BTC USD 26,985.5 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stadium Shah Alam Sah Akan Dirobohkan, Digantikan Dengan Stadium Baharu Bertaraf Dunia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,722
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,722
Reaction score
28,273
Points
2,836
Awards
2

Semangat baharu​

31 Januari 2023 07:10am

2075258.jpg

Replika reka bentuk pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap pada 2026. (Gambar kecil: Tengku Amir Shah)

STADIUM baharu Shah Alam yang dijangka siap pada 2026 akan memberikan semangat baharu buat pasukan Selangor FC dalam usaha untuk kembali menjadi pasukan terunggul di negara ini.

Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, pembangunan stadium baharu tersebut menjadi simbol progresif dan inovasi kepada pasukan tersebut.

“Terdapat lima perkara asas yang diberikan perhatian penuh apabila saya menyertai Selangor FC dan Selangor FA untuk memperbaiki prestasi pemain, jurulatih dan pengurusan.

“Pembangunan infrastruktur juga amat penting khususnya bagi meningkatkan kualiti latihan pasukan dan saya melihat pembangunan stadium baharu ini akan menyatukan usaha tersebut.

“Saya berharap Stadium Shah Alam yang baharu ini pada masa hadapan akan menjadi simbol progresif dan inovasi, memberi semua yang terlibat hala tuju dan keazaman yang baharu serta membantu Selangor FC khususnya untuk fokus dan dahagakan kemenangan serta kejayaan.

“Kita tidak boleh leka dan mesti mempunyai cita-cita yang tinggi,” katanya dalam satu video dokumentari khas di Facebook Selangor FC.

Konsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.

Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.

Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.

Dalam pada itu, Tengku Amir juga menyifatkan pembangunan stadium baharu itu sesuatu yang menarik untuk memberikan pengalaman berbeza kepada penyokong.

“Jika kita lihat pada tahun 80-an, 90-an dan sekitar 2000, cara orang menggunakan stadium dah berubah. Kita mahu membangunkan sebuah stadium yang boleh dinikmati oleh penyokong.

“Ia bukan sahaja semasa perlawanan 90 minit, tetapi juga semasa tempoh dua jam. Apabila sampai awal, apa penyokong boleh buat. Ada muzium, galeri, tempat makan dan tempat rehat.

“Sudah pasti, ia bukan sahaja untuk bola sepak dan merangkumi pelbagai fungsi dan penggunaan,” katanya.

Sponsored Post

aim02Aug

Legendary Member
gem
Messages
11,138
Joined
Sep 5, 2011
Messages
11,138
Reaction score
2,055
Points
261
Awards
1

tgk apa kata selatan
bila sama2 kerabat, komen krabat yg lain
 
sranua

Fun Poster
Messages
945
Joined
Jul 25, 2012
Messages
945
Reaction score
361
Points
41
tgk apa kata selatan
bila sama2 kerabat, komen krabat yg lain
Banyak Tengku Amir dapat tips dari TMJ. Diharapkan kos yg dilaburkan berpadanan dengan kualiti stadium. Jangan pula ada yg jadi jutawan segera, kos produk atas kertas tinggi tapi yang dihantar gred rendah dan cepat rosak.
Penting juga pencahayaan dan kawalan keselamatan yg baik. Kesian penonton dalam stadium sedap bersorak, keluar stadium ...tayar kereta dah kena cilok.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Perincian Kos Stadium Shah Alam Di Buat Pada Februari Atau Mac

02.02.2023 - Kuala Lumpur, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memperincikan mengenai kos pembangunan semula Stadium Shah Alam selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium tersebut selesai 10 Februari depan. Beliau berkata, perincian itu akan dibuat selepas tamat sesi libat urus berkenaan iaitu sama ada pada hujung bulan ini atau awal Mac nanti.

"Saya ada pakar (dalam menentukan) perkiraannya, kalau kita lihat stadium sahaja, memang sekitar RM700 juta hingga RM800 juta, tetapi kalau lihat keseluruhan akan kemungkinan lebih sebab kita akan ada taman, kawasan pelancongan, rekreasi, dan sebagainya serta kita juga akan membina hotel. Kalau kita banding stadium dengan stadium, saya yakin ia lebih RM700 juta dan tidak sampai angka RM1 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media bagi mengulas mengenai kenyataan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik. Terdahulu, beliau melancarkan program Kita Ke Kampung #produkkampung4u di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Khamis.

Amirudin berkata, pihaknya juga akan mengumumkan tanah yang akan di tukar kerajaan negeri dengan syarikat pemaju, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

"Rancangan awal, tukar tanah yang tidak digunakan di kawasan stadium, tetapi sekarang rancangan kita sudah sedikit berubah kerana kita akan bangunkan keseluruhan kawasan stadium. MRCB akan bangunkan kawasan ini dengan kos mereka dahulu sehingga siap, baru kita akan gantikan dengan kos yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program Kita Ke Kampung, beliau berkata, program di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar itu adalah usaha untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan oleh warga desa di Selangor melibatkan 4,000 usahawan desa negeri itu.

"Dalam tempoh empat ke lima tahun program ini berjalan, kita akan buat kajian untuk melihat kesan baik. Saya percaya dengan penambahan pemasaran dan sebagainya, mereka dapat meningkatkan minimum 20 peratus daripada pengeluaran produk mereka,” katanya.​

2078939.jpg
 
aim02Aug

Legendary Member
gem
Messages
11,138
Joined
Sep 5, 2011
Messages
11,138
Reaction score
2,055
Points
261
Awards
1
Banyak Tengku Amir dapat tips dari TMJ. Diharapkan kos yg dilaburkan berpadanan dengan kualiti stadium. Jangan pula ada yg jadi jutawan segera, kos produk atas kertas tinggi tapi yang dihantar gred rendah dan cepat rosak.
Penting juga pencahayaan dan kawalan keselamatan yg baik. Kesian penonton dalam stadium sedap bersorak, keluar stadium ...tayar kereta dah kena cilok.
selatan pertikai dgt design & kualiti dirancang knp dpt rege murah
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,722
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,722
Reaction score
28,273
Points
2,836
Awards
2

Lebih 95 peratus setuju reka bentuk awal KSSA - MB​

10 Februari 2023 07:30pm

2088279.jpg

Amirudin (dua dari kanan) menyaksikan pameran projek pembangunan semula KSSA di SACC Mall, Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM - Lebih 95 peratus daripada orang awam bersetuju dengan reka bentuk awal projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) menerusi kaji selidik yang dijalankan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut memaklumkan kira-kira 10,000 pengunjung menyertai sesi libat urus pembangunan projek tersebut dan lebih 1.2 juta capaian melalui platform media sosial.

"Dalam talian agak mengujakan apabila lebih 1.2 juta tengok secara dalam talian dan 10,000 secara fizikal maknanya rationya adalah besar tetapi dalam talian membuktikan minat orang ramai sangat tinggi," katanya ketika ditemui di ruang pameran projek pembangunan semula KSSA di SACC Mall, Shah Alam pada Jumaat.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut memberitahu pihaknya menerima banyak cadangan sepanjang sesi libat urus serta secara dalam talian dijalankan dan akan meneliti cadangan-cadangan berkenaan.
"Sudah pasti banyak perkara yang dicadangkan (oleh orang ramai namun) saya perlu melihat laporan yang terperinci dan sebahagiannya (cadangan) itu ada cuma komponennya hendak diubah-ubah.

"Sebagai contohnya untuk tempat sukan lasak, tapak untuk pasar pagi kita masih siapkan dan kita akan tengok kesesuaian berdasarkan cadangan-cadangan daripada pihak yang hadir," katanya.

Pameran awam pembangunan semula KSSA diadakan bagi memberi peluang orang awam untuk menilai pembinaan projek seluas 76.08 hektar dan pameran tersebut berakhir pada Jumaat.

Orang ramai bagaimanapun masih boleh memberi cadangan terhadap struktur dan pelan pembangunannya dan memberi maklum balas melalui emel [email protected].

Pada 5 Januari lalu, Amirudin memaklumkan pembangunan semula KSSA termasuk stadium negeri akan bermula pada suku pertama tahun ini.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register