BTC USD 62,937.5 Gold USD 1,745.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami tembak mati isteri angkara cemburu

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
ayob_johor_kes_bunuh_bini_1614934732.jpg

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar tong dan lokasi mayat seorang wanita yang ditanam serta suspek kes bunuh. Seorang wanita ditembak ketika tidur dan dimasukkan dalam tong sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar Kota Tinggi. - Foto NSTP/ Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar, pagi semalam.

Lebih memilukan, suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama yang dipercayai menembak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Kes ini bermula apabila jiran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan, Isnin lalu. Ia membawa kepada penahanan suami wanita berkenaan serta seorang lagi lelaki yang berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya, keesokan harinya, bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal ke atas suami wanita itu, suspek mendakwa isterinya keluar rumah pada pagi Isnin lalu kira-kira jam 2 pagi dan tidak pulang ke sejak itu. Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham dengan isterinya itu sebelum mangsa keluar rumah.

"Bagaimanapun, suami mangsa yang juga seorang pemandu jengkaut akhirnya mengaku membunuh isterinya ketika wanita berkenaan sedang tidur dengan menggunakan senapang angin.

"Mayat wanita malang berkenaan dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar sebelum tong berkenaan di bawa ke sebuah ladang serai di Bandar Penawar, lebih 30 kilometer dari kediaman mereka dan ditanam di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, kira-kira jam 10.30 pagi semalam suspek menunjukkan lokasi isterinya ditanam.

Katanya, mayat mangsa yang diisi di dalam tong air itu ditemui tertanam sedalam kira-kira dua meter di ladang serai berkenaan.

"Kita percaya suspek membawa tong air biru itu di dalam kenderaan miliknya ke ladang berkenaan sebelum menggunakan jengkaut bagi menggali lubang bagi menanam tong berkenaan.

ayob_khan_senapang_angin_1614934737.jpg

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan selaras senapang angin yang dirampas daripada suspek yang membunuh isterinya ketika sedang tidur. - Foto NSTP/Zain Ahmed

"Hasil siasatan lanjut di rumah suspek menemukan selaras senapang angin, selaras senapang patah, 54 butir peluru penabur 12 bore, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan sebuah jengkaut.

"Siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes mendatangkan kecederaan dan pemilikan senjata api," katanya.

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek ditahan reman enam hari bermula hari ini hingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Kedua-dua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. Polis dapat menyelesaikan kes ini dalam tempoh tiga hari selepas laporan dibuat," katanya.

 
kejam-16Mac_1615884501.jpg

Pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas lima tuduhan membunuh isterinya dan memiliki senjata api tanpa permit, 1 Mac lalu.

Pemandu jengkaut didakwa bunuh isteri, miliki senjata tanpa kebenaran

KOTA TINGGI: Seorang pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas lima tuduhan membunuh isterinya dan memiliki senjata api tanpa permit, 1 Mac lalu.

Tertuduh, Hanafi Patahur Rahim, 43, hanya menyatakan faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Hanafi dituduh membunuh isterinya, Noor Hasliza Alias, 38, di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi, 1 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret kemudian menetapkan 18 April depan bagi sebutan semula untuk penyerahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen pula, Hanafi dijatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap empat pertuduhan iaitu bagi memiliki dua laras senapang dan memiliki peluru tanpa kebenaran.

Hakim Zahillah Mohammad Yusoff membuat keputusan berkenaan selepas Hanafi mengaku bersalah atas kesemua empat pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki selaras senapang tiada jenama dan model serta 14 butir peluru pelbagai jenis, tanpa lesen yang sah.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, Mohd Hanafi didakwa memiliki selaras senapang Canon Super Model 737 Cal 177 dan 50 butir peluru pelbagai jenis, tanpa lesen yang sah.

Kedua-dua senapang dan 64 butir peluru itu ditemui di dua lokasi berbeza di Kota Tinggi, antara 11.30 pagi hingga 9 malam, pada1 Mac lalu.

Mohd Hanafi dituduh melakukan perbuatan itu di dua buah rumah iaitu di Ladang Pasir Panjang dan Taman Sri Saujana, Kota Tinggi pada 11.30 pagi hingga 9 malam, 1 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1960 (206) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan di kedua-dua prosiding berkenaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Hanafi dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia perlu menanggung empat anak selain perlu membayar pinjaman bank.

Hakim kemudian memutuskan dia dijatuhi hukuman penjara masing-masing lima, empat, enam dan lima tahun bagi keempat-empat pertuduhan itu, yang berjalan serentak dari tarikh tangkap 1 Mac lalu, selepas berpuas hati dengan hujahan pendakwaan.

Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
memang hati kering sungguh ni.
yang kesian anak-anak ler jadi yatim piatu.
 

amieshoro

Active+ Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,671
Reaction score
118
Points
43
Kuat ke senapang angin ni?

Peluru apa yg di gunakan untuk senapang angin ni?
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,723
Reaction score
792
Points
121
Tak sampai 2 hari laki tu mengaku. Terbaik penyiasat pdrm.
 

pinjamankereta2013

Fun Poster
Joined
Feb 8, 2013
Messages
919
Reaction score
169
Points
33
Ini lah namanya sesal xder kesudahan
Isteri buat fasakh...dia sakit hati atau ada rasa cemburu dan syak lelain
Mati dikerjakan

Sesallah dia sampai bila bila
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,601
Reaction score
1,220
Points
201
cemburu lg bahaya dari senjata api dan tajam...
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,610
Reaction score
429
Points
46
Kuat ke senapang angin ni?

Peluru apa yg di gunakan untuk senapang angin ni?
setakat signboard tu, tembak dari jauh pun boleh tembus..even ada yg boleh tembus helmet
kebanyakkan diorg pakai ball-bearing motor tu..lau luar negara, diorg siap modified mcm peluru betul..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register