Suami maut, isteri cedera parah motosikal dilanggar pemandu mabuk

CG Sponsors




biomedik2

Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
2,162
Reaction score
888
Points
71
Bentang segera pindaan hukuman terhadap pemandu mabuk, gesa Pemuda AMANAH
Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 12, 2020 9:49 am
Bentang segera pindaan hukuman terhadap pemandu mabuk, gesa Pemuda AMANAH


Pemuda AMANAH mendesak supaya pihak kerajaan dapat segera meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, pengumuman untuk pindaan undang-undang ini yang telah dibuat pada Januari perlu disegerakan memandangkan kes-kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat.

Kes terbaru katanya, adalah kemalangan maut melibatkan dua pemuda yang menunggang motorsikal dilanggar wanita mabuk di Butterworth awal pagi semalam.

“Pemuda AMANAH melihat pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk Seksyen 41, 44 dan 45 perlu dibentang secepat mungkin supaya pindaan yang mengenakan hukuman lebih berat ini dapat menjadi peringatan kepada pemandu dan mengelakkan diri daripada memandu dalam keadaan mabuk.

“Undang-undang di Malaysia menetapkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

“Kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyarankan pihak Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan supaya memberi sepenuh perhatian kepada proses pindaan ini.
Ujarnya, pindaan akta ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang sedia ada yang melarang pemandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Pada 29 Januari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan kerajaan bersetuju secara berprinsip untuk mengetatkan undang-undang sedia ada berkenaan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Loke berkata kajian dan perbincangan akan dibuat sebelum membawa cadangan pindaan undang-undang ke sidang Parlimen.
Menurutnya lagi, perbincangan akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dapat dibawa ke sidang Parlimen pada Jun atau Julai tahun ini.
Inilah pemimpin Islam sebenar
 
Sponsored Post

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,638
Reaction score
676
Points
121
Kenapa tak komplen masa BN dulu? Sekarang baru bising?
dari dulu lagi bising tapi tak de tindakan. Ingatkan naik PH, bertambah baik la pentadbiran. Lagi teruk adalah. Baik tukar balik PRU 15.
 

Fabs Gunns

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
6,412
Reaction score
60
Points
70
Orang mabuk bukan boleh pilih nak langgar siapa. Jangan la kaitkan dengan isu kaum. Ni isu sejagat. Bukan isu kaum.
jd jgn la mabuk sambil memandu
membahayakan diri dan org lain
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,446
Reaction score
148
Points
43
dah sampai waktu si mabok taruh pukul separuh mati kemudian blahh.. yang on d scene bagi sedikit respek dengan simpan hp jangan buat rakaman.. dah sampai ke polisi lingkup buat cerita twist plot..

toke dadah cina terbesar d penang pun cina.. ang nak kata apa? kena tangkap nanti lepas la tu..

orang tua ngan polisi yang blahh awal pernah berkata.. tibai dulu sebelum polisi mai amik.. sebab pastu ampa semua menangis sekupang x dapat kawan terlepas bod0 apa x kena..
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,262
Reaction score
643
Points
111
Kenapa tak komplen masa BN dulu? Sekarang baru bising?
ni buat akaun baru kt CG saja provoke ke apa ni..? aku mana pun BN ke PH ke kalau tak elok aku komen...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register