SSM buru 20 pengarah syarikat diistihar muflis

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang memburu 20 Pengarah syarikat yang telah diisytiharkan muflis tetapi masih lagi menguruskan syarikat.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Muhammad Redzuan Abdullah, berkata 20 Pengarah berkenaan, yang disyaki terbabit dalam menguruskan 80 syarikat persendiria(Sdn Bhd) terbabit dalam aktiviti pemborongan, peruncitan, perdagangan dan restoran.

Katanya, notis 30 hari dikeluarkan kepada mereka untuk meletakkan jawatan, namun hanya empat sahaja yang melepaskan jawatan pengarah setakat ini.

"Setakat ini hanya empat pengarah sudah meletak jawatan dan 20 lagi gagal memenuhi notis berkenaan. Maka SSM akan mengambil tindakan terhadap mereka dibawah Seksyen 130," katanya kepada sidang media hari ini.

Untuk tahun 2010, katanya Seksyen 130 ini akan diguna pakai di mana apabila seseorang yang disabitkan kesalahan di bawah kes-kes tadbir urus korporat atau apa juga kesalahan yang terbabit dengan urusan syarikat atau kesalahan
membabitkan penipuan atau kecurangan, maka mereka ini akan hilang kelayakan sebagai pengarah selama lima tahun daripada tarikh mereka disabitkan kesalahan.

Tindakan itu, katanya diambil susulan 120 aduan yang telah diterima SSM sepanjang tahun 2009 yang mengatakan masih terdapat pihak yang masih bertindak sebagai pengarah walau pun telah diisytiharkan muflis.

"Daripada aduan yang diterima itu, 15 orang daripada mereka didakwa di mahkamah dan sembilan lagi telah disabitkan kesalahan," katanya.

Menurutnya, SSM juga menerima aduan di kalangan peniaga mengenai wujudnya individu yang menyamar sebagai pegawai SSM.

Mereka ini dikatakan akan meminta dokumen pendaftaran syarikat perniagaan,termasuk akaun perniagaan dan mengambil cop rasmi perniagaan bagi menyalahgunakan maklumat yang diperolehi.

"Oleh itu, SSM menasihati para peniaga agar lebih berhati-hati dan tidak memberikan sebarang maklumat kepada mereka termasuk memberi kad pengenalan atau pun menandatangani sebarang dokumen," katanya.

SSM juga katanya sedang dalam usaha untuk menarik balik lesen syarikat yang tidak aktif melebihi tiga tahun.

"Terdapat lebih kurang 879,000 syarikat di Malaysia dan 250,000 daripadanya adalah syarikat yang tidak aktif," katanya.

Setakat ini 120,000 syarikat telah dibatalkan lesennya dan selebihnya dijangka siap dalam masa enam bulan akan datang.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register