STRATEGI PERNIAGAAN CARA KAUM CINA (bhg 2)

CG Sponsors




five_soul

Active+ Member
Platinum Member
Joined
May 9, 2008
Messages
2,595
Reaction score
15
Points
25
dari http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3324137#post3324137

Seterusnya seseorang peniaga mesti sanggup bekerja siang dan malam walaupun letih dan penat dan kadang-kala sakit juga tidak boleh rehat sesaat pun. Daya ketahanan dari segi mental dan fizikal perlu kuat apabila menghadapi tekanan. Mereka sedar bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian daripada bersenang dahulu dan bersusah kemudian. Tiada alasan yang boleh diberi tetapi mengaku segala kesalahan dan kelemahan demi kemajuan. Segala kekurangan , kelemahan dan kesalahan harus dikaji dan belajar untuk memperbaiki dari masa ke masa.

Sehubungan itu , seseorang dipercayai tidak harus mudah tunduk kepada takdir dan nasib. Walaupun orang cina percaya kepada takdir tetapi tak mudah berserah kepada takdir sebelum mencuba dan berjuang. Sekiranya pada waktu tertentu mereka berada dalam jangka masa yang kurang baik iaitu menanggap **** dan malang maka sebenarnya **** dan malang tidak berkekalan kalau tidak berputus-asa. Mereka berfikiran tiada yang mustahil di dunia ini sekirannya kita berusaha.

Dipercayai juga setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Peniaga yang unggul juga merupakan peniaga yang mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi . Seorang pahlawan mesti gagah , teguh dan berani apabila menghadapi sebarang bentuk tekanan dan cabaran. Seseorang harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada setiap masa. Setiap masalah dan bencana yang bakal menimpa harus diketahu awal.

Perniagaan juga dilihat sebagai satu perjuangan yang berada di medan perang. Oleh itu , strategi yang baik dan semangat juang yang tinggi perlu ada.

Feng Shui juga merupakan salah satu elemen yang amat dititik beratkan dalam dunia perniagaan cina. Bangsa cina perlu ada rangsangan dan dorongan psikologi yang baik untuk bergerak ke hadapan. Mereka percaya alam memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita.

Alam dipercayai mempunyai hubungan dengan kelahiran , nasib dan perjalanan masa depan seseorang orang.

Oleh itu , kedudukan dan masa yang sesuai diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Wang beratus hingga berpuluh-puluh ribu sanggup dibelanjakan demi mendapat khidmat pakar Feng Shui yang terbaik. Pemikiran yang unggul perlu ada untuk menjadi antara yang terbaik dalam dunia perniaaan. Mengikut falsafah dan budaya cina bahawa seseorang harus melihat dari pelbagai sudut dan tidak fokus kepada satu pandangan yang sempit sahaja. Matlamat yang jelas perlu diberi perhatian. Otak mesti terus berfikir , berinovasi dan bergerak. Idea pula perlu terus berkembang. Kemahiran membaca pemikiran orang ramai , pesaing dan pekerja juga perlu ada. Oleh itu pemikiran yang unggul melibatkan analisis , membaca , mengingat , meramal , menentukan dan sebagainya.

Adat yang diamalkan dalam perniagaan pula orang cina akan menutup akaun setiap tahun. Sesuatu perniagaan dikira berjaya kalau untung. Segala bentuk hutang harus diselesaikan 3 hari sebelum menjelang tahun baru. Hutang tidak digalakkan dibayar pada tahun baru cina kerana menjadi pantang larang dalam adat cina yang dianggap membawa kesan yang tidak baik.

Segala janji seseorang peniaga harus dikotakan walau sesusah mana. Perniagaan juga tidak digalakkan dibuka pada tahun baru cina. Biasanya selepas setahun bekerja kuat dan keras maka orang cina biasanya akan berehat minama 3 hari hingga maksima 15 hari terus. Setiap pembukaan perniagaan biasanya ada pembakaran mercun.

Pembakaran mercun dipercyai mampu menghalau dan membuang roh , semangat , nasib dan benda yang tidak baik. Majlis pembukaan perniagaan juga harus dibuka pada tengah hari dan kurang baik sekiranya dibuka pada waktu malam.

Sebelum merdeka kaum Cina sebenarnya sudah menguasai ekonomi negara disebabkan oleh dasar pecah dan perintah oleh pihak penjajah iaitu British. Kini sudah

50 tahun kita merdeka adakah kita masih boleh melabelkan kaum Cina sebagai sebuah komuniti yang menguasai ekonomi negara ? Jawapannya tidak walaupun tidak dapat dinafikan terdapat ramai kaum Cina yang kaya dan berjaya dalam sektor ekonomi. Sehubungan itu , sekiranya terdapat juga golongan Melayu yang maju dan mundur maka realitinya terdapat juga kaum Cina yang kaya dan juga miskin pada masa yang sama.

