BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Bekas Pegawai Eksekutif GLC Di Tahan SPRM

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,448
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,448
Reaction score
6,918
Points
916
Awards
1
12.09.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemilik syarikat bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa bagi mendapatkan kontrak pembekalan pekerja berjumlah kira-kira RM1.4 juta. Sumber berkata, suspek berusia 30-an yang juga suami kepada bekas pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu ditahan pada 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu. Katanya, penahanan lelaki itu susulan tangkapan terhadap isterinya yang kini ditahan reman selama enam hari sejak Selasa.

"Wanita berusia 40-an yang juga suspek utama dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019, menggunakan jawatannya bagi mencadang serta menyokong syarikat milik suami untuk mendapatkan kontrak pembekalan pekerja berjumlah kira-kira RM1.4 juta," katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Katanya, suspek akan ditahan dalam tempoh 24 jam dan akan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebaik proses merakamkan keterangannya selesai dilakukan.
1726158434226.png
 
Sponsored Post

Sebelum ..

Bekas Pegawai Eksekutif GLC Di Tahan Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa, Tuntutan Palsu

12.09.2024 - Bekas pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan tuntutan palsu. Wanita berusia 40-an itu disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk menyokong pelantikan syarikat milik suaminya bagi mendapatkan kontrak pembekalan pekerja berjumlah kira-kira RM1.4 juta. Suspek juga disyaki bersubahat dengan seorang lagi wanita yang juga pemilik syarikat berusia 50-an dengan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung ujian saringan Covid-19 dan pembekalan barangan plastik masing-masing bernilai RM2,000.

Sumber berkata, kedua wanita itu ditahan antara 2.30 dan 3.50 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu. Menurutnya, suspek utama dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019 dengan menggunakan jawatannya bagi mencadang dan menyokong syarikat milik suaminya untuk mendapatkan kontrak pembekalan pekerja berjumlah kira-kira RM1.4 juta. Katanya, wanita itu juga dipercayai bersubahat bersama suspek kedua mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu membabitkan ujian saringan Covid-19 berjumlah kira-kira RM2,000 pada 2022 sedangkan ujian itu tidak dilaksanakan.

"Pada 2023, suspek utama juga disyaki bersubahat mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pembekalan barangan plastik berjumlah kira-kira RM2,000 sedangkan barangan itu tidak dibekalkan. Bagaimanapun, suspek kedua dibebaskan dengan jaminan SPRM, " katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 dan 18 Akta SPRM 2009. Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan melakukan beberapa tangkapan susulan bagi membantu siasatan kes berkenaan. Terdahulu, suspek utama dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman. Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak kemudian membenarkan suspek direman selama enam hari sehingga 15 September depan.​

1726158533135.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register