Straw plastik diharamkan mulai tahun depan

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
236 peniaga laksana kempen bebas penyedut minuman plastik



SELANGOR May 10, 2019 10:11 pm

OLEH SHEEDA FATHIL

PUCHONG, 10 MEI: Seramai 236 peniaga di 16 lokasi bazar Ramadan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjayakan Kempen Bebas Penyedut Minuman Plastik.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, inisiatif dilaksanakan MPSJ dengan memulakan kempen itu di bazar Ramadan seharusnya dipuji.

Katanya, memandangkan bazar Ramadan adalah tempat tumpuan orang ramai dan pelaksanaan program kesedaran seperti itu amat baik.

“Saya berharap inisiatif kempen bebas penyedut minuman plastik dapat diperluaskan ke seluruh bazar Ramadan lain dan pasar pagi atau pasar malam seluruh Selangor pada masa akan datang.

“Kerajaan Negeri juga merancang mahu menjadikan Selangor bebas penyedut minuman plastik namun ia bukan di bawah portfolio saya, mungkin nanti EXCO Alam Sekitar akan umumkan bila,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Melancarkan Kempen Bebas Penyedut Minuman Plastik di Majlis Kunjungan Mesra Bazar Ramadan Mampan MPSJ 2019 di Bazar Ramadan Bandar Kinrara, Jalan BK 5 A/1, di sini.

Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Negeri Kinrara berkata, selain bebas penyedut minuman plastik, usaha MPSJ meneruskan inisiatif hijau ke arah bazar Ramadan mampan sejak 2014 seharusnya dipuji.

Sejak 2014, MPSJ masih meneruskan inisiatif hijau antaranya membawa bekas makanan sendiri ke bazar, tiada penggunaan polisterina di bazar, pengurangan beg plastik dan kempen kesedaran kitar semula minyak masak.

sumber - https://selangorkini.my/2019/05/236-peniaga-laksana-kempen-bebas-penyedut-minuman-plastik/
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
Straw serai



PASIR MAS: Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa, berkata pihaknya bersedia membekalkan tanaman serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.

Beliau berkata, penggunaan penyedut minuman daripada serai adalah sesuatu yang baharu dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.

“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pesakit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi.

“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya kepada pemberita di Ladang Merdeka Senor, di sini.

Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.

“Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman amat bagus kerana ia dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik,” katanya.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
husam husam

 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,276
Reaction score
1,131
Points
201
aku x leh blah betoi kalo minum pakai straw kertas... errrkkkk ... cam makan kertas...
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,730
Reaction score
325
Points
91
idea husam ni x pernah gagal wat aku gelak hahaha
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,052
Reaction score
1,715
Points
151
Menang inovasi rupanya bdk kecik ni otak bijak



rupanya kat vietnam & thailand da lama pakai organic straw

 

AMHFZ

Super Active Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,159
Reaction score
221
Points
73
aku x leh blah betoi kalo minum pakai straw kertas... errrkkkk ... cam makan kertas...
itulah. baru2 ni beli tealive, dapat straw kertas. lain pulak rasa. mcm tuan ckplah, makan kertas. huhu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,893
Reaction score
11,718
Points
2,376

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak mewajibkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman di kafe dan kantin hospital. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KKM tidak wajibkan serai jadi penyedut minuman di hospital


IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mewajibkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman di kafe dan kantin hospital, kata Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada operator kantin dan kafe jika mendapati ia praktikal serta ekonomi.

“Sekarang ada banyak pilihan penyedut minuman, ada diperbuat daripada jagung dan kertas, jadi ada banyak pilihan. Kementerian tidak buat mikro pengurusan (wajib gunakan serai) macam ini, itu terpulang kepada operator kantin dan kafe.

“Bagaimanapun, ini cadangan yang baik jika ia tidak membebankan dari segi kos kepada operator kantin dan kafe serta ia praktikal, amat digalakkan,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Bijih Timah di Jalan Sultan Yusof, di sini, hari ini.

Rabu lalu media melaporkan, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa mengumumkan serai akan digunakan sebagai penyedut minuman yang akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan plastik.

Husam berkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baharu dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA. – BERNAMA


 

aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,347
Reaction score
161
Points
48
x syok la minum starbuck pakai serai rosak aroma kopi mahal2
 
Sponsored Post
Top
Log in Register