BTC USD 27,153.0 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Isteri Guna Kad ATM Pesara Berhabis RM46,000, Beli Telefon Pintar

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
29.03.2023 - Kuala Lumpur, Polis sedang mengesan dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan yang didakwa menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @saleh berkata ia susulan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lepas daripada mangsa yang berusia 62 tahun menyatakan kad ATM bank miliknya telah ditukar dan digunakan oleh individu tidak dikenali.

Ahmad Ridhwan berkata kejadian disedari mangsa rentetan insiden sebelum ini iaitu kadnya tersangkut pada mesin ATM di sebuah bank di Banting, Kuala Langat jam 10 pagi, 25 Mac lepas.Susulan itu, seorang lelaki tidak dikenali kebetulan berada di bank itu telah membantu dan berjaya mengeluarkan kad ATM mangsa yang juga pengadu serta diserahkan kepada pesara itu tanpa mengesyaki apa-apa.

“Isnin lalu sekitar 9.30 pagi, pengadu sekali lagi ke bank dan cuba untuk keluarkan wang tetapi tidak berjaya lalu terus merujuk masalah berkenaan di kaunter bank sebelum mendapati kad tersebut bukanlah miliknya. Semakan akaun pengadu mendapati terdapat 23 kali transaksi penggunaan kad tersebut dan wang sebanyak RM46,000 telah digunakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai menjual telefon bimbit di Kapar, Klang memaparkan sepasang individu disyaki suami isteri berusia sekitar awal 30-an telah membuat pembelian telefon pintar jenis Iphone 13 menggunakan kad ATM milik pengadu.Katanya, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan usaha untuk mengesan suspek juga sedang dibuat. Terdahulu tular rakaman video berdurasi 44 saat di Twitter memaparkan seorang lelaki bersama dengan seorang wanita di sebuah kedai telefon sedang membuat pembelian menggunakan kad ATM yang didakwa milik individu lain.​

1680084714819.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Kad Debit Warga Emas Di Curi Oleh Pasangan Suami Isteri

29.03.2023 - Kuala Lumpur, Baru-baru ini, kad debit milik seorang warga emas telah dicuri pada Sabtu lalu (25 Mac) dan dia tidak menyedari perkara itu sehinggalah sudah melibatkan transaksi puluhan ribu ringgit. Menerusi kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (@paizmuhdd), dia menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada mangsa berusia 62 tahun itu. Berdasarkan laporan polis, insiden kecurian kad debit itu berlaku pada 25 Mac sekitar jam 10 pagi di Bank Rakyat cawangan Banting ketika mangsa ingin mengeluarkan wang dari akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya. Namun, kad BSN itu tiba-tiba tersangkut di dalam mesin ATM. Lelaki di belakangnya kemudian menawarkan ‘bantuan’ bagi mendapatkan semula kad yang tersekat.

Di sebalik ‘pertolongan’ itu, warga emas tersebut tidak menyedari bahawa lelaki yang ingin membantunya telah menukar kad asal dengan kad palsu yang kelihatan serupa. Dengan menggunakan kad palsu itu, mangsa cuba mengeluarkan wangnya dari beberapa bank tetapi tidak berjaya. Dua hari berikutnya, warga emas berkenaan kembali semula ke BSN Banting untuk memeriksa perkara yang berlaku. Nasib tidak menyebelahinya apabila pegawai bank memberitahu bahawa kesemua wangnya berjumlah RM46,000 telah lesap. Difahamkan beberapa transaksi telah dilakukan dari 25 sehingga 27 Mac 2023. Dengan menggunakan bantuan anak mangsa, mereka juga mengesan transaksi atas talian dari akaun perbankan bernilai RM3,700.

Perkongsian kisah rompakan itu mendapat perhatian ramai netizen di media sosial dan ramai menyatakan bahawa taktik itu merupakan strategi lama yang sering digunakan oleh perompak. Taktiknya bermula dengan merosakkan bahagian pembaca kad mesin ATM dan apabila kad mangsa tersekat di dalamnya, mereka akan cuba memberi bantuan serta menukarkan kad tanpa mangsa menyedarinya. Perompak akan menyediakan banyak kad palsu dan mengintip kod pin semasa mangsa ingin mengeluarkan duit di mesin ATM. Cara lain adalah dengan mereka meminta nombor kod pin ketika berpura-pura ingin membantu mangsa yang mempunyai masalah kad tersekat.

Walau bagaimanapun, mangsa yang sering menjadi ‘target’ perompak adalah warga emas kerana menganggap bahawa golongan ini mempunyai wang yang banyak dan tidak mempunyai perbankan online. Pengajaran daripada kes ini adalah kita perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling ketika menggunakan mesin ATM. Anda juga dinasihati untuk menemani warga emas ketika mereka ke bank supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register