Straw plastik diharamkan mulai tahun depan

CG Sponsors




underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,489
Reaction score
4,245
Points
196
Caj pencemaran guna beg plastik mulai tahun depan


KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, semua pasar raya, rangkaian kedai dan restoran di seluruh negara akan dikenakan ‘caj pencemaran’ jika masih menggunakan beg plastik konvensional dalam perniagaan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata caj pencemaran itu akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang diberi tempoh selama tiga tahun dari 2019 sehingga 2021 untuk menguatkuasakannya.

Katanya, kerajaan negeri juga diberi kuasa untuk menetukan sendiri berapakah nilai caj pencemaran yang mahu dikenakan selain bila mahu melaksanakannya.


“Kerajaan negeri akan menentukan nilai caj dan bila ia akan dilaksanakan. Kita serahkan kepada kerajaan negeri bila mahu mengumumkan perkara ini kerana setiap negeri mempunyai tahap kesedaran yang berbeza.

“Kutipan caj ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dan dana boleh digunakan untuk tujuan seperti kempen kesedaran atau memberi beg beli belah boleh guna semula kepada orang awam. Ia tidak boleh digunakan bagi tujuan lain.

“Selain itu, kita juga berharap dapat meningkatkan bilangan pengeluaran beg plastik boleh terurai pada kadar yang kompetitif bagi kemudahan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) ke-9 2018 di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Ekonomi Hijau dan Industri 4.0: Mencapai Sasaran Pembangunan Mampan’, IGEM 2018 menyasar untuk menarik lebih 30,000 pengunjung dan menjana RM2.5 bilion dalam sesi perniagaan.

Terdahulu, Bee Yin turut membentangkan pelan hala tuju berkenaan dihadapan lebih 100 delegasi yang terdiri daripada peserta industri.

Ia turut dihadiri Puteri Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas mengenai pelan hala tuju itu, Bee Yin berkata, ia adalah hala tuju yang digariskan oleh kerajaan dalam ke arah mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna.

Ketika ini katanya, beg plastik konvensional menyumbang kepada jumlah sisa pepejal yang tinggi di Malaysia sama ada di lautan atau di mana-mana kawasan.

“Selain pengurangan beg plastik sekali guna ini, pelan hala tuju ini juga mahu merangsangkan pertumbuhan industri hijau yang mana adalah alternatif kepada beg plastik berkenaan.

“Ada dua objektif dalam pelan ini iaitu untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dan memangkinkan pertumbuhan industri alternatif untuk beg plastik konvensional,” katanya.
 
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,489
Reaction score
4,245
Points
196
Plastic cutlery could be phased out as part of the plans.


Hong Kong mulls measures to restrict ‘single-use’ plastic cutlery, chief executive announces in policy address
Government canteens will also stop providing plastic straws and foam lunchboxes from early 2019



Disposable plastic tableware may be controlled or banned in Hong Kong as the government moves to curb a major source of pollution.

It will consider the results of a feasibility study expected to be completed by 2020 before deciding how far to go in the war these “single-use” items.

But first, civil servants will lead by example. All government canteens will stop providing plastic straws and foam lunchboxes from early 2019.

Caterers will also be encouraged to avoid providing plastic forks, knives and spoons as far as possible.



These moves are part of a raft of measures targeting plastic waste announced by Hong Kong Chief Executive Carrie Lam Cheng Yuet-ngor in her policy address on Wednesday.

Plastic makes up about 20 per cent of the city’s daily municipal waste.

About 154 tonnes of disposable plastic tableware – 9 per cent of plastic waste and 2 per cent of all municipal waste – went into the city’s overflowing landfills in 2016.

Hong Kong to heed UN call for decarbonisation action, but some say only ‘radical change’ will do
Hong Kong’s moves follow similar action by the European Union to look into banning single-use plastics, widely seen as a major contributor to microplastic and marine pollution.

“In view of the potential impact of disposable plastic tableware on Hong Kong and even the worldwide marine environment and ecology, we will study the feasibility, scope and mechanism of controlling or banning disposable plastic tableware,” Lam said in her policy address.


The feasibility study will start before the end of this year and be completed around 2020, a government source said.

Meanwhile, officials will accept a consultant’s recommendation to implement a “producer responsibility scheme” that will make producers pay for the collection and recycling of plastic drink bottles.

There will also be trials to gauge the effectiveness of reverse vending machines in recovering bottles; and expand a government-led collection and recycling scheme for plastic wastes.


