BTC USD 66,855.5 Gold USD 2,662.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedarkan diri dalam kereta

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,931
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,931
Reaction score
6,490
Points
881
Awards
1
4147.jpeg

Muhammad Abeel Qaiz Faizal Fazrin

Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedarkan diri dalam kereta

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi mangsa pertama strok haba di Kelantan. Gambar hiasan
BACHOK - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan mangsa pertama strok haba di Kelantan mengalami muntah-muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri semasa bermain di dalam kereta datuknya di Kampung Teluk di sini, Jumaat lepas.

Muhamad Abil Qaiz Faizal Fazrin dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia Isnin lalu semasa menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata, ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang bermain dengan abang dan adik kembarnya di dalam kereta Proton Iswara milik datuk mereka di belakang rumah.

"Ketika itu abang dan adik kembarnya mahu pulang tetapi Muhamad Abil Qaiz masih ingin bermain di dalam kereta itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.

"Kemungkinan mangsa terkurung di dalam kereta itu dan hanya ditemui dalam keadaan separuh sedar kira-kira dua jam selepas itu,” katanya kepada pemberita di Kampung Teluk, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, ibu mangsa, Roslina Rusli, 26, berkata, ketika kejadian beliau sedang membuat kuih dan mangsa ada memberitahu mahu mengikut abang, Muhamad Aqil Amsyar, 7, dan adik kembarnya Muhamad Abeel Waiz bermain di belakang rumah.

"Saya ada memberinya air ketika itu dan langsung tidak menyangka sesuatu berlaku yang menyedihkan selepas itu kerana mereka pernah bermain di sana (kereta datuk).

"Saya dan suami, Faizal Fazrin Rosidi, 33, reda dengan ketentuan tuhan dan menganggapnya sebagai ujian terbesar dalam hidup kami,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba pada jam 11.20 pagi, pada Isnin lepas ketika dirawat di HUSM Kubang Kerian.

"Pihak jabatan kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya memantau dan mengehadkan aktiviti di luar rumah terutama membabitkan anak-anak kecil ketika musim kemarau,” katanya ketika dihubungi. - Bernama
 
Sponsored Post

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba pada jam 11.20 pagi, pada Isnin lepas ketika dirawat di HUSM Kubang Kerian.


Kesian
Takziah buat keluarga mangsa
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register