Straw plastik diharamkan mulai tahun depan

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
Kuching larang straw 1 April

KUCHING - Mulai 1 April ini Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menguatkuasakan larangan penggunaan penyedut minuman plastik di semua pusat penjaja makanan di bawah seliaannya di sini, kata Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng hari ini.


Beliau berkata tarikh itu ditetapkan bagi memberikan tempoh yang mencukupi untuk peniaga-peniaga terlibat membiasakan diri dan seterusnya mematuhi larangan berkenaan, selain memberi peluang kepada mereka menghabiskan stok penyedut minuman yang ada.

"Kami akan memulakan percubaan (melarang penggunaan penyedut minuman plastik itu) 1 Mac ini sebelum menguatkuasakan sepenuhnya larangan berkenaan," katanya selepas melancarkan pelekat kenderaan Tahun Melawat Malaysia 2020 Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak di sini.

Menurutnya dalam tempoh permulaan penguatkuasaan, MBKS akan mengenakan kadar denda sebanyak RM50 ke atas peniaga yang gagal mematuhi larangan ini dan akan menyelaraskannya semula sejajar dengan pihak berkuasa tempatan lain di negeri ini yang bercadang menguatkuasakan larangan yang sama.

“Majlis Perbandaran Sibu merupakan antara pihak berkuasa tempatan yang bercadang untuk menguatkuasakan larangan ini,” katanya. - Bernama

 
Sponsored Post

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,841
Reaction score
457
Points
91
Byk kedai mkn terutamanya restoran mamak dah guna paper straw.
 

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
1,966
Reaction score
200
Points
43
bawak straw masing2 la, straw paper ni kalau guna boleh spoil mood.

nak2 dah terendam lama dalam air. silap2 dengan straw tu sekali ko minum.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register