Subang Jaya diisytihar bandar raya mulai hari ini

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906
#BHwilayah Dengan pemasyhuran MBSJ, pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

Subang Jaya diisytihar bandar raya mulai hari ini


Oktober 20, 2020 @ 9:56am


AMIRUDIN_SHARI_1603158968.jpg

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. FOTO/ARKIB NSTP

SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) secara rasmi diisytihar sebagai Majlis Bandaraya berkuat kuasa hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sukacita saya memaklumkan bahawa Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta segala daerah takluknya sudah memberi perkenan untuk MPSJ diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkuat kuasa hari ini.
"Dengan perkenan oleh Sultan Selangor juga, menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan melalui Subseksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya berkuat kuasa tarikh yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri merafak sembah takzim dan menjunjung kasih Sultan Selangor di atas perkenan yang sudah diberikan.
Katanya, dengan pemasyhuran MBSJ, diharapkan pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

"Dengan izin Allah SWT, cita-cita ini akan dapat digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama," katanya.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,351
Reaction score
11,144
Points
1,906
๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐›๐š๐ง๐  ๐‰๐š๐ฒ๐š ๐๐ข๐ข๐ฌ๐ฒ๐ญ๐ข๐ก๐š๐ซ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ๐š๐ฒ๐š ๐’๐ฎ๐›๐š๐ง๐  ๐‰๐š๐ฒ๐š
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diisytiharkan menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkuat kuasa hari ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pengisytiharan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891739

1603166681471.png

1603166690486.png
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,448
Reaction score
407
Points
51
Budak subang jaya memang ada gaya
Macam hari-hari hari raya
Cuma nak pergi fifteen
Still so fresh so clean
Memang nampak ballin' walaupun tengah miskin

(havoc-joe flizzow)
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,693
Reaction score
21,087
Points
1,671
buat selama-lamanya

-dulu penah tgk geran lama. tulis situ 'selagi ada bulan dan bintang'
 
Sponsored Post
Top
Log in Register