BTC USD 62,256.0 Gold USD 1,768.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami jual isteri lembam....

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
AMPANG: Seorang wanita lembam yang baru enam bulan berkahwin menjadi mangsa penganiayaan suaminya yang kaki mabuk apabila dipaksa tidur bersama rakannya dan dibayar upah RM50.

Wanita yang baru berusia 18 tahun dan termasuk dalam kategori orang kurang upaya (OKU) itu dipercayai tidak memahami apa yang berlaku ke atasnya kerana dia dengan gembira menunjukkan wang RM50 yang diterimanya kepada anggota keluarganya, Sabtu lalu.


Menurut sumber polis, sebelum itu dia dipaksa bermalam seharian dengan seorang rakan suaminya di Lembah Jaya di sini.

Sejurus mangsa menunjukkan wang RM50 diperolehnya, keluarganya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah memiliki wang, malah suaminya yang berkerja sebagai pencari barang lusuh juga tidak pernah memberikan kepadanya kerana kehidupan mereka yang terlalu daif.


“Apabila ditanya daripada mana dia memperoleh wang terbabit, mangsa menceritakan yang rakan suaminya memberikan wang itu dan ini menimbulkan rasa hairan dikalangan ahli keluarganya.


“Mangsa yang lembam dan lurus bendul kemudian menceritakan kepada ibu dan bapanya bahawa suaminya memaksa dia bermalam di rumah rakan sebelum dia diajak menonton filem lucah dan kemudian melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit,” katanya.


Sumber itu berkata, mendengarkan cerita mangsa, bapanya kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Difahamkan, mangsa dipaksa suaminya yang ketika itu dalam keadaan mabuk selain lelaki durjana terbabit dikatakan turut menerima wang daripada rakannya itu. Suami mangsa juga sanggup bertindak demikian kerana dia memerlukan wang untuk membeli bekalan arak bagi menghilangkan ketagihannya.


“Setakat ini, polis masih mengesan suami mangsa yang terus menghilangkan diri selepas kejadian itu. Rakannya yang mengambil kesempatan merogol dan meniduri mangsa turut dicari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat bapa mangsa itu.


“Kami sudah mengenal pasti dua suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Lelaki_jual_isterilembam/Article
 
Sponsored Post

lizzqute

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
9,786
Reaction score
58
Points
70
Bila tiada didikan agama, macam2 boleh jadi... Lebih terok apabila hidup dalam keadan daif. Semua perkara jadi halal bagi mereka..
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,897
Reaction score
56
Points
125
sorry salah thread..
memang celaka lah laki tu..
dah la bini sendiri.. OKU lak tuee..
upah RM50 jer pulak tu.. hadehhhhhhhh
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
memang jantan tak guna ini macam. kalau kasi pukul lauk reramai pun takpe.
 

LeptoSpyra

Active Member
Joined
Nov 22, 2010
Messages
1,013
Reaction score
2
Points
25
jantan tak guna, dayus, beruk, keldai, jual perempuan. bini sendiri pulak tu. hodoh perangai.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register