TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan di dalan stor bakeri di sebuah pasar raya di Suria KLCC, Kuala Lumpur yang terbakar awal pagi tadi
KUALA LUMPUR 17 Mei - Sebuah pasar raya di dalam Pusat Beli-Belah Suria KLCC nyaris musnah selepas stor bakerinya terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kebakaran tersebut bagaimanapun hanya melibat 10 peratus bahagian stor berkenaan selepas berjaya dipadam anggotanya.
“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.19 pagi sebelum mengejarkan 36 anggota yang diketuai Komander Operasi Kanan, L. Prakash serta empat jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke tempat kejadian.
“BBP yang terlibat adalah dari Jalan Tun Razak, Keramat dan Hang Tuah,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya tiba ke lokasi kejadian pada pukul 1.26 pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 1.55 pagi.
“Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan puncanya masih dalam siasatan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/stor-bakeri-dalam-suria-klcc-terbakar-1.902655