BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami, isteri berbasikal ke Mekah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_07.1.jpg


KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang memulakan kayuhan Kembara Memburu Hikmah dari Masjid Negara di sini semalam ke Masjidil Haram, Mekah membawa misi besar rakyat Malaysia iaitu perpaduan dan keamanan.

Ahmad Mohd. Isa, 28 dan iste*rinya, Noradilah Mohd. Sapie, 29, akan membuat kayuhan berbasikal me*rentasi 12 negara sepanjang 12,235 kilometer (km) yang mengambil masa selama setahun.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad berkata, bekas arkitek dan guru agama itu menjadikan masjid sebagai tempat persinggahan mereka dalam menyampaikan misi tersebut.

“Mereka sebenarnya membawa semangat dan inspirasi rakyat Malaysia yang sayangkan perpaduan dan keamaan untuk dilaksanakan di negara-negara yang mereka lalui.

“Selain misi tersebut, mereka berdua juga mempunyai misi mengumpul data dan maklumat mengenai penganut Islam dan isu-isu kemanusiaan sekaligus membina komuniti masjid secara atas talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan Pelepasan Misi Kembara Memburu Hikmah di Masjid Negara di sini semalam.
 
kalau pegi gini nak kena ikut kuota ke x?
 
macam2 cara nak ke mekah ye
 
Teringat ms org bonia berjalan kaki ke mekah .... berjaya gak dia sampai mekah wlpun jalan kaki ... insha Allah psgn berbasikal ni leh berjaya
 
Back
Top
Log in Register