BTC USD 50,738.1 Gold USD 1,784.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Strategi Syaitan Profesional

rissa

Super Active Member
Messages
7,123
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
ya salam, just to share... maaf in advance sekiranya thread ni dah ada, takpa... boleh baca lagi kan? :D


SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan.

Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.

Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan.

Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."

Ini dikatakan 'Believe System' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia.

Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan keb0d0han. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran.

Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Allah swt).

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'.

B merujuk kepada 'Believe in Allah' (beriman kepada Allah),
E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati),
S ialah 'Sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas)
dan T ialah 'Towards excellence' (menggapai keunggulan).

Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri.



//Oleh Mohd Zawawi Yusoh

Sumber: tkodaily

:)
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
cik rissa mcm tujukan pd seseorg je pulak :p
 

mj12

Legendary Member
Messages
11,812
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
syaitan nie duk kat mana erk?..:-?
 

irama

Active+ Member
Messages
4,391
Joined
Jan 26, 2008
Messages
4,391
Reaction score
0
Points
25
sentiasa mengingati dan sendiri beringat. :)
 

caklempong

Active Member
Messages
1,964
Joined
Oct 29, 2008
Messages
1,964
Reaction score
4
Points
25
ahah...syaitan dok dalam hati...
nauzubilahminzalik..
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Messages
109,190
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,043
Points
1,101
besonya tulisan...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register