BTC USD 27,050.0 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stadium Shah Alam Sah Akan Dirobohkan, Digantikan Dengan Stadium Baharu Bertaraf Dunia

Sponsored Post

aim02Aug

Legendary Member
gem
Messages
11,138
Joined
Sep 5, 2011
Messages
11,138
Reaction score
2,055
Points
261
Awards
1

Tak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJ​

29 Januari 2023 02:38pm

2073499.jpg


Stadium Shah Alam dijangka akan siap pada 2026.


PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik.

Sebaliknya Tunku Ismail berkata, teknologi yang bakal digunakan di stadium tersebut sangat canggih dan memerlukan sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk menyiapkannya.

"SSI (Stadium Sultan Ibrahim) RM400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 bilion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. RM700 juta lebih tidak logik," katanya dalam satu komen di laman Instagram.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam

Konsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.

Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.

Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.


selama ni mmg agree dgn lontaran & idea membina

tp yg ni xbrapa berkenan

dh dpt kos murah, pegi komplen patut lebih mahal ke 2Bilion utk apa?

komen yg xde faedah

jgn asal bleh komen je

nt hilang kredibiliti coz skrg semua rakyat tgh respek

kenot brain
 

aim02Aug

Legendary Member
gem
Messages
11,138
Joined
Sep 5, 2011
Messages
11,138
Reaction score
2,055
Points
261
Awards
1
Alang2 nak buat tambah lagi la kapasiti tu...
60-80k penonton...

Lepas ni xde la isu stadium nak pakai untuk konsert la..

Dah syarikat nak buat bagi harga 700juta..bermakna dia boleh buat la...kenapa bertambah ke 2billiun..
tula psl

silap2 lps ni kontraktor mintak naik rege or buat ala kadar

coz 700juta pon ada warranty

komen menjaham
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,722
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,722
Reaction score
28,273
Points
2,836
Awards
2
Jap tapak sama dengan stadium asal ke ni?
Malas nak baca abis :ROFLMAO:

Kalau tapak asal ok la...kalau tapak lain tutup sikit ikan tu nanti bau...

Di samping itu, stadium itu terletak di kawasan strategik kerana ia menghubungkan laluan hab transit bas dan LRT Stadium Shah Alam serta menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini.



Ikutkan dalam kawasan sama juga rasanya sebab kawasan situ memang ada pembinaan LRT kalau tak silap
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,722
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,722
Reaction score
28,273
Points
2,836
Awards
2

MB alukan cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam​

30 Januari 2023 03:24pm

2074633.png


Tangkap layar video memaparkan pembangunan KSSA dikongsi Amirudin di laman Facebooknya pada Isnin.


SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi mempelawa orang ramai untuk menyertai sesi libat urus bagi projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menurut Amirudin, sesi libat urus bagi projek pembangunan semula KSSA sedang berlangsung di pusat beli-belah SACC Mall Shah Alam bermula 26 Januari lalu dan berakhir pada 10 Februari.

“Orang awam dijemput melibatkan diri dengan memberi maklum balas serta cadangan di SACC Mall, Shah Alam sehingga 10 Februari ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Dalam hantaran sama, Amirudin turut memuat naik video mengenai projek pembangunan KSSA bagi memudahkan orang ramai mendapat gambaran sebenar perkembangan projek tersebut.

"Tonton video Projek Pembangunan Kompleks Shah Alam (KSSA) untuk mendapat gambaran yang lebih teliti mengenai perkembangan projek ini," ujar Amirudin.

Video memaparkan pembangunan KSSA berasaskan komuniti, kelestarian dan keusahawanan selain kemudahan kepada stesen transit aliran ringan (LRT), hab transit bas serta akses pejalan kaki.

Stadium itu dijangka menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dengan dilengkapi ultrasel curva, papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kurang upaya dan ruang korporat.

Gelanggang serba moden itu turut disediakan bilik persalinan, sistem penyejukan tempat duduk selain transformasi ke mod sukan dan acara sukan dalam dewan.


 

QIPIDELANA

Legendary Member
gem
Messages
11,419
Joined
Dec 13, 2012
Messages
11,419
Reaction score
628
Points
176
Di samping itu, stadium itu terletak di kawasan strategik kerana ia menghubungkan laluan hab transit bas dan LRT Stadium Shah Alam serta menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini.



Ikutkan dalam kawasan sama juga rasanya sebab kawasan situ memang ada pembinaan LRT kalau tak silap
Eloklah kalau ada lrt berhampiran stadium mcm SNBJ tu,pakat ramai2 naik lrt jer xyah drive.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register