BTC USD 52,301.0 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Steve Jobs Pernah Inginkan Dell Untuk Menggunakan Mac OS

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Mac OS pada hari ini adalah sistem operasi yang eksklusif ditawarkan bersama komputer keluaran Apple sahaja. Namun, pada 1997 yang lepas, Steve Jobs pernah berkongsi idea kepada Dell untuk melesenkan Mac OS sebagai sistem operasi keluaran komputer Dell. Mengikut idea asal, Steve Jobs inginkan Mac OS ditawarkan bersama Windows dalam setiap PC keluaran Dell – memberikan pilihan kepada pengguna untuk menggunakan sistem operasi yang mana.

XPS-2021-950x534.jpg.webp


Apa pun, pihak Dell tidak meneruskan perbincangan berkenaan, kerana beberapa faktor – termasuk dari segi pengiraan kewangan kerana masih perlu membayar Apple yuran pelesenan walaupun pengguna tidak menggunakan Mac OS, selain pada masa yang sama Steve Jobs tidak menjamin sokongan akses ke Mac OS beberapa tahun selepas itu. Walaupun perkara berkenaan tidak berhasil, namun pada hari ini Dell menawarkan beberapa pilihan komputer mereka dalam variasi menggunakan sistem operasi Windows, atau berasaskan kepada Linux.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register