Ask/Help Start 1 ogos bersukan or jogging pun wajib pakai mask ke?

CG Sponsors




CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,287
Reaction score
417
Points
131
mati la joging pakai mask..

kawan tak joging lagi sejak pkp ni

tapi masa cycling bawak mask sekali..kot kot nak singgah 7e ke.

pakai la mask.. rm1000 tu. ikut polis la nak saman camne
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,666
Reaction score
1,532
Points
206
Sejak pkpb yg boleh riadah di tasik n bskl, den bwk anak2 main playground n kayuh bskl x ponah pakai mask. Kecuali poie shopping kompleks n opis gomen pakailah mask.
 

Kouru

Fun Poster
Joined
Nov 4, 2019
Messages
161
Reaction score
14
Points
45
Salam semua

Start esok bersukan pun wajib pakai mask?
Wslm..pkai mask kt tmpt sesak shja..cth mall, pasaraya..high risk bercampur dgn org ramai..klu jogging, elakkn je jogging kt tmpt tumpuan org ramai..xdela high risk gituww, so xyh la mask..ape2 pun simpan sekeping dua mask dlm kocek, kot2 la penat sgt nk bli air kt kedai 🤣
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Pelitup muka hanya wajib di tempat sesak - Ismail Sabri

Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak dan tidak diwajibkan di kawasan luas dan ada penjarakan fizikal, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata antara tempat awam yang sesak ialah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya selain tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang.

Namun begitu, katanya pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam kenderaan sendiri dan semasa melakukan aktiviti fizikal.

“Semalam, tular di media sosial mereka yang di dalam kereta persendirian dikenakan tindakan, (tindakan ini) tidak betul, kereta persendirian bukan kenderaan awam. Kalau dengan keluarga, kawan tempat kerja naik sekali setiap hari menumpang, tidak perlu ambil tindakan.

“Begitu juga tempat awam (tidak) sesak, padang bola adalah tempat awam, kalau ada penjarakan fizikal tidak perlu pakai mask (pelitup muka), kalau kawasan luas tidak diwajibkan tetapi pelitup muka digalakkan di mana-mana tempat sesak, tepi pantai kalau seorang takkan kena saman,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di bangunan Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk membatalkan saman yang dikenakan ke atas mereka yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

Sementara itu, beliau berkata pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah.

"Kanak-kanak dua tahun ke bawah tidak perlu pakai (pelitup muka) tetapi untuk menjaga keselamatan mereka kita tidak menggalakkan anak kecil dua tahun ke bawah dibawa ke kawasan awam kerana takut jangkitan,” katanya.
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,459
Reaction score
401
Points
131
nk senang xyah la joging,tunggu abis semua baru la kuar g joguing,gemok pun gemok la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register