib berkata bagi kawasan Kuala Terengganu, kerajaan membayar RM133,000 kepada TNB, membabitkan 14,000 pengguna.

Ketika membentangkan Bajet 2009 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa isi rumah yang mempunyai bil elektrik RM20 ke bawah sebulan tidak akan dikenakan bayaran berkuat kuasa 1 Okt 2008 sehingga akhir 2009.

Che Khalib berkata hampir 60 peratus penduduk Malaysia tidak berdepan dengan kenaikan tarif elektrik sejak 20 tahun lalu kerana kenaikan tarif elektrik hanya membabitkan pengguna komersial, industri dan pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 200kiloWatt (kW) sejam.

Beliau berkata dianggarkan lebih 80 peratus pengguna di beberapa negeri seperti Terengganu dan Kelantan menggunakan elektrik kurang 200kW sejam.

Katanya tarif elektrik tidak mempunyai kaitan dengan perubahan harga minyak dunia kerana penjanaan kuasa elektrik di Semenanjung Malaysia hanya menggunakan arang batu dan gas.

Harga gas yang dibekalkan kerajaan melalui Petronas kepada pihak industri yang mengeluarkan tenaga elektrik ialah pada kadar RM14.31 per mmBtu (juta unit termal British), katanya.

Beliau berkata kos penjanaan elektrik tidak turun disebabkan harga gas kekal manakala harga arang batu masing tinggi.

“Harga gas dunia pada ketika harga minyak AS140 setong adalah RM45 per mmBtu dan ketika harga minyak berada pada paras AS45 setong, harga gas berada pada paras RM22 per mmBtu, masih tinggi berbanding harga ditetapkan kerajaan RM14.31 per mmBtu,” kata Che Khalib.

— BERNAMA

RM12 juta sebulan untu rakyat pun nak ungkit ker...~X(~X(~X(

RM12 juta bahagi 25juta rakyat baru RM0.48 sen sebulan seorang rakyat nikmati...~X(~X(~X(
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Awalnya berita CG pagi ni......
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
biasa la..time2 pilihan raya ni..
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,492
Reaction score
4,245
Points
196
siapa yang rugi....

aku tak penah lagi pon dpt subsidi, bil elektrik paling murah penah dpt RM 20.50. :(scam:(scam:(scam:(scam
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,275
Points
196
stament 2 dlm 1 ni..
nk pancing undi ngan alasan nk naikkan kadar tarif letrik

pandai abe lib kita ni...:))

tp aku rasa mcm xbetul aje statistik ni....xlogik

Beliau berkata dianggarkan lebih 80 peratus pengguna di beberapa negeri seperti Terengganu dan Kelantan menggunakan elektrik kurang 200kW sejam.
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,539
Reaction score
71
Points
130
huh..rumah hangpa menteri2 yg dok pakai lektrik banyak..dah tu..tak bayaq bil sendiri..suma guna duit rakyat..chit..poodah...
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
dia bayar tnb pastu tnb bayar balik sebagai cukai...

kerajaan tak kuar duit pun benornyer nih cuma buat tutp mata jerk...
 

tirani

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
2,639
Reaction score
3
Points
25
aku rasa kalau Pak Najib bg subsidi eletrik tanpa had kat semua penduduk Terengganu baru bleh menang ni..
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
:eek::eek:
Subsidi elektrik dr kerajaan??? :)) Lps ni apa plak??? Apa plak yg diorg nak goreng rakyat lps ni??:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register