BTC USD 65,087.7 Gold USD 1,784.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami beri penjelasan​, kesal pukul isteri

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
image.jpg

Video dari CCTV menunjukkan wanita hamil dua bulan itu dipukul oleh suaminya dalam butik milik mereka di Ipoh.
Mangsa dera: Suami pukul saya, tekan perut guna lutut

image.jpg

Amarjit menunjukkan surat Perintah Perlindungan Interim yang melindungi Amanda daripada diganggu suaminya

IPOH - Selepas pelbagai spekulasi dikaitkan dengan penyebaran kes pukul membabitkan Amanda Fong Kim Yen, 19, di laman sesawang Youtube, akhirnya suami kepada wanita itu, Calven Chik Foo Keong, 26, tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut di sebuah portal berita Rabu lalu.

Foo Keong berkata, sudah lama dia melihat perubahan isterinya sehingga menyebabkan dia hilang kawalan dan memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan.

Katanya, akibat penyebaran video itu sejak tiga hari lalu , puluhan ribu pengguna internet mencemuh dan memarahi tindakannya.

"Sebenarnya, saya menyesal kerana memukul dia (Kim Yen) sehingga cedera dan menyedari ia adalah satu kesilapan yang tidak patut berlaku," katanya yang dipetik portal berita berkenaan.

Dia juga mengambil pendekatan untuk bercerita panjang kerana tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kes pergaduhan mereka berdua.

Dia tampil memberitahu cerita di pihaknya supaya orang ramai tidak mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja.

Katanya, masalah mula timbul apabila isterinya mampu membelanjakan wang yang banyak dan membeli segala barangan berjenama memandangkan dia berasal dari keluarga sederhana.

"Disebabkan terlalu banyak perkara dirahsiakan daripada pengetahuan saya, menyebabkan hubungan kami semakin tidak sehaluan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan lelaki berkenaan terhadap setiap kenyataan yang disiarkan dalam artikel di protal berita itu.

Sebelum ini, akhbar memaparkan kisah penyebaran klip video Kim Yen dibelasah Foo Keong sekitar 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan itu.

Mangsa kemudian memuat turun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu menerusi Youtube sehingga menarik perhatian lebih 500,000 pelayar internet.

Klip yang bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ menunjukkan bagaimana mangsa yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya.

Kejadian dilapor berlaku sekitar 4.30 petang, 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian diusahakan oleh pasangan terbabit di Ipoh Garden South, dekat sini.

sumber
 
Sponsored Post

kanemochi

Active Member
Joined
Jan 16, 2008
Messages
1,258
Reaction score
17
Points
25
apa pun alasan, x sepatutnya belasah org sampai nak putus nyawa, lebih2 lagi org tgh mengandung. lagi2 sbg pemimpin keluarga, patut bijak dlm menangani masalah rumah tangga. mmg dayus!!!
 

FwiMfi

Active Member
Joined
Sep 21, 2010
Messages
1,413
Reaction score
9
Points
25
xpayah laaa lelaki camnie...
skali naik tgn x mustahil akan dtg kaki plak yg naik...
x caye tgk jerlaa nant...
 

ibeceivy

Active Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
1,184
Reaction score
0
Points
20
matlamat tak menghalalkan cara..apapun alasan ingatlh itu isteri mengandung lg tu..
 

luqalief

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2011
Messages
6,277
Reaction score
31
Points
70
Tak mustahil suami die akan pukol die lagi len kali
 

mama2577

Junior Member
Joined
Nov 30, 2009
Messages
98
Reaction score
0
Points
6
:mad::mad:Alasannn.. apa hal kalau bini dia nak blanja duit? ader aper masalah? dah kau tak bagi duit blanja, memang la dia senyap2 beli.. jantan camni memang tak guna.. nak berkira pasal duit sampai pukul bini.. dah la bini tu ngandungkan anak dia... stress je baca.. buat aku ilang mood jer.. huhh...:mad::mad:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register