studio RTM "bocor"

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
KUALA LUMPUR: Tiga petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) berusia lewat 20-an terpaksa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, selepas sebuah studio berita pusat penyiaran berkenaan mengalami kebocoran gas, semalam.

Malah, akibat kebocoran itu, RTM dilaporkan tidak dapat menyiarkan berita wilayah bagi membolehkan proses pembersihan dilakukan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, difahamkan punca kebocoran gas nitrogen berkenaan berlaku selepas kecuaian kontraktor yang dipertanggungjawab menyelenggara sistem elektronik di studio berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail ketika dihubungi, berkata lebih 10 anggota dan tiga jentera yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengambil masa lebih 30 minit untuk mengawal keadaan.
 
Top
Log in Register