Suami Ziana Zain didakwa rotan anak, sah cerai talak satu

CG Sponsors




macellsprvive

Active Member
Joined
Mar 25, 2013
Messages
1,648
Reaction score
325
Points
51
suami xde kerja...
isteri penat cari duit sana sini nk tanggung keluarga...
lama2 hilang hormat isteri terhadap suami...
benda nie lumrah dah skrg, dan biasanya berakhir dgn perceraian...
jd para suami, jgn leka, masa senang skrg jgn suka lepak, enjoy sgt...

baru nie jumpa kes, laki dah setahun tak kerja lepas kena buang kerja...
bini jer kerja, laki jaga anak kt rumah...
ko rasa apa perasaan bini?
setahun tu singkat lagi.
kalau dah nak masuk 5 tahun kawen pun masih x kerja,
lagi haru woo
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
Bekas suami Ziana Zain merayu ketepi hukuman penjara 8 bulan

WhatsApp-Image-2020-11-04-at-19.39.11.jpeg


KUALA LUMPUR – Bekas suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Shah Alam 28 September lalu.

Peguam Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin Zaharin, 55, ketika dihubungi berkata, rayuan itu difailkan pada tarikh sama anak guamnya dijatuhkan hukuman.

Beliau berkata, sepatutnya hari ini ditetapkan pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Azizah Jaafar, namun ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang dijadualkan sehingga 9 November ini.

Berikutan itu, beliau berkata, mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes yang baharu di hadapan penolong pendaftar sama pada 19 November ini.

Menurut Amir Farid, anak guamnya ketika membela diri tidak menafikan telah merotan anaknya namun bukan dengan niat untuk mencederakan tetapi niat untuk mengajar membaca Al-Quran.

“Selain itu, pihak pembelaan juga menekankan mengenai accidental consequence (tidak di sengajakan) di mana semasa hendak merotan, anak guam saya minta anaknya menadah tapak tangan tetapi sebaliknya apabila anaknya telah mengalih tangan menyebabkan bahagian lain tangannya yang terkena rotan,” katanya.

Dalam pada itu, peguam itu turut memberitahu, pihaknya sebelum ini turut memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi berhubung syarat jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret, iaitu anak guamnya dilarang berjumpa dengan anak-anaknya sepanjang perbicaraan kes.

Bagaimanapun, mahkamah tinggi kemudian membenarkan permohonan pihaknya dan mengubah syarat yang ditetapkan oleh majistret itu.

Pada 28 September lalu, Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Armin Zaharin selepas dia didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya berumur 9 tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari 2018.

Berikutan itu Armin Zaharin didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sabreena bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga selesai proses rayuan, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Dalam perbicaraan itu seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk mangsa manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu Armin Zaharin.

Armin Zaharin yang juga bekas pramugara ditangkap pada 2 Mac 2018, selepas Ziana, 52, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin membuat laporan polis pada 27 Februari 2018.

Ziana yang popular dengan lagu Puncak Kasih itu memfailkan tuntutan perceraian pada 3 April 2018, selepas Armin Zaharin enggan melafazkan cerai terhadapnya.

Ziana dan Armin Zaharin bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.


== kosmo online
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
Kes rotan anak: Bekas suami Ziana Zain fail rayuan
| | 4 November 2020

Gambar hiasan.
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang dihukum penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan itu.


Peguam, Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin Zaharin, 55, memberitahu Bernama, rayuan itu difailkan pada tarikh sama anak guamnya dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Shah Alam iaitu 28 September lepas.

Beliau berkata, rayuan itu sepatutnya ditetapkan hari ini untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar, namun ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sehingga 9 November ini.


Katanya, mahkamah menetapkan 19 November sebagai tarikh pengurusan kes yang baharu di hadapan Nur Azizah.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Februari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Bekas ketua pramugara itu ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 52, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin membuat laporan polis pada 27 Februari 2018.

Ziana dan Armin Zaharin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu memfailkan tuntutan perceraian pada 3 April 2018 selepas Armin Zaharin enggan melafazkan cerai terhadapnya.

