Stok habis, pembekal sorok bekalan gula

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Krisis bekalan gula yang berlaku sejak seminggu lalu termasuk di Perak dipercayai berpunca daripada tindakan pembekal menyimpan bahan itu selepas menjangkakan kerajaan akan mengumumkan kenaikan harganya.

Pembelian lebih banyak barang keperluan itu berlaku apabila kerajaan mengumumkan harga baru berkenaan menyebabkan masalah lebih meruncing berikutan pembelian panik.

Tinjauan Berita Minggu di negeri ini mendapati bekalan gula di kedai dan pasar raya tertentu di bandaraya ini, Teluk Intan, Taiping, Seri Manjung dan Sitiawan kehabisan bekalan gula untuk dijual.

Berdasarkan maklumat peniaga, kekurangan berlaku selepas harga dinaikkan 20 sen sebenarnya akibat tempias tindakan pembekal gula yang menyimpan bahan berkenaan.

Ada juga pemborong menggunakan alasan cuti Krismas untuk tidak menghantar bekalan gula kepada peniaga.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Moktar Sulaiman, menegaskan cuti Krismas bukan punca utama kekurangan stok gula di pasaran.

“Kita memang menerima aduan mengenai kekurangan bekalan gula tetapi perkara itu berlaku ketika perayaan Krismas. Kebanyakan pemborong memberi alasan tidak dapat menghantar bekalan kerana cuti umum,” katanya.

Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar mini di kawasan terbabit mendapati kebanyakannya kehabisan bekalan gula kerana pengguna membuat pembelian panik.

Rak yang menempatkan gula di beberapa pasar raya besar di sekitar Seri Manjung dan Sitiawan, pula kosong dengan sebuah pasar raya yang masih mempunyai bekalan gula tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Malah kesukaran penduduk di Pulau Pangkor mendapatkan bahan itu menyebabkan ada antara mereka terpaksa membelinya di Seri Manjung.
 
Last edited:
Sponsored Post

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
kalau tak makan gula nie boleh mati ke...
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
majulah harga untuk negara....
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,217
Reaction score
1,103
Points
201
thn baru cina nanti la baru sorokkan .... brengset
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam...apa le...memang sekarang ni susah dpt gula da
 
Sponsored Post
Top
Log in Register