Suami lupa diri

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SEREMBAN: Berbekalkan rupa paras yang cantik dan pernah menjadi model sambilan, seorang wanita bertindak licik dengan memperdayakan pesara sebuah syarikat swasta untuk hidup senang dengan mengikis wang lelaki itu hingga membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Wanita berusia 21 tahun yang berasal dari Bukit Tembok, dekat sini, dikatakan berjaya memperdayakan pesara berusia 61 tahun itu melalui pelbagai kaedah hingga menyebabkan mangsa terpedaya dan sanggup berhabisan wang bagi memenuhi tuntutan dan keperluan wanita berkenaan. Tindakan wanita penggoda ini didedahkan isteri mangsa yang sudah tidak tahan dengan kelakuan suaminya itu yang menjadikan wanita berkenaan sebagai perempuan simpanan. Malah, isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Siti, 50-an, kini semakin tertekan apabila mendakwa suaminya itu turut mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Siti menjelaskan dia menyedari kelakuan sumbang dan tidak bermoral suaminya itu bersama wanita berkenaan sejak empat tahun lalu. Beliau berkata, pada mulanya dia tidak menyedari hubungan mereka berdua tetapi akhirnya menemui bukti melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang terdapat pada telefon bimbit suaminya yang dikirim wanita berkenaan. “Bukti itu menjadi semakin kukuh selepas berjumpa dan mendapat kepastian keluarga wanita terbabit yang juga mengakui sudah bertindak ‘membuangnya’ sebagai ahli keluarga mereka. “Malah saya pernah bersemuka dengan wanita berkenaan dan dia mengakui menjadi perempuan simpanan dan mengaku bersikap profesional dalam bidang memikat lelaki serta pernah mendakwa dipinang 40 lelaki dalam sebulan,” katanya.

Dia mendakwa, suaminya pernah menjual tanah tetapi hasil jualan itu dihabiskan untuk wanita terbabit termasuk membayar kos penginapannya di sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur dan juga sebuah apartmen di Nilai Negeri Sembilan.

Menurutnya, tempat penginapan bertaraf eksklusif itu dikawal rapi pengawal keselamatan dan sukar untuk mengesan kegiatan mereka berdua. Katanya, wanita itu pernah bekerja di sebuah syarikat swasta di Mont Kiara Kuala Lumpur mempunyai matlamat menakluk lelaki mewah. “Suami saya hilang pertimbangan dan sedia melakukan apa saja untuk wanita itu hingga dia sanggup meminjam wang dengan ceti haram bagi memenuhi kehehendak wanita terbabit. “Kini saya menjadi mangsa kerana dipaksa suami menggadai barangan kemas untuk menjelaskan bayaran pinjaman,” katanya. Katanya, dia sudah menasihatkan suaminya supaya meninggalkan kerja tidak berfaedah dan menyarankan supaya dia bertaubat, namun tidak diendahkan. Beliau berkata, disebabkan tidak tahan dengan tindakan suaminya itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Port Dickson, 19 Januari lalu. “Saya percaya kemungkinan wanita itu menggunakan ilmu hitam terhadap suami hinggakan dia sukar melupakan wanita itu,” katanya pendedahan dibuatnya untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan K Baljeet Singh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.
 
Sponsored Post

fique

Active Member
Joined
Jun 7, 2008
Messages
1,279
Reaction score
3
Points
25
macam2. dak pompuan baru 21 tahun dah pandai goda2.
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
ramai org nak senang,tapi nak senang bukan senang.,,..jd dorang bermain dgn penipuan
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
dua2 pun sama ngok sj......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register