BTC USD 98,181.2 Gold USD 2,880.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Starbucks, H&M akan ditutup Secara kekal.

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,301
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,301
Reaction score
1,016
Points
151

Starbucks, H&M akan ditutup di Maghribi​

  • Oleh Kosmo
  • 2 Disember 2023, 9:30 pm

Starbucks-tutup.jpg
STARBUCKS beroperasi di 18 lokasi di Maghribi. - Foto Getty Images

RABAT – Rangkaian kafe kopi Starbucks dan gedung fesyen H&M akan ditutup secara kekal di Maghribi sebelum akhir tahun ini, lapor media tempatan, Maroc Hebdo seperti dipetik portal berita The New Arab.

Kedua-dua jenama popular itu terpaksa menutup perniagaan berikutan permintaan rendah susulan boikot berterusan oleh orang ramai disebabkan perang Israel ke atas Semenanjung Gaza.

“Menurut maklumat yang boleh dipercayai, dua jenama global utama, terutamanya jenama pakaian H&M dan rangkaian kedai kopi Amerika, Starbucks akan meninggalkan Maghribi bermula pada 15 Disember ini,” demikian menurut penerbitan Maghribi itu.

Pengumuman mengenainya mewujudkan kebimbangan tentang situasi ekonomi di Casablanca kerana H&M dan Starbucks menggaji ratusan warga Maghribi.

Sebilangan pekerja Starbucks berkata, rangkaian kafe kopi di Maghribi itu mengalami masalah kewangan kerana kurang permintaan.

“Ia akan menjadi bencana, kami mempunyai lebih 100 pekerja. Ke mana kami akan pergi selepas ini? Mudah-mudahan, laporan (penutupan) ini tidak benar,” kata seorang pekerja kedai Starbucks.

Starbucks beroperasi di 18 buah lokasi di Maghribi, manakala H&M hanya membuka empat gedung di negara Afrika Utara itu.

Kedua-dua jenama itu menanggung beban akibat kempen boikot yang menyasarkan jenama dan kedai Barat khususnya milik Zionis berikutan perang tentera Israel ke atas Gaza.

Sementara itu, netizen Maghribi meraikan berita itu sebagai kemenangan kempen boikot pro-Palestin mereka.

Namun, terdapat juga netizen yang mempersoalkan masa depan beribu-ribu pekerja yang akan diberhentikan sekiranya Starbucks dan H&M ditutup di negara itu. – AGENSI

Sponsored Post

Rezeki Allah tu luas... Tutup satu peluang.. maka peluang lain akan terbuka... Skrg ni company coffee yg sendu sblm ni dah mula naik balik .. salah satu nye Gloria coffee.. coffee Bean pun memane dah ramai... Cume dorg Kene bijak amik peluang dan perkenal konsep bisnes yg lebih segar dan ikut citarasa muda... X perlu copy Starbuck cam tulis name kat cup.. leh try tulis name KT dahi customer lak...
 
Cuma berapa percent je la sumbangan stabak ni kpd zionis, rasa kalau tutup satu dunia pun x efek kpd zionis.

Tapi takpe la, at least ada usaha dari takda langsung.
 
Rezeki Allah tu luas... Tutup satu peluang.. maka peluang lain akan terbuka... Skrg ni company coffee yg sendu sblm ni dah mula naik balik .. salah satu nye Gloria coffee.. coffee Bean pun memane dah ramai... Cume dorg Kene bijak amik peluang dan perkenal konsep bisnes yg lebih segar dan ikut citarasa muda... X perlu copy Starbuck cam tulis name kat cup.. leh try tulis name KT dahi customer lak...
kopi bean & daun .. rasanya asal dari Amerika .. 80% saham dah dibeli oleh Jollibee Pinoy
 
Memang rezeki Allah tu luas, xdapat dinafikan.
Kita orang Islam kena berpegang tegub pada perkara ni.

Tapi.. bila ahli keluarga korang sendiri dah berjawatan besar dlm organisasi yg dikaitkan dgn us/isrl sendiri terkesan dgn perkara2 mcm ni,

Masa tu baru tahu langit tinggi rendah.

Sebelum2 ni kalau pendapatan isirumah contoh 5k, then jadi benda2 mcm ni (minta jauh) tinggal 2k, tunggu je lah domino effect.

Benda ni selagi x jadi kat ahli keluarga sendiri, selagi tu kita lantang.

Jihad ada banyak cara, kenapa pilih jumud.
 
contoh jihad lain, selain dari gi perang kat Palestin?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register