Pasangan sensasi itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.- Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...rotan-anak-Bekas-suami-Ziana-Zain-fail-rayuan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
  • Like
Reactions: TT

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,399
Reaction score
11,760
Points
1,906
#BHkes Armin Zaharin mohon ketepi sabitan, hukuman penjara kerana rotan tangan anak
https://bit.ly/2INR29l

Pengurusan rayuan bekas suami Ziana Zain ditetapkan 8 Disember
November 19, 2020 @ 5:00pm
19armin_1605776399.jpg

Gambar fail, Armin Zaharin Ahmad Zambri (kanan) hadir ke mahkamah bagi sebutan kes cerai bersama isterinya yang juga penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 2018. - Foto Mohd Asri Saifuddin


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 8 Disember ini bagi pengurusan kes rayuan bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya, dua tahun lalu.

Peguam, Amir Farid Mohd Nawawi, yang mewakili Armin Zaharin, berkata rayuan itu yang sepatutnya ditetapkan hari ini untuk pengurusan kes, ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang selama empat minggu dari 9 November sehingga 6 Disember ini.
"Kami menerima e-mel daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Azizah Jaafar, semalam memaklumkan bahawa tarikh pengurusan kes yang baharu ditetapkan pada 8 Disember ini, juga di hadapan Nur Azizah.

"Mahkamah juga telah memberikan arahan berkenaan masa untuk perayu memfailkan petisyen rayuan," katanya menerusi WhatsApp.



Armin Zaharin, 55, memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 September lalu.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman itu, selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.

Bekas ketua pramugara itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.
Armin Zaharin ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 52, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin membuat laporan polis pada 27 Februari 2018.

Ziana dan Armin Zaharin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu memfailkan tuntutan perceraian pada 3 April 2018 selepas Armin Zaharin enggan melafazkan cerai terhadapnya.

Pasangan sensasi itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 11 hingga 20 tahun.
– BERNAMA

 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,635
Reaction score
358
Points
141
dah tua xyah laa kene penjara..
lagipon bukannya kecederaan kekal..
 

PedangSetiawan

Super Active Member
Joined
May 14, 2010
Messages
8,699
Reaction score
93
Points
70
4 bulan kawen dah problem? pelik... siap berderet anak... smell fishy gak
ko dah kawen ke belum? pelik aku datang kepelikan macam ni. nak 1 anak tu bukan perlu romen 100x, romen skali dah dapat 1 anak. dalam 20 tahun baru 4 anak. paling sikit romen 4x je.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,399
Reaction score
11,760
Points
1,906
Kes rotan anak lelakinya
#malaysiagazette #ArtisMalaysia

Penjara 8 bulan: Bekas suami Ziana Zain akan fail petisyen rayuan


8 December 2020

MGF04032017_AnugerahP_Ramlee10.jpg

Ziana Zain

SHAH ALAM – Bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri akan menfailkan petisyen rayuan yang mengandungi alasan mengapa Mahkamah Tinggi perlu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya, selepas memperoleh rekod rayuan daripada Mahkamah Majistret.

Peguam Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin Zaharin, 55, berkata pihaknya memerlukan rekod rayuan yang mengandungi alasan penghakiman untuk menyediakan asas rayuan anak guamnya dalam petisyen rayuan tersebut.


“Kami akan failkan petisyen rayuan sejurus mendapat alasan penghakiman selaras dengan peruntukan Kanun Prosedur Jenayah,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 13 Jan tahun depan untuk pengurusan kes rayuan itu.

“Tarikh itu (13 Jan) adalah bagi membuat semakan sama ada Armin Zaharin telah memasukkan petisyen rayuan itu,” katanya yang ditemui selepas pengurusan kes itu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Azizah Jaafar, yang turut dihadiri Amir Farid.

Rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.

Armin Zaharin memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 Sept lalu.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.

Bekas ketua pramugara itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Armin Zaharin ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 52, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin membuat laporan polis pada 27 Feb 2018.

Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Pasangan sensasi itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.- BERNAMA

 
Sponsored Post
Top
Log in Register