BTC USD 61,420.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Struktur Buah Pinggang & Fungsinya

rasyid9449

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2009
Messages
3,469
Reaction score
73
Points
30
Assalamualaikum kepada semua warga CG



Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi.Ia memberikan gambaran bahagian-bahagian dari saluran kencing dengan label yang menunjuk ke buah pinggang,ureter, dan juga pundi kencing.Ia juga akan memastikan yang tubuh kita bersih dari sebarang toksin.Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh.

Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.Adalah penting untuk anda memahami fungsi buah pinggang anda di mana dengan itu anda juga akan tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan anda.

Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang yang terletak di bawah tulang rusuk dan setiap satunya di sisi tulang belakang.Saiz organ ini adalah sebesar genggaman tangan anda.Buah pinggang sebelah kanan terletak rendah sedikit dari sebelah kiri kerana hati telah mengalihkannya ke bawah.

Buah pinggang adalah organ yang paling penting di dalam sistem perkencingan anda.Ia akan memproses sekitar 200 liter darah setiap hari dan menapis keluar sekitar 2 liter air dan sisa-sisa buangan.Air yang berlebihan dan sisa-sisa buangan ini terdiri daripada urin,yang mengalir melalui satu tiub sempit yang dipanggil ureter.Dari ureter,urin akan mengalir ke pundi kencing.Di situ kandungan urin tadi akan disimpan sehingga anda membuangnya sebagai air kencing.

Di dalam setiap satu buah pinggang terdapat sekitar 1 juta struktur penapisan kecil yang disebut nefron.

Setiap nefron pula terdapat glomerulus dan juga tubul.Tubul ialah tabung urin kecil untuk mengumpulkan nefron kecil.

Pada awalnya tubuh anda akan menerima kombinasi bahan buangan dan bahan kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Antara bahan kimia ialah natrium,fosturus dan kalium.Jika tubuh anda kekurangan salah satu bahan kimia tadi,buah pinggang akan melepaskan semula bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk mengekalkan tahap normal.

Dan jika bahan kimia tadi berlebihan di dalam darah,maka buah pinggang akan mengeluarkannya dan menjadi sebahagian daripada urin untuk dibuang sebagai air kencing.Ini adalah cara bagaimana buah pinggang anda mengekalkan tahap normal bahan kimia di dalam tubuh anda.Keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk hidup,dan kandungan yang berlebihan juga akan mendatangkan bahaya.

Beberapa hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam tubuh.Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin, renin, dan calcitriol.

* Erythropoietin atau EPO berfungsi untuk merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah.
* Renin berfungsi untuk menetapkan tekanan darah.
* Calcitriol-satu bahan aktif berbentuk vitamin d,berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan untuk keseimbangan kimia yang normal dalam badan.

Jika buah pinggang anda gagal untuk berfungsi,ini akan menyebabkan terkumpulnya sisa toksin di dalam badan.Maka ketika ini anda memerlukan rawatan dialisis untuk membuang racun-racun ini.

Begitulah rakan-rakan hebatnya organ buah pinggang yang diciptakan Allah untuk kita.Jadi nasihat saya jagalah kesihatan buah pinggang anda agar ianya dapat digunakan seumur hidup.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL?

Menurut BERNAMA, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada March 14, 2021 memberitahu bahawa penduduk Malaysia yang mengalami penyakit ginjal akan meningkat seramai 106,000 pada 2040. Malah sebanyak 30 peratus dari mereka adalah individu berusia 45 tahun ke bawah, yang secara langsung memberikan impaks kepada sosio-ekonomi negara. Sehingga kini, seramai lebih kurang 40 000 pesakit ginjal yang mnerima rawatan dialiasis.

Jadi bagi mereka yang ingin mengetahui tahap kesihatan ginjal mereka, apa yang patut dilakukan? Pernah lakukan pemeriksaan darah? Lihat pada bahagian Ujian Fungsi Ginjal (Renal Function Test).

Cari dan lihat perkataan GFR? GFR adalah suatu nilai yang diperolehi dari nilai creatinine bergantung kepada umur dan jantina bagi menentukan keupayaan fungsi ginjal. Nilai GFR digunakan untuk menentukan sama ada ginjal kita sihat atau tidak.

Creatinine pula adalah produk terakhir apabila protein yang kita makan dicernakan. Creatinine yang berada pada tubuh kita dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing. Jika tahap creatinine dalam darah kita tinggi bermakna ginjal tidak melalukan tugas dengan baik.

Oleh kerana otot kita sendiri (yang dibina dari protein) boleh cedera, koyak dan rosak, ketika melakukan aktiviti fizikal, maka tahap creatinine yang normal juga bergantung kepada berapa banyak otot yang ada pada tubuh seorang individu. Oleh itu tahap creatinine bagi setiap individu yang dikeluarkan dari ginjla melalui air kencing sangat berbeza, kerana ia bergantung kepada berapa banyak otot yang mereka ada, selain dari berapa banyak protein yang kita makan.

Oleh itu satu formula dicipta bagi menentukan fungsi ginjal ialah dengan mengira nilai GFR atau kadar penapisan yang dilakukan oleh ginjal terhadap bahan ini.

GFR dan creatinine selalunya diukur dan dilaporkan sekali dalam laporan pemeriksaan darah kerana kedua-duanya melambangkan kesihatan ginjal kita. Nilai GFR yang rendah melambangkan fungsi ginjal yang merosot, sementara nilai creatinine yang semakin tinggi juga menunjukkan fungsi ginjal kita yang merosot.

Menurut laporan yang diterbitkan dalam sesawang National Kidney Foundation, Amerika Syarikat, bahawa bacaan GFR yang boleh diterima sebagai normal adalah nilai atas 60 sementara nilai bacaan creatinine yang baik adalah kurang dari 1.2 mg/dL atau 107 umol/L. Namun bacaan ini mungkin berbeza sedikit dari satu negara dengan negara yang lain. Yang penting jangan keliru dengan nialai yang digunakan, sama ada milligrams per deciliter (mg/dL) atau micromoles per liter (umol/L).

Sebagai info bacaan GFR yang terbaik adalah 90 ke atas. Berikut adalah pengkelasan bagi CKD.

TAHAP NILAI GFR FUNGSI GINJAL

I >90 NORMAL ATAU TINGGI
II 60-89 SEDIKIT RENDAH
III A 45-59 SEDERHANA RENDAH
III B 30-44 SEDERHANA-TERUK RENDAH
IV 15-29 TERUK RENDAH
V <15 KEGAGALAN GINJAL

Bolehkah bacaan GFR dan creatinine ini diperbaiki? Sudah pasti. Dengan mengawal penyakit (terutamanya diabetis dan hipertensi), mengamalkan makanan yang sihat dan melakukan pergerakan fizikal (senaman) yang sederhana, sudah tentu akan menyebabkan fungsi ginjal bertambah baik. Elakkan makanan berproses dan pilih makanan dari sayur dan buah yang segar. Pastikan menu makanan kita mengandungi tahap garam yang rendah terutama jika menghidapi penyakit hipertensi, ada protein dalam air kencing dan mengalami kesukaran kita bernafas.

Satu lagi perkara adalah kurangkan pengambilan protein, terutama dari sumber haiwan. Pengambilan protein yang banyak bagi orang yang mengamalkan diet untuk mengurangkan berat badan hanya sesuai bagi mereka yang tidak mengalami masalah ginjal tahap 3 ke atas. Namun begitu jika tidak mengambil protein langsung akan menyebabkan otot mengecut dan tubuh tidak mempunyai kekuatan. Jadi ambillah protein dari sumber tumbuh-tumbuhan dan sesekali mengambilnya dari sumber haiwan.

Dalam kajian menunjukkan fungsi ginjal akan bertambah baik jika kita melakukan aktiviti fizikal yang sederhana. Banyakkan berjalan atau melakukan aktiviti ringan mengeluarkan peluh seperti membersihkan rumah. Jangan duduk dan baring sepanjang masa.

Kesihatan ginjal dapat diperbaiki dengan mengawal penyakit metabolic yang kronik (seperti diabetes dan hipertensi) dengan baik, menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang ringan. Namun adakalanya kesihatan ginjal bertambah teruk dan tidak dapat dielakkan walaupun kita telah berusaha sebaiknya. Oleh itu kita kena tahu punca masalah ginjal kita dan cara untuk mengawalnya.

Berbincanglah dengan doctor yang berpengalaman dan jangan lupa melakukan pemeriksaan darah secara berkala.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register