BTC USD 58,989.2 Gold USD 1,796.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami "NUSYUZ" @ ingkar atau durhaka terhadap isteri mereka

cikpyan

Active Member
Joined
Sep 16, 2007
Messages
2,258
Reaction score
32
Points
45
Peringatan untuk diri sendiri dan Geng2 CG

Gelaran Nusyuz bukan sahaja untuk sang isteri tetapi juga boleh juga pada sang suami ...

Menurut Muhammad Thalib dalam bukunya 30 Perilaku Durhaka Suami Terhadap Isteri, suami boleh dianggap ‘nusyuz’ terhadap isterinya dalam hal-hal antara lain seperti berikut:

*Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).
*Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.
*Tidak membayar mahar.
*Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.
*Membebankan isteri.
*Memperlakukan isteri dengan kasar.
*Merosakkan martabat isteri.
*Menghalau isteri tanpa alasan dan
*Menuduh isteri berzina tanpa saksi.

Al-Quran menyebut tentang nusyuz oleh pihak suami (melalui Surah 4:128 yang dinyatakan di atas) dan nusyuz oleh pihak isteri (melalui Surah 4:34)

Almarhum Prof. Hamka dalam kitabnya Tafsir Al-Azhar Juzuk 5 muka surat 1,452 telah mengupas persoalan ‘suami nusyuz’ ini. Antara lain beliau menyatakan: “Nusyuz yang sebaliknya iaitu si suami yang tidak senang atau telah benci atau telah bosan kepada isterinya. Hal ini biasa terjadi pada orang yang beristeri lebih dari satu atau telah jatuh hati kepada perempuan lain.”

Keharmonian rumah tangga perlu dijadikan asas pembinaan sebuah keluarga bahagia.

P/s : maaf yer kalo dah ader

petikan daripada http://hajiarshad.blogspot.com/2010/12/suami-nusyuz.html
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register