Kumpulan kita melihat setiap kaum masing - masing maju dalam kelajuan yang berbeza. Sememangnya antara 20 orang yang terkaya di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada kaum cina tetapi beberapa puluhan individu ini tidak boleh menggambarkan 6.3 juta kaum Cina yang lain. Kemungkinan besar juga total perolehan berpuluh - puluh tokoh korporat ini menyamai dengan percampuran pendapatan 6 juta kaum cina yang lain.

Melalui kaji selidik didapati kaum Cina amat mementingkan pelajaran. Majoriti keluarga amat mengutamakan pelajaran dan biasanya ibu bapa mahupun kadang - kala nenek atau datuk cina sanggup bermatian - matian tidak kira menggunakan cara apa sekali pun untuk memastikan generasi muda dalam keluarga cina mendapat pendidikan yang sempurna. Keluarga cina yang sederhana dan kurang kaya sanggup bekerja 2 hingga 3 pekerjaan tanpa henti demi menyimpan sejumlah wang yang besar untuk pelajaran generasi muda.

Ada juga yang sanggup menjual segala harta yang ada demi pelajaran dan pendidikan. Ada juga yang sanggup berjimat cermat sehingga seperti kais pagi makan pagi , kais petang makan petang yang bermaksud makan dengan amat jimat dan sedikit. Ada juga golongan tua yang sanggup berjalan berbatu - batu jauhnya demi mengutip tin dan menyumbang sedikit dalam pelajaran mahupun pendidikan generasi muda.

Keadaan yang digambarkan jelas menunjukkan biasanya majoriti generasi kaum muda cina berpendidikan tinggi dan dengan ilmu serta sijil yang dimiliki telah memudahkan mereka mencari pekerjaan. Terdapat juga dalam kalangan graduan cina yang menggangur tetapi biasanya mereka tidak menggangur dengan lama sebab mereka tidak putus asa mencari kerja dari utara hinggalah ke selatan. Bagi sesetengah kaum cina tidak kira betapa susah sesuatu perkerjaan itu tetapi asalkan ada pekerjaan untuk mereka untuk bekerja maka mereka sudah mudah puas hati.

Di samping itu , ramai juga golongan cerdik pandai iaitu biasanya golongan profesional cina kini tengah bekerja dan berkhidmat di luar negara. Hasil kajian menunjukkan biasanya golongan ini merupakan pelajar yang berjaya bertapak di Universiti yang terkemuka seperti Universiti Oxford dan Cambridge di United Kindom , Harvard dan Yale di Amerika Syarikat , Ontario di Kanada , Auckland di New Zealand , National University Singapore di Singapore dan sebagainya. Mereka biasanya terus mendapat tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian mereka.

Kategori seterusnya pula golongan yang bekerja di luar negara dengan pekerjaan yang kurang tinggi seperti menjadi buruh , mencuci pinggan penjaga keselamatan , promoter dan sebagainya. Hal ini disebabkan pendapatan mereka akan berlipat kali ganda apabila mereka membawa kembali ke negara kita. Dikatakan dengan hanya mencuci pinggan di United Kingdom bersamaan dengan hampir RM 6000 sebulan. Terdapat juga kategori seterusnya yang memohan untuk bekerja dalam negara sendiri tetapi tidak berjaya mendapat peluang pekerjaan maka mereka keluar untuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan.


SUMBER DARI...http://temanteras.wordpress.com/kolum-t ... sa-melayu/
sekadar berkongsi satu info yang boleh kita manafaatkan....
 
Last edited:
Sponsored Post

Usahawan Muda

Active Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
2,481
Reaction score
29
Points
30
pakcik aku org cina muslim....mmg kaki niaga gak...
sanggup berenti keja dan meniaga tu....
keja dah bgus, berenti nak pi niaga air kat bwh pejabat apa tah...
 

Norfazli

Active+ Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
3,202
Reaction score
88
Points
30
Bahagian 1 ada tak?
Kalau boleh letak link.boleh saya klik.nak baca ni
 

kay ee

Active Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
1,342
Reaction score
9
Points
25
Ok..saya dah link
bagus five soul bukak camni:)cgrock
bangsa kita ni baru sekarang merangkak-rangkak
nak berniaga..kita xleh putus asa
dan kita mesti yakin kita mampu mengatasi ekonomi bangsa lain:)cgrock
 

meiryoku

Fun Poster
Joined
Nov 7, 2008
Messages
329
Reaction score
22
Points
15
Dikatakan dengan hanya mencuci pinggan di United Kingdom bersamaan dengan hampir RM 6000 sebulan. Terdapat juga kategori seterusnya yang memohan untuk bekerja dalam negara sendiri tetapi tidak berjaya mendapat peluang pekerjaan maka mereka keluar untuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan.
salam...
ni betul bro, aku pernah kerja part time kat UK masa study, gaji 5.5pound sejam,20 jam seminggu(sbb student,kalau full time 40jam seminggu),so sebulan dapat 440pound = rm3080.
balik malaysia bawak 3000pound = rm21000.

anyway,text yg sangat bagus,boleh forward kat email utk memberi semangat...
:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register