BTC USD 57,430.1 Gold USD 1,788.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami isteri teguk arak

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
CAMERON HIGHLANDS: Tiga lelaki yang takut dihukum sebat memberi alasan minum arak kerana dibelanja majikan mereka ketika ditahan penguat kuasa agama dalam serbuan di pusat hiburan di Tanah Rata di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, kebanyakan pengunjung beragama Islam terkejut dan tidak menyangka keseronokan mereka berhibur pada malam minggu itu berakhir apabila premis berkenaan diserbu penguat kuasa agama.

Serbuan membabitkan 30 anggota dari Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan dibantu anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands, berakhir beberapa jam kemudian.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan pengunjung beragama Islam menjadikan pusat hiburan itu sebagai tempat minum arak dengan bebas.

Menurutnya, turut ditahan empat pengunjung termasuk sepasang suami isteri atas kesalahan sama sebelum semuanya berusia lingkungan 20 hingga 40-an dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan lanjut.

Manakala, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan kerana membeli tiket judi nombor ekor.

“Tiga lelaki yang datang dari Kuala Lumpur bagi menghabiskan cuti hujung minggu mengambil kesempatan berhibur di premis terbabit memberi alasan minum arak kerana mendapat percuma selepas dibelanja majikan bukan Islam.

“Apapun alasan diberi, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) kerana minum minuman yang memabukkan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan enam sebatan,” katanya.

Ahmad Raffli berkata, mereka ditahan diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum hasilnya dihantar ke Jabatan Kimia bagi menguji kehadiran alkohol untuk pendakwaan di Mahkamah Tinggi Syariah Bentong tidak lama lagi.

“Pusat hiburan seumpama itu terutama yang sudah dikenal pasti menjadi gelanggang pengunjung beragama Islam mengambil bahan terlarang.

“Premis yang kita serbu kali ini antara sebahagian dari pusat hiburan yang kenal pasti menjadi tempat pengunjung Islam mendapatkan arak dengan mudah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak berhenti menyerbu dan memberkas pengunjung pusat hiburan yang minum arak, manakala soal operasi pusat hiburan pula diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.
 
Sponsored Post

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
ada lagi yg nak kena sebat nie, tapi kes lama tak sebat2 lagi......:)):)):))








:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

GT

CG Top Poster Club
Messages
38,557
Paid Membership
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Kat bandar punyalah bersepah orang Islam minum arak kat kelab2 dan pub buat bod0 jer......
 

hafizuka

Super Active Member
Messages
6,956
Joined
Sep 25, 2008
Messages
6,956
Reaction score
261
Points
81
sebat je la, sure terbeliak bijik mata SIS dan orang2 yg menentang

sebabnya senang je, begitu baiknya sebatan cara Islam hinggakan orang kalau tengok for sure sistem sebatan penajra begitu kejam sekali berbanding Islam

hahahahaha tak sabar nak tunggu Kartika kena sebat pastu nak tengok boleh tak SIS kona2 cakap sebat tu tak berperikemanusiaan
 

erDrAg00n

Moderator
Messages
13,729
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
yesh! sebat! sebat! sebat!!
sedap sangat teguk arak sebelum ni..
sekarang rasakan hukuman
 

haudli

CG Top Poster Club
Messages
47,314
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
penguatkuasaan yg cemerlang di mane??
 

T€ññØ

Fun Poster
Messages
501
Joined
Oct 29, 2009
Messages
501
Reaction score
0
Points
10
Kat bandar punyalah bersepah orang Islam minum arak kat kelab2 dan pub buat bod0 jer......

tul tuh...kalau nak kuat kuasa...haramkan terus lesen jualan..~X(
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register