SSM tawar pengurangan 90% kompaun batal nama syarikat

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,399
Reaction score
10,778
Points
1,896
SSM tawar pengurangan 90% kompaun batal nama syarikat

21 September 2020

MGF24102018_PERTEMUAN-ANTARA-TEKSI-DAN-MYCC09-681x454.jpg

KUALA LUMPUR – Bermula 17 Ogos sehingga 31 Disember 2020, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016.

Di bawah inisiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang telah memohon atau diambil tindakan pembatalan syarikat menurut peruntukan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus.


Kadar pengurangan kompaun 90 peratus ini terpakai kepada semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016), menurut SSM dalam kenyataan di sini.
Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui permohonan emel ke [email protected] atau dengan menghubungi talian 03-2299 5334.

Semakan kompaun juga boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau di portal ezBiz Online di pautan https://ezbiz.ssm.com.my serta di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,411
Reaction score
1,939
Points
201
siapa tahu...kalau kita boleh enterprise...lepas tu tak aktif....tak renew lesen...apa jadi?
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,343
Reaction score
430
Points
131
siapa tahu...kalau kita boleh enterprise...lepas tu tak aktif....tak renew lesen...apa jadi?
soalan yang best nih.. baru check kat link atas. not found plak.

ok la kot kan
 

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,639
Reaction score
150
Points
48
siapa tahu...kalau kita boleh enterprise...lepas tu tak aktif....tak renew lesen...apa jadi?
Mula mula sehari atau seminggu lepas kita late renew tu denda rm10 kalau dalam tempoh 6 bulan senyap sunyi kita tak renew. Batal terus.
Ini law tahun 2015. Tak pasti law 2020 masih sama atau downgrade.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register