Edwin Lau Che-feng, of the environmental advocacy group Green Earth, expects these schemes to raise the recycling rate of plastic bottles from merely 8.5 per cent in 2016.



An existing producer responsibility scheme, where retailers are required to required to charge customers no less than 50 cents for a plastic bag, will also be reviewed after being in place for three years.

In her speech, Lam pledged to present a bill to the Legislative Council within the year on introducing a long-awaited mandatory waste charge, reaffirming that it was “at the centre of our overall waste reduction strategy”.

The government will earmark an additional HK$300-400 million in the next financial year to strengthen support and education on waste reduction and recycling ahead of charging scheme.

The cash injection will form the basis of a “dedicated fund” to sustain the scheme when it comes into effect. In the future, revenue from the charging scheme will go into it.

Plastic on Hong Kong’s beaches makes a strong case for a mandatory ‘bring your own bottle’ policy
Angus Ho Hon-wai, executive director of the Greeners Action, an environmental NGO, gave Lam’s policy address “85 out of 100 marks” for its waste-related policies.

“I’m pleased to see some surprises,” he said. “Her commitment to implementing the waste charge is laudable … but we hope to see it happen soon as it has been discussed for over 10 years now.”

Hong Kong’s municipal waste generation has increased 80 per cent over the past 30 years.
 

Dragonforex

Banned
Joined
Sep 3, 2017
Messages
3,417
Reaction score
342
Points
46
semakin teruk malaysia dibawah PH.

menyusahkan rakyat dengan benda remeh temeh

masih ada melayu yang mahu mengundi mereka lagi?? itu memang betul2 boleh aku gelarkan "PENCACAI"
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
Yakult tak bagi straw dah bermula November



SHAH ALAM – Bermula 10 November 2018, pengeluar minuman kesihatan probiotik Yakult akan berhenti menyediakan penyedut minuman plastik bersama produk minuman susu kultur mereka, Yakult Ace dan Yakult Ace Light.


Produk minuman Yakult yang dijual sebelum ini disertakan bersama penyedut minuman yang dibaluti plastik dan dilekatkan pada setiap botol.

Langkah menghentikan penggunaan penyedut minuman ini akan menyumbang kepada pengurangan sebanyak kira-kira 150 juta penyedut minuman plastik setiap tahun.

Menurut Pengarah Urusan Yakult (Malaysia), Hiroshi Hamada, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat tersebut untuk mengurangkan penggunaan plastik.

“Kami tidak akan menggantikan penyedut minuman plastik semasa dengan sebarang penyedut minuman plastik alternatif.

"Kami menggalakkan pengguna membuka penutup aluminium dan minum terus dari botol Yakult, sama seperti yang kami lakukan di Jepun dan di negara-negara lain.

"Rasa Yakult sebenarnya lebih menyegarkan sekiranya diminum dengan cara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Minuman susu kultur Yakult kini dijual di 38 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Kata Hiroshi, hanya produk di Malaysia dijual bersama penyedut minuman, untuk memenuhi jangkaan rakyat tempatan.

"Ini kerana kebanyakan produk minuman di pasaran menyediakan penyedut minuman plastik.

"Minuman Yakult dihasilkan sepenuhnya di Malaysia di kilang pengeluaran teknologi tinggi di Seremban," katanya lagi.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/tiada-lagi-penyedut-minuman-november-nanti-yakult-1.894027
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
Hanya Yakult di Malaysia ada straw

Menurut, Sarah Zulkiflee, Eksekutif Perhubungan Awam Yakult (M) Sdn Bhd, hanya Yakult di Malaysia sahaja yang mempunyai straw. Di negara lain, cara mereka minum yakult adalah dengan membuka penutup aluminium dan terus minum.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
Selangor haram straw mulai tahun depan

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bakal mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di semua premis kedai dan restoran menjelang Januari tahun hadapan.


Exco Alam Sekitar, Teknokogi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata langkah itu akan dilaksanakan selepas ini dalam usaha bagi memelihara pencemaran alam sekitar disebabkan oleh penggunaan barangan plastik.

“Pengusaha restoran dan kedai tidak dibenarkan lagi menyediakan penyedut minuman plastik dan pelanggan hanya boleh menggunakannya dengan membuat permintaan di kaunter,”katanya ketika Majlis Anugerah Kempen #Bebasplastik 2018 hari ini.

September lalu, Kementerian Wilayah memaklumkan akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai Januari tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil bermula tahun 2020 selepas pengguna terutama peniaga diberi kesedaran mengenai bahaya penggunaan produk berasaskan plastik.

Di samping itu, Loy Sian yang juga merupakan Adun Kajang memaklumkan bahawa caj kutipan 20 sen bagi bayaran beg plastik di kedai dan pasar raya juga akan dikutip oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula Januari tahun depan.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi memastikan semua pengusaha kedai dan pasar raya dapat menggunakan wang kutipan berkenaan bagi tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kerajaan Selangor ingin pastikan kutipan 20 sen ini dilaksanakan dengan sebaiknya dan disebabkan itu bermula tahun hadapan, PBT akan melaksanakan kerja-kerja kutipan.

“Hasil kutipan itu akan digunakan untuk kempen-kempen kesedaran di peringkat akar umbi bagi memberi kesedaran kepada masyarakat,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai anugerah berkenaan, Loy Sian berkata kempen tersebut telah dilaksanakan sejak Januari 2017 lagi melibatkan semua pengusaha premis perniagaan di Selangor.

Tambahnya, pemberian anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan serta pengiktirafan kepada PBT dan premis perniagaan yang memberikan komitmen terhadap kempen ini.

“Melalui penyampaian ini, kerajaan negeri bersetuju menberikan RM7,000 kepada setiap PBT dan menyerahkan sijil penghargaan kepada premis perniagaan terlibat,”katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/selangor-haram-straw-mulai-tahun-depan-1.901450
 

LIGAN

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2011
Messages
789
Reaction score
49
Points
20
cina gak yang menang....pasni takyah ada peruntukan kat premis sediakan straw...yg bio punya dah tentu cina sekali lg menang dpt untung...haha...melayu kena ikut saja...
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
Larangan straw plastik di Selangor bermula Januari 2019



SELANGOR November 7, 2018 5:09 pm

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Negeri akan mengikuti langkah Kerajaan Persekutuan bagi larangan penggunaan straw plastik yang akan dikuat kuasa, bermula tahun depan.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, larangan itu berkuat kuasa ke atas semua premis makanan termasuk restoran, kopitiam dan gerai makanan, di seluruh Selangor.


Katanya, kesemua premis tidak lagi dibenarkan memberi straw kepada pelanggan melainkan ia diminta.

“Kerajaan Negeri akan mengeluarkan notis berkenaan larangan ini kepada semua pemilik premis melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang dijangka dikeluarkan, pada Disember ini sementara pelaksanaannya, pada Januari 2019,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Kempen Bebas Plastik 2018, di Foyer SUK, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, pihaknya akan memberi amaran kepada premis yang gagal berbuat demikian, namun tiada tindakan undang-undang akan diambil.

“Saya berharap penguat kuasaan ini dipatuhi semua pemilik premis dan mendapat kerjasama daripada penduduk di Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, penguat kuasaan larangan penggunaan straw plastik akan ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makanan yang menjadi pemegang lesen dan bukan terhadap rakyat.

Pada masa sama, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternatif.

Inisiatif untuk mengehadkan penggunaan produk plastik konvensional yang berasaskan hidrokarbon diperkenalkan sejak 2016 dan dikuat kuasakan mulai 1 September 2017.

https://selangorkini.my/2018/11/larangan-straw-plastik-di-selangor-bermula-januari-2019/
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
apo efek kpd bisnes plastik straw ni? bungkus?
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
Tiada caj untuk straw plastik



SELANGOR December 4, 2018 12:08 pm

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 DIS: Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengenakan caj ke atas penggunaan penyedut minuman plastik yang akan dikuat kuasakan larangannya, pada 2019.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, penyedut minuman tidak akan diberi secara ‘default’ kepada pelanggan, sebaliknya hanya diberi jika diminta.

Bagaimanapun, beliau menyarankan pengguna untuk membawa straw ‘stainless steel’ yang dijual di pasaran.

“Pada masa ini, kita tidak bercadang untuk mengenakan caj ke atas penggunaan penyedut minuman plastik.

“Pelaksanaan ini juga selaras hasrat Kerajaan Persekutuan supaya premis makanan tidak lagi memberi (straw) secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Pandamaran, Leong Tuck Chee, pada sidang Dewan Negeri Selangor, di sini.

Loy Sian berkata, larangan itu berkuat kuasa ke atas semua premis makanan termasuk restoran, kopitiam dan gerai makanan, di seluruh Selangor.

Kerajaan Negeri akan mengeluarkan notis berkenaan larangan itu kepada semua pemilik premis melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang dijangka dikeluarkan, pada Disember ini sementara pelaksanaannya, pada Januari 2019.

https://selangorkini.my/2018/12/tiada-caj-untuk-straw-plastik